Thursday, May 19, 2016

Kiriman.

Assalamualaikum...



In syaa Allah petang nanti barang yang dalam hilux tu sampailah ke rumah saya. Bermula dari kenalan biasa lama kelamaan keserasian ujud terus menjadi sahabat. Walau dia jauh nun diBesut Terengganu tapi persahabatan kami cukup rapat. Ziarah menziarahi diantara satu sama lain dan kalau kami ke sana layanan yang diberi 1st class.

Segala makanan Pantai Timur yg kami suka akan disediakan tambahan pulak dia seorang yang pandai memasak.  Sebut saja makanan apa pasti dia akan usahakan. Ada beberapa masakkan yang diajarnya dan saya sudah pun mencuba alhamdulillah menjadi.

Setiap kali datang bila nak balik kereta kami akan dipenuhi dengan segala makanan, sayur2an dan yang paling seronok bila musim buah. Kalau boleh pokok durian, pokok rambuatan, pokok manggis, pokok dokong pun nak dibawakannya. Jika dia tahu ada sesiapa kawan hubby nak datang ke Besut dia akan mengirimkan barang untuk kami.

Tengoklah gambar diatas itu adalah kiriman yg ditumpangkan dengan kawan hubby yang ke Besut. Didalam hilux tu ada pisang kelapa muda betik ubi dragon fruit telor itik sayur2an dan macam2 lagi. Itulah yg diberitahunya pada saya semalam semasa kami Ber wsap. Syukur alhamdulillah saya mempunyai sahabat yang sebegitu rapat dan baik sekali. Semoga persahabatan kami kekal sampai bila2. Amin....






14 comments:

Qhaifa Nur said...

Seronoknya penuh hilux...mcm2 ada...rezeki
moga ukhuwah berkekalan hendaknya...

Kakzakie Purvit said...

Sebenarnya kawan ni bergantung pada diri kita juga kakZai
Kalau kita baik dgnnya, jaga silaturrahim dan sayang dia begitulah sebaliknya dia juga

Alahmdulillah inilah ukhuwah yg indah.

Unknown said...

wah banyaknya kakzai segala buahan yg fresh semuanya
pisang tu boleh buat kerepek kot sbb masih hijau tu
memang betul kata kakzakie tu kalau kita jaga silatulrahim dgn kenkawan
insyaALLAH akan berkekalan
semoga ukhwah kakzai dan kawan kakzai ni sampai ke akhir hayat ameeen

Ana Jingga said...

Alhamdulillah kak zai, rezeki..kemanisan ukhuwah :)

Malinda said...

banyaknye kak bekalan...alhamdulillah moga murah rezeki sahabat akak yg jauh di mata tapi dekat di hati tu...

sweetie said...

Semua tu ke kak Zai? boleh buat meniaga goreng pisang tu... Sahabat yang baik mmg sukar di cari.

saniahibrahim said...

Baik hati sungguh kawan kak zai ya...mesti dah akrab seperti adik beradik kan.
Banyaknya yang dikirimkan.Yalah kak zai pisang tu hijau2 lagi ,boleh buat kerepek .Pisang yang warna kemerahan tu pisang raja udang kan.

Unknown said...

wow menarik yaa kak.. kalau ingin tahu tentang web gratis yukk disini saja.. terimakasih.

Normala Saad said...

Beruntung ada kawan yang baik hati dan pemurah ni...rezeki melimpah ruah.

che mid said...

Biar betul kak Zai..boleh buat bisnes kerepek ni he he. Alhamdulillah, Allah kurniakan orang yang baik-baik untuk kita. Insyaallah berkawan sampai ke jannah.

paridah said...

WAH BANYAK SUNGGUH KIRIMAN KAWAN ZAI YG BAIK HATI...ITULAH KELEBIHANNYA BERKEBUN SENDIRI..HASILNYA MMG XHBS DIMAKAN N BOLEH DIBERI KPD SEDARA KWN2 R SESIAPA SAJA.

raihanah said...

murah rezeki kawan tu.

Mummydearie said...

Murah rezeki akak. Macam-macam ada. Pendekata memang penuh bonetlah ya. Semoga persahabatan Kak Zai dengan kawan yang ini berkekalan selagi hayat dikandung badan.

OKje said...

Untunglah Kak Zai.... salah satu cabang rezeki jugak tu namanya ...
Dia tu berkebun ke Kak Zai...punyalah macam macam buah