Salam...
Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih pada rakan2 yang singgah kat blog saya dan bagi yang meninggalkan jejak maaf dipinta sebab tak dapat nak membalas. Walau apa pun saya cukup2 berterima kasih terutamanya pada Kakzakie, azi, Acik Erna, Nieda, saniah, JunAina, MulutPayau, Pn Kartini, sal, KunangKunang, makchaq, Deru Ombak dan Kamariah Awang.
Walaupun semua rakan2 alam maya ini saya tak pernah berjumpa tapi sebagai ibu yang dah punya anak2 yang dah dewasa saya boleh dapat rasakan yang kalian punya hati yang baik, lembut tutur kata dan lebih berhemah. Contohnya ada juga seorang dua blogger yang saya dah pernah jumpa ternyata perwatakannya amat mengkagumkan, rasa segan dari segi umur dan penampilan bila bertemu. Apa pun rasa bersyukur sangat2 bila punya rakan2 yang sebegini.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Buat fikiranterbuka...terima kasih saya ucapkan sebab sudi singgah dan tinggalkan comment kat n3 saya yang bertajuk Syukur Alhamdulillah. Saya sangat2 menghargai, tak salah memberi nasihat atau pesan yang boleh diterima pakai. Cuma kan lebih manis dan sopan kalau kita pergi ke rumah orang... BERI SALAM dulu tambah lagi buat kali pertama. Saya agak terkejut bila baca comment dari fikiranterbuka sebab lari dari tajuk dan menggunakan bahasa yang kurang sedap (bagi saya). Mulanya malas nak respon tapi bila fikir semula tak baik kan
bila orang bersusah payah berpesan untuk kebaikan kita tak ambil peduli.
Bagi saya cara nak COMMENT atau PESAN biarlah cara LEMBUT tak elok KERAS sebab mungkin orang yang kita tegur itu jauh lebih tua dari kita. Semua orang tahu kalau seseorang yang agak dah berumur hatinya lebih sensitive. Saya rasa tentu fikiranterbuka boleh agak umur saya sebab kat blog saya ada juga menceritakan tentang anak2 dan menantu. Sah2lah kalau dah bermenantu umurnya dah banyak.
Dan kalau boleh juga bukan ustaz Azhar Idrus saja yang patut kita dengar ceramahnya malahan siapa saja yang layak dan berilmu tentang agama kita perlu hadir dan dengar ceramahnya. Selalu juga saya mendengar ceramah ustaz tentang aurat malahan dikalangan keluarga saya juga ada yang berkelulusan tinggi tentang agama. Tapi itulah...manusia biasa... kadang2 kita terlalai bukan saja saya seorang tapi semua ahli keluarga saya tambah lagi anak saya yang memakai legging itu dah pernah buat umrah.
Saya sudah pun ke rumah fikiranterbuka tapi saya tengok n3nya cuma berkaitan dengan LEGGING. Memang betul legging menampakan aurat dan ianya termasuk dosa2 besar tapi kan lebih bagus kalau fikiranterbuka luaskan sedikit cara MEMBENTERAS. PESAN pada semua orang yang beragama Islam, yang kaya, yang miskin, orang2 terpengaruh dan siapa saja untuk cara menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki. Kalau bertudung biar cara yang betul jangan ada yang yang masih pakai SELENDANG yang di letakkan di ATAS KEPALA atau DIBAHU saja.
Saya nak pesan juga bukan hanya cara berpakaian yang kita nak gembar gemburkan tapi elok juga kita pastikan cara pertuturan diperbetulkan. Sebagai orang Islam TUTUR KATA melambangkan KESOPANAN dan tingginya NILAI PEKERTI seseorang.
Maaf saya pinta sebab ada perkataan yang saya gunakan huruf besar sebagaimana fikiranterbuka lakukan.
Last but not lease TERIMA KASIH atas PESANAN dari fikiranterbuka.
45 comments:
Salam.. nama che mid takde pun.. he he tandanya lama tak singgah sini dek kesibukan (kunun la kan) Setuju dgn pendapat akak, patut berhati-hati dgn sahabat alam maya ni, walau tak pernah bersua muka, bukan bermakna boleh komen ikut sedap rasa je..nita tidak menghalalkan cara kan..
As salam kak...ya Allah ..saya baru scroll bc balik komen FTbukak tu...ketar satu badan...pasal apa dia cakap mcm tu? Entry kak zai pasal duit pinjam tapi yg dis melalut pasal legging tu knapa?....tapi mcmana pun saya sokong kak zai tulis mcm tu..bagus tu kak...
harap Allah berikan hidayah pada dia la kan...biar dia bertaubat seblum dtg ajal dia...klau dah ajal mmg dia sah2 berdosa dgn kak zai sbb dah sakit/singgung hati kak zai..
Kita ni kalau berdosa dgn org kita kena mibta maaf dgn org tu sndr...Allah tak kan ampun dia selagi dia tak buat mcm tu...dan kena la jgk ikhlas
Apa sakit dia ni ya? Saya tak pernah jmp manusia mcm ni
Minta maaf kak zai sbb luah rasa pulak kat sin...patutla,lama kak zai mnghilang
Apa2 pun jgn biarkan si FT ni ganggu hidup kak zai ok...take care kak :)
salam Zai..btol kata Che Mid..kena berhati-hati jika mahu memberi teguran.Niat baik tapi cara pun kena betul.
che mid
Salam...opps... kak Zai ter miss ya.
Kak Zai tak kisah kalau dia tegur dengar cara yang betul, kita sebagai orang Islam wajib menjaga aurat.
Assalamualaikum Zai..
Kakya dah agak, Zai senyap seketika kerana agak sedikit terganggu dengan insan yang tidak beradab sopan.
Sesama saudara Islam mmg tidak salah menegur apa yang salah, bagaimana hendak membetulkan orang lain sedangkan diri sendiri terjah masuk tanpa memberi Salam. Sedangkan dia tahu rumah Zai, kenapa tidak pergi sahaja kerumah bersemuka dan meluahkan rasa.
Sekiranya hendak berdakwah melalui blog. Tulislah apa sahaja yang dirasakan perlu disampaikan pada orang ramai Dan rajin2lah promote blog itu, bukan tiba2 macam penyamun. Sekiranya kenal antara satu sama lain, kenapa tidak bersemuka, kerana ini melibatkan maruah sebuah keluarga. Kenapa mengaibkan seorang kenalan di antara teman2 lain yang tidak sepatutnya tahu perkara sebegini.
Sempurnakah iman seorang Muslim itu bila mampu berbuat demikian. Sedangkan ustaz Azhar Idrus sendiri tidak pernah menuding jari memalukan seseorang. Dengan penuh berhemah beliau menyebarkan dakwah secara umum Dan tidak menyinggung mana2 individu. Beliau hanya berharap Dari apa yang beliau sampaikan, dapat dipikirkan sendiri oleh pendengar, sekiranya terkena batang hidung mereka. Pendekatan beliau terlalu jauh bezanya dengan cara hambanya Allah yang satu ini.
Bagaimana hendak berdakwah, jika tidak Ada nilai2 murni pekerti yang mulia. Bagaimana diri hendak dihormati sekiranya tidak tahu menghormati privacy Dan maruah orang lain.
Jika kail panjang sejengkal jangan lautan hendak di duga.
Sungguh kasihan.
saniah
Salam saniah....kalau saniah ketar satu badan, kak Zai pula speechless rasa nak nangis...sebab tak biasa di tegur atau menegur dengan cara yang kasar.Dari kecil dah diasuh dengan bertutur dengan bahasa yang elok2 apa lagi kak Zai dibesarkan di kampung.
Kak Zai dah maafkan dia supaya 'disana' nanti tak payah mencari kak Zai.Mungkin dia ada niat nak menjadi ustaz atau ustazah tapi tak berpeluang itu sebabnya dia berceramah didalam blog.
Syukur alhamdulillah sebab kak Zai punya kawan yang sangat2 mengambil berat, terima kasih saniah.
cikmanggis
Salam cm...Itulah masaalahnya cm, cuba nak tegur benda yang baik tapi mungkin cara yang kurang betul.
Seeloknya kenali dulu orang yang kita nak tegur.
assalam kakzai...saya singgah ni...beberapa hari tak singgah kat sini...semoga kakzai sihat yee..
saya pun baca dan carik semula apa yg dikomennye tuu..terkejut saya kakzai...siapa la orangnya tu yee...
ialah kakzai datang "rumah"orang terus ajer nak mencarik kesalahan sepatutnya ikut la cara yang sopan bukan main terjah jerr...
Apa kena dgn dia tu?? Komen mcm tu mmg buat k.zai tersentap tp jgn dilayan akak. Ada lah tu yg dia dengki dgn akak. Abaikan aje akak & byk bersabar yea k.zai...take care.
Salam Kak Zai...
Manusia ni kak memang kadang2 berkata tak ikut akal... suka hati je nak memberi komen tanpa fikir perasaan orang. Sabar ye Kak Zai.....
Moga insan yang Kak Zai maksudkan tu insaf ler hendaknya dan belajar bagaimana nak memberi komen yg sebetulnya...
Assalamualaikum my dear` kak Zai..
Banyak2 bersabar yaa K Zai..
Jangan sedih yaa K Zai..
Dalam menjaga perhubungan sesama saudara...sesuatu teguran ada caranya..dan tidak sesekali mengguris hati apatah lagi mengaibkan seseorg...
itulkah kesilapan si penegur..sedangkan pembaca lain sendiri tersentap apatah lagi penerimaan akak sendiri kan...
Sabarlah kak ya...InsyaAllah DIA tetap bersama orang yang sabar...
Smile sis!
:)
Assalam Kakzai... sy ketinggalan, sy akan cari dan nak baca juga komen tersebut
moga tulisan kta tak ada yg menyinggung perasaan orang lain
Agaknya dia ni fanatik sangat dengan Ustaz Idrus kot!
Bagi Aina Islam bukan hanya sekadar menutup aurat. Masih banyak lagi tuntutan2 yang mejadi kewajipan kita. Salah satu menjaga silaturrahim sesama kita.
Tidakkah kita terfikir menyakitkan hati insan lain juga satu dosa. Mungkin juga BUDAK ini cuma nak naikkan rating blog dia dengan KONTROVERSI!
Deru Ombak
Salam kakya...sebenarnya saya tak kenal dengan dia, mungkin kakya tersilap dengan perkataan rumah yang saya maksudkan adalah blog dia.
Kalau dia jujur hendak menegur apa salahnya dia gunakana cara bersopan saya boleh terima lagi pun apa yang dia perkatakan memang ada benarnya.
Saya sedia mendengar pendapat atau nasihat dari sesiapa saja asal saja tidak menyinggung perasaan sesama sendiri.Mana yang baik kita boleh amalkan dan dia juga akan mendapat pahala.
ainnoraini
Salam ain...terjah 'rumah' orang tanpa beri salam boleh dikatakan macam biadap kan...tambah pula baru kali pertama dan guna pula bahasa yang kurang manis...terkedu kak Zai dibuatnya. Maaf cakap... bukan budaya yang kak Zai praktiskan.
Lady lavender
Bukan hanya tersentap tapi kak Zai rasa sedih sangat,terfikir ada ke kak Zai buat salah.Umur dah banyak tak biasa gunakan atau berbahasa sedemikian rupa.
LL pun take care dan terima kasih atas nasihat.
Nida
Salam Nida...Rambut sama hitam kan... tak tahu apa masaalah yang dihadapinya. Kak Zai pun kalau boleh nak jumpa atau berkenalan dengan dia biar dia lebih kenal dengan diri dan perwatakan kak Zai.
Pn Kartini
Salam Tinie...terima kasih atas nasihat.
Kak Zai harap dimasa akan datang orang tu tidak lagi sesuka hati menyinggung perasaan orang lain. Kalau nak tegur gunalah cara yang berhemah,tak mustahil juga satu hari nanti dia pula disakiti..
ibuintan
Salam ibuintan...setakat ini semua kenalan alam maya kak Zai amat menghormati antara satu sama lain. Walaupun belum pernah berjumpa tapi kak Zai dah anggap macam adik dan kakak.Terima kasih atas perkenalan semoga berkekalan dan satu hari nanti kita dapat bersua.
Comment yang agak keterlaluan.
JunAina
Mungkin juga baru nak belajar mendengar ceramah tambah pulak ustaz Azhar Idrus memang popular pada masa sekarang.
Betul kata Aina aurat bukan saja berkaitan dengan pakaian tapi menyeluruh terutamanya budi pekerti.
Terasa sama kakak bila kak zai berkata begitu. walau begitu lembut dan sopan yg kak zai katakan dalam N3 ini kakak amat percaya kak zai sangat terguris...
Tapi kakak juga amat maklum kak zai seorg yg amat sabar sebab itu luahan ak zai cantik dan amat berhemah...
Sabar ye kak....
Kakzakie
Comment yang dia tulis membuat kak Zai terkejut dan terasa hati tapi apa nak kata mungkin itu cara dia.
InsyaAllah kak Zai akan bersabar dan berdoa agar dia tidak lagi mengulangi perbuatan sedemikian rupa.
di alam maya ni...kita x dpt menyentuh seseorg secara fizikal antara 1 sm lain...jd tegur menegur adalah benda MESTI agar seseorg sedar n memperbaiki diri ke arah yg lebih baik. bukankah teguran membina bertujuan utk kebaikan diri sendiri.
follower ke 97
assalamualaikum kak zaito..
sy bru menerjah entry akak yg bertajuk syukur alhamdulillah...terkejut jgk bc...even sy bkn diri akak...tp hati ini tersentap jgk membcnya..
mengapa teguran itu harus digunakan bahasa kasar..teguran itu elok...tp kena ada cara yg sesuai..
beginilah kita sbg manusia..cuba utk menegur kesilapan org lain..padahal diri kita byk yg harus diperbaiki..cubalah berdakwah guna bahasa yg elok..sejuk jgk hati membaca n menerimanya...
Tegur menegur dan pesan memesan memang ada dinyatakan dlm al Quran, tapi kenalah ada adabnya.
Memamg kita dengar cara ustaz menegur kadang2 bahasanya agak keras, tapi tidaklah sehingga boleh menjatuhkan air muka, biasanya ia tidak spesifik kepada sesiapa, hanya yg tersilap/ melakukan kesilapan akan terasa... Itu cara orang yg tinggi ilmunya..
Salam Kak Zai...
Akak, bila saya baca komen dari blogger Fikiran terbuka tu, saya rasa " tersentak " jugak....sepatutnya bila nak masuk rumah orang tu, bagilah salam dulu..."Berbahasa dulu", lepas tu barulah boleh nak "mengomen"...dan semua komen mestilah secara berhemah....itulah cara dakwah yang betulkan akak......lagipun kalau bercakap, tutur kata kita mengambarkan siapa diri kita ni....harap akak bersabar yee..
Salam Zai,
Pada fikiranterbuka, ikutlah sifat nabi kita yang tak pernah menggunakan kekerasan apabila menegur terutama apabila menegur seorang wanita. Wanita ni hatinya halus.
Guna cara berhemah kalau nak menegur, supaya teguran kita tu boleh menimbulkan kesedaran pada orang yang kita tegur bukan terguris hatinya dengan apa yang kita katakan.
Yumida
Salam...terima kasih sudi singgah.
Pada kak Zai sesiapa pun boleh menegur kalau untuk kebaikan tapi biarlah dengan cara yang betul.Tak elok kan kalau ada hati yang terguris.
makchaq
Salam...terima kasih atas sokongan makchaq.
Manusia kan ada yang berbagai, ada yang suka cara yang lebih kasar supaya ianya lebih berkesan tapi dalam Islam kalau nak menegur atau berpesan disuruh menggunakan cara yang lebih berhemah.
azi
Salam azi...terima kasih,insyaAllah kak Zai ok aje.
Begitulah perangai manusia,ada yang lembut dan berbudi bahasa dan ada yang sebaliknya. Pada kak Zai kalau orang bertutur cara berhemah kak Zai cukup kagum sebab itu menunjukan keperibadian seseorang.
KunangKunang
Salam kak ani...sifat nabi amat disukai sekelian ummatNya,sekiranya kita dapat mengikut apa yang diamalkanNya kita akan beroleh pahala yang besar.
salam kunjungan... saya ni ala ala blogger yang dah ready nak pencen, hehehe
Assalamualaikum kak zai...
Saya bru jer lihat komen2 tu kat ntry akak..memang terkejut bila baca komen2 tu...komennya mmng keterlaluan, (macam tak de akal jer tulis mcm tu).. apa pun sabar ya kak zai...
Assalamualaikum...
berukhuwah dapat mengeratkan diri kita dengan rakan2..
mudah2an kita dpt mnjaga hati rakan2..mengelakkan diri drp mencoret sesuatu yg boleh menyentuh perasaan..insyaAllah
salam kak...
sye pong dpt komen2 dr fikiranterbuka ni...terkjut gile sye kak...dh la tetibe serang org camgitu...hadoi mujut la sye x pengsan...uhuhuhuhuhuhu
Mak Su
Salam maksu...lama saya tak berkunjung ke rumah maksu,banyak yang ketinggalan...
MulutPayau
Salam MP...Orang yang baca pun dah terasa apalagi kak Zai,rasa marah,sedih dan macam2 lagi.Konon nak nasihat tapi salah cara.
sal
Salam sal...tujuan asal kak Zai berblog dulu hanya untuk suka2 tapi tak sangka sekarang dah punya ramai kenalan. Walaupu ramai yang belum pernah kak Zai jumpa tapi kak Zai tahu kalian semua punya hati yang baik dan mulia.Kak Zai harap persahabatan ini akan kekal dan insyaAllah satu hari nanti kita dapat bersua.
mrs ecam
Salam...terima kasih sudi singgah.
