Tuesday, May 03, 2016

Aktiviti Makan Diluar Bersama Anak2.

Assalamualaikum...

Cuti weekend bersambung cuti labour day dipenuhi dengan aktiviti makan2 diluar bersama anak menantu. Hari Sabtu makan Nasi Arab diSaba restoren Cyberjaya. Hari Ahad makan steak di Seri Kembangan. Isnin pulak makan satay di Satay Station dikampung Pandan. Perbelanjaan semua ditanggung anak. Selama tiga hari dapur saya tidak berasap.

Seronok rasanya kalau ramai anak lagi meriah. Seorang demi seorang keluar duit ayah dan mama suap aje. Alhamdulillah sejak anak2 sudah bekerja merekalah yang selalu berbelanja. Cakap saja nak makan apa in syaa Allah akan ditunaikan.

Hari Isnin selepas sarