Sunday, May 13, 2012

Rai

Salam...

Syukur alhamdulillah masih lagi diberikan umur yang panjang, kesihatan yang agak baik walaupun diuji sedikit dengan masaalah kaki. Yang lebih bersyukur masih lagi kental dan utuh disayangi oleh suami dan anak2.

Sempena Hari Ibu saya diraikan di Restoren Nando's. Disebabkan masih lagi berpantang jadinya tak dapatlah nak pergi makan ke tempat yang macam2 ada menu. Walau bagaimana pun saya tetap seronok dan bahagia. Selain dari hari kelahiran, hari ibu dan hari perkahwinan adalah menjadi kewajipan bagi hubby dan anak2 untuk meraikannya bersama2, tapi semalam cuma hubby, Mimi dan adik aje yang ada.

 
gambar yang ini ihsan dari google
dah makan baru teringat nak ambik gambar

french fries 2nd order


Masa menunggu makanan siap Mimi dan adik minta diri untuk ke tandas tapi punyalah lama tak sampai2. Call banyak kali tapi jawapannya 'on the way'...rupanya2nya dua beradik ini bukan ke tandas tapi pergi membeli yang kat bawah ini. Ada2 saja anak2 saya membuat kejutan....

 Alhamdulillah semoga kasih sayang mereka akan kekal sampai bila2.




Terima kasih buat hubby dan anak2 semoga dirahmati Allah swt.

15 comments:

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Zai..

Alhamdulillah kerana masih bernafas hingga kehari ini. Semalam kakya pun anak bawak mkn2 Dan jalan2 di KLCC.
Belikan mamanya handbag coach ( tau mamanya suka melaram) :)

Harap sakit kaki Zai beransur pulih ya. Jgn lupa mkn ubat.

Acik Erna said...

salam zai..bhagianya rasa bila ada anak2 yang ingat kan..

Kamariah Awang said...

Alhamdulillah, anak2 membahagiakan hidup kita...Kenapa kaki Zai? Nanti ma silau di n3 yang lepas.

Apapun ma doakan semoga Zai cepat sembuh. Insya Allah...

ibuintan said...

tahniah kakzai... slamat hari ibu

cikmanggis said...

Selamat hari ibu zai..Insyallah jika berpantang betul betul..kaki Zai dapat kembali ok.Cm sekarang pun berpantang juga.Alhamdulillah sudah dapat kembali melakukan aktiviti seperti biasa..brisk walk dan dapat naik dan turun tangga tanpa sakit lagi.

azi said...

Selamat Hari Ibu Kak Zai...
Seronoknya .....nampak sedap sangat makanan tu...:)

Semoga kaki akak akan cepat sembuh ye...

ibundo said...

salam zai.. anak-anaklah permata di hati kita.
selamat hari ibu

makchaq said...

Best kalau dapat makan ramai2
tambah pulak diraikan begini..

makchaq hari ibu pi makan kenduri..

aNIe said...

Assalmualaikum kak zai...anie menyambut Hari Ibu dgn anak2 je...cik abang jauh di Melaka...

Unknown said...

selamat hari ibu kak..bestnyer bila ada org hargai mcm tu kan.nampak semua mkn sedapx2 belaka tu:)

semoga kaki akak cepat sembuh yer:)

sal said...

Alhamdulillah...ingatan mesra drp anak moga berkekalan sepanjang masa..rasa happy dpt bersama anak2 makan2 yee..moga dikurniakan kesihatan yg baik dan umur yg panjang.Amin....

Anonymous said...

Seronok bila anak-anak ingat dan sayang pada kita yer Zai.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak Zai,

bertuahnya badan....


bila tanya anak saya, dijawabnya.. bila hari ibu, ibu ?
tunggu besar sikit kot.. hihi..

Nida said...

Selamat Hari Ibu Kak Zai....

Seronoknya dapat berkumpul dan diraikan.. dapat kejutan lagi..:)

lyzaCR7 said...

Sooo sweet..:)