Kak Zai dah pun baca comment FT kat blog mrs ecam, lebih kurang sama aje kan. Mungkin dia sakit jiwa kalau tak pun mungkin rohani dia.
Assalamu'alaikum Puan Zaitun, saya rakan FIKIRANTERBUKA yg meminjam beliau punya email ni...Puan Zaitun, beliau brpesan kt saya, beliau MEMINTA MAAF kpd puan jika tegurannya tu mengguriskan hati Puan, ....Saya juga kurang senang dengan caranya itu, lebih2 lagi blognya...Saya amat menyukai komen dari Akak KUNANG-KUNANG tu.......
Puan Zaitun, sepatutnya beliau meletakkan BLACK BAR pada gambar2 yg di dalam blognya itu..Saya juga telah menegurnya dengan cara yg elok ......Tapi puan, walaubagaimanapn saya ada pendapat tersendiri dalam hal ini..Bukan nk menyebelahi sesiapa.. TAPI PERNAHKAN KITA TERFIKIR, SETIAP ORANG MMPUNYAI cara tersendiri dalam menyampaiakan dakwah..KASAR/LEMBUT . Tujuannya tetp sama, iaitu ke arah menuju KEREDAAN ALLAH. Kita amek contoh Saidina Umar R.A, seorg sahabat yg dijamin syurga. Tgk cara beliau mengajar org2 yg cuba memusuhi Rasulullah. Penggal kpala terus...namun bgitu beliau ttp kekal dijamin syurga. Tgk pulak ceramah ustaz AZHAR Idrus, bgaimana tegas & lantangnya bliau brsuara shingga sebut bodoh DLL..dan mungkin menyinggung perasaan orang lain pada masa itu. Cntoh lain ustaz Abdullah Khairi dari P. PINANG. Tengok bagaimana beliau menegur jemaah dalam masjid,, bagaimana keras suaranya, jika Puan mengenali beliau. Tujuan diog ni sama je Puan, menuju keredhaan Allah...Saya lebih tau apa yg terpendam dalam hati FIKIRANTERBUKA sbab saya kawan baiknya Puan.. CUMA CARANYA MAYBE TAK BERAPA BETUL
Contoh lain Puan,, kita ambil PELAJARAN dari kronologi kisah IMAM SAMUDERA, ALI GHUFRON dan AMROZI ..Apa mereka digelar ?? TERRORIST ....Apa pengakhiran atau cara mati mereka ? ...Kita tengok pembunuhan itu satu yang tak boleh diterima oleh akal fikiran manusia sehingga digelar PENGGANAS... Kita pun tak tahu apa niat mereka ini dalam berjihad menuju keredhaan Allah... Tapi apa yg yg kita dapat lihat pada wajah2 jenazah mereka ?? ...bukanlah saya suruh berjihad mcm tu, ada banyak cara lain lagi kita boleh berjihad...tp kisah yg ini kita ambil pelajaran sikit ..FIKIRANTERBUKA baru menegur anak puan (SEBENARNYA DIA INGIN "ATTACK" anak Puan itu dengan nasihat2nya, dia sangka blog ini milik anak prempuan puan Zaitun)
Pandangan yg paling saya SUKA ialah dari Akak KUNANG-KUNANG, terima kaseh akak ya ;)) MEMANG BETUL FIKIRANTERBUKA bukan seorang YG PANDAI MEMAHAMI PERASAAN WANITA....yg lain2 tu, bolehlah diterima sikit-sikit .... SEKIAN dulu Puan Zaitun yg dihormati, harap bersabar sentiasa dan maafkan sahabat saya FIKIRANTERBUKA.....Assalamu'alaikum ^_^
sLAM SEKALI LAGI PUAN ZAITUN,..walaubagaimanapun, komen yg paling kami tak puas hati adalah dari insan yg bernama SANIAH...MELESET TERUS APA YG ANDA KATA TU,, Tolong baca apa yg saya jawab sebelum posting ini
Salam sekali lagi Puan Zaitun...walaubagaimanapun, komen yg paling kami tak puas hati adalah dari insan yg bernama SANIAH tu..MELESET SEKALI APA YG ANDA KATA TU..tolong baca jawapan2 saya sebelum posting ini Puan SANIAH
Post a Comment