Apa khabar semua? diharap semuanya sihat dan ceria2 aje. Agak lama saya tak mengupdate blog, sibuk entah apa2. Cuti sekolah akan bermula tak lama lagi, tentu ramai yang ambil peluang untuk pergi holiday. Seronoknya kalau dapat pergi holiday keluar negara kan tapi kalau kat M'sia pun seronok juga. Mungkin saya juga akan ambik peluang untuk pergi bercuti tapi dalam negara aje, tak cukup budget hehehe....
N3 kali ini saya bukan nak cerita panjang tentang holiday tapi nak cerita pasal kes kawan hubby yang pinjam duit dulu. Sebelum ini saya ada masukkan dalam n3 kes ini, masih ingat tak? Hubby membawa kes itu ke mahkamah, alhamdulillah semuanya sudah selesai. Kawan hubby bagi advance cek sebanyak 5 keping dan setiap bulan dari bulan January akan dapat ditunaikan. Bulan Mei ini adalah cek yang terakhir dapat ditunaikan. Ini bermakna semua hutang akan selesai dengan berakhirnya bulan Mei nanti.
Lega rasanya bila duit dah dapat ke tangan semula walaupun terpaksa membayar sejumlah wang untuk mengendalikan kes ini. Yang tak seronoknya persahabatan tidak lagi sebaik dulu. Masing2 dah buat hal sendiri dan kalau berjumpa pun asyik nak mengelak aje. Hubby mengharapkan situasi ini akan berakhir sebab tak sedap hati kalau kerana duit sebuah persahabatan boleh putus. Orang sebelah yang tak mahu didekati mungkin kerana malu, harap2 dia mahu berubah.
Kes ini juga memberi pengajaran supaya lebih berhati2 bila ada kawan atau sesiapa saja yang nak meminjam wang atau apa2 saja. Dan satu lagi apa yang saya dengar dari seorang ustaz ada mengatakan setiap apa yang kita berikan pada orang mesti disertai dengan hitam putih, maknanya secara bertulis bukan hanya dengan lisan saja.
Setiap apa yang berlaku tentu ada hikmahnya kan...
Perlu juga diingat... kawan boleh menjadi musuh dan tak mustahil juga musuh boleh bertukar menjadi sahabat setia.
jalan terakhir...dari google
18 comments:
Oh... syukurlah Kak Zai. Berkat doa dapat juga. Tapi itulah kalau dia jujur taklah kena turun-naik mahkamah. Dah dia buat tak tahu kenalah buat cara ni kan...
Salam Kak Zai..
Syukur alhamdullilah....semoga kita semua mendapat pengajaran daripada kes akak ni...
kalau dia bayar hutang awal-awal, kes ni tentu tak payah dibawa ke mahkamahkan.....
alhamdulillah zai..dah selesai kes..duit pun dah dapat semula.
mudah2an satu hari nanti terbuka hatinya untuk bertegur dan bersahabat semula..tidak lagi mengelak bila berjumpa..
Betul manusia boleh berubah sekelip mata.
Betul manusia boleh berubah sekelip mata.
Syukur ya kak zai...hsbnd saya pulak masih ada lg 30k yg org tu ambik...hemm mmg tak bayar la tu..lesap ntah pi mana..
Mmg jd pengajaran la kan..dah serik nk tolong duit rgt kat kwn...tolong tenaga boleh la.. :)
Perkongsian kak zai ini moga membuka mata ramai orang yang terlalu me Jadikan iktibar.ngambil mudah dalam banyak hal.
Assalamualaikum kak zai...
Sykur Alhmdulillah dah selesai..kes akak ni mmng jadi pngajaran supaya kita sntiasa berhati2 ...
Alhamdulillah kak Zai..:)
Semmgnya kemenangan pasti berpihak pada yang benar..
:)
alhamdulillah...dah selamat..
moga ukhuwah bertaut kembali..memang susah nak melupakan perkara2 seperti itu yee...
INGAT puan ZAITUN,, lain kali jangan birkan anak PEREMPUAN anda pakai LEGGING KETAT di luar rumah...TUTUP AURAT biar sempurna ...
Puan ZAITUN perlu tgk CERAMAH USTAZ AZHAR IDRUS sebanyaknya.. tengok apa akibat WANITA tak TUTUP AURAT dengan SEMPURNA !
PUAN ZAITUN, menutup aurat tidak hanya sekadar berTUDUNG..Ia harus dari RAMBUT hingga ke Hujung Kaki bagi wanita (KECUALI MUKA & TAPAK TANGAN) ....Ingatkah Puan hadith Nabi ini???
Masihkah Puan ZAITUN ingat semasa di Bkt Tinggi (Jap Garden Tea House) bersama anak prempuan anda?? Dia telah memakai LEGGING KETAT bersama TUDUNG....Cara itu belum SEMPURNA MENUTUP AURAT..
PUAN ZAITUN, Bukankah LEGGING itu menampakkan BENTUK KAKI anak anda?? Nak pakai LEGGING boleh, tapi di dalam rumah dan di hadapan SUAMI tercinta sahaja..Tetapi bukan di tempat awam seperti di BUKIT TINGGI dahulu...Sekarang Puan Zaitun lihat,, orang lain telah mengetahui BENTUK KAKI anak anda tu....Harap KOMEN saya ini diambil PELAJARAN BERGUNA buat Puan Zaitun ^_^
Zai,
betul tu dalam surah al-baqarah pun ada menyebut tentang perkara ini. Kak Ani dah lupa ayat berapa. Bila memberi hutang kita disuruh membuat perjanjian dan ada saksinya.
Alhamdulillah kes suami zai dan kawannya dan selesai. Mudah2an persahabatan yang renggang tu kembali bertauk.
Alhamdulillah dapat balik..
Makchaq kalau nak bagi pinjam akan bagi setakat yg makchaq boleh halalkan kalau orang tu tak bayaq, kalau dia bayaq kira bonus la..
Kalau dijumlahkan beribu jugak la yg org tak bayaq, tapi makchaq kira halal je la... Segan nak mintak...
Tapi tak dak la pulak orang nak pinjam sampai berpuluh ribu..Depa pun tau makchaq tak dak duit sebanyak tu..
Salam Zai...
Dalam perkenalan atau persahabatan ni kalau boleh jgn melibatkan Wang ringgit.. Mmg masaalah akhirnya. Menolong yang termampu dengan memberi pinjam dua perkara yang berlainan.
Alhamdulillah, Zai... jika dah memang rezeki kita, akhirnya kembali menjadi milik kita jugak... Tapi, itulah.. memang tak seronoklah kalau kawan dah menjadi tidak semesra dulu lagi yer.. Kenapalah nak tunggu kes kemahkamah baru nak bayar, kan?
Post a Comment