Monday, May 07, 2012

Pertemuan... Hampir 30 Tahun

Salam...

Dekat 30 tahun terpisah masing2 meninggalkan kampung, berhijrah ke Kuala Lumpur, bekerja dan berkeluarga dan terus menetap dikota metropolitan ini. Tidak pernah bersua walaupun kadang2 ada juga balik ke kampung.

Itulah yang terjadi pada saya dan seorang kawan sekampung juga kawan sekolah yang agak rapat dengan saya. Setelah masing2 habis belajar terus meninggalkan kampung untuk bekerja. Kawan saya meninggalkan kampung dan tak pernah balik setelah kedua orang tuanya meninggal dunia manakala saya pula walaupun keluarga saya juga berpindah ke tempat lain tapi kalau ada kematian atau kenduri kendara saya akan balik.

Selepas hampir 30 tahun kami terpisah akhirnya kami berhubung semula bila kawan saya (puan M)  mendapat number talipon saya dari sepupu yang ditemuinya di taman rekreasi. Agak terkejut pada mula dia menghubungi saya dan memberitahu dia baru saja berpindah ke rumah baru yang tidak begitu jauh dari rumah saya.

Kebetulan malam Ahad semalam dia mengadakan kenduri doa selamat dan saya mengambil keputusan untuk bertemu dengannya. Saya membawa anak2 untuk diperkenalkan. Masa saya sampai dirumahnya tetamu masih belum menjamu selera. Kebetulan ada seorang anak muda di tepi pagar lalu saya bertanya adakah ini rumah yang saya cari. Setelah mendapat kepastian saya menunggu kawan saya untuk menjemput kami masuk ke dalam. Dari jauh saya dah nampak dia berlari2 anak dengan senyuman yang meleret. Setibanya dia didepan saya kami terus berpelukkan diantara satu sama lain, air mata tanda kegembiraan.

Agak lama saya dirumahnya bercerita kisah2 lama dan bergelak ketawa. Seronok bila melihat kejayaan kawan2 yang dah lama tak bertemu. Tahniah saya ucapkan pada puan M kerana berjaya dalam kehidupan yang sememangnya serba mewah.

26 comments:

azi said...

Salam Kak Zai..
memang seronok kalau jumpa kawan lama..dapatlah mengimbau kenangan lalu..lagi seronok kalau kawan lama tu tak berubah sikap..masih mesra dan ramah seperti dulukan...:)

Anonymous said...

Salam Zai,

Alhamdulillah dapat berjumpa kawan lama. Seronoknyerkan.

Kakzakie Purvit said...

Begitulah Kak Zai... kalau Allah nak temukan segalanya diluar kemampuan kita dan tak boleh disangka-sangka. Mesti keluar cerita dulu-dulu kan...

sekadar satu coretan said...

Mesti seronokkan kakzai...cerita semula saat indah masa sama2 membesar dulu tu kan..

Kalau saya tak cukup sekali jumpa...

Zaitun said...

azi

Salam azi...Alhamdulillah dia masih seperti dulu ramah dan tak meninggi diri walaupun sudah mengecapi kesenangan.

Zaitun said...

Kunang-Kunang

Salam kak ani...tak terkata seronoknya maklumlah dah terputus hubungan hampir 30 tahun.

Acik Erna said...

salam zai..seronok kan bila bertemu kawan2 lama..

Zaitun said...

Kakzakie

Kuasa yang Maha Agung...jika dulu masih lagi bersekolahm tapi sekarang dipertemukan semula setelah dimamah usia.

Zaitun said...

ainnoraini

Tergelak bila terkenangkan masa sama2 main galah panjang dengan budak2 lelaki dan yang paling lucu bila teringat kenangan berkubang kat sungai kihkihkih...

InsyaAllah akan jumpa, lagi pun rumah dia hanya 20 minit saja dari rumah kak Zai.

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...banyak benda yang kami terlepas yang sepatutnya ada bersama2, contohnya masa kenduri kahwin anak dan sebagainya.

kurus said...

seronok bila dpt berhubung kembali dgn kawan lama kan akak ..
banyak cerita nak diceritakan tuu ;)

sonata anak kancil said...

sungguh seronok bertemu kawan sepermainan - kawan sekolah - masa ni lah bila ingatkan kisah2 lama...bila diimbas kembali...betapa lamanya telah terpisah - alhamdullilah dapat bertemu semula....maha agung kuasa Allah swt.

Nieda said...

Lama tu menjejak kasih.

saniah said...

Memang seronok jumpa kwn lama...dah msg2 berkluarga mcm tu lah kan tp kuasa Allah tak siapa tahu...dah 30thn pun masih boleh terjumpa semula...:) ;)

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Zai..

Jejak Kasih ... Masing2 dengan kehidupan anugerah Dari Allah. :)

Unknown said...

Alhamdulillah...seronok bila dapat ditemukan setelah sekian lama terpisah kan kak..semoga silaturrahim yang sedia terjalin akan kekal selamanya.

Ros said...

Assalamualaikum Zaitun,

30 puluh tahun tu...memang lama kan Zaitun....Terharu Kak Ros walaupun sudah lama tak berjumpak tapi ikatan persahabatan tu tak putus kan Zaitun....

lyzaCR7 said...

Assalamualaikum..

Memang bestkan jumpa kawan lama.. saya pun ada buat jejak kasih dgn seorang teman..berpisah masa darjah 5 sehinggalah skg ni masing2 dah berkeluarga..tapi sayangnya sambutan d beri tak seindah yang saya impikan.. malah pertemuan yang d ingini dan d janji d mungkiri sebgitu sahaja... T_T

Zaitun said...

ieda

Seronok sangat sampai tak sedar dah tengah malam baru nak balik rumah hehehe....

Zaitun said...

sonata anak kancil

Itulah kuasa Allah swt kalau Ia menghendaki tidak ada yang mustahil...terpisah hampir 30 tahun.

Zaitun said...

Nieda

Kuasa yang Maha Agung.

Zaitun said...

saniah

Bukan saja dah punya anak tapi masing2 dah punya menantu. Tidak ada yang mustahil kan.

Zaitun said...

Deru Ombak

Salam kakya...bahagian masing2...tetap bersyukur dengan apa yang ada walau pun tak hidup mewah.

Zaitun said...

Nieza

Pertemuan yang tak disangka...
InsyaAllah...semoga persahabatan akan kekal selamanya.

Zaitun said...

Ros

Salam Ros...memang agak lama.
walaupun kehidupannya jauh berbeza dari kehidupan kak Zai tapi harap2 kekal sampai bila2.

Zaitun said...

lyza

Salam... terima kasih sudi singgah.

Best sangat sampai hari ini masih teringat2.

Sedih kak Zai baca cerita lyza, rambut sama hitam tapi hati lain2 kan. Sama2 kita doakan semoga kawan lyza berubah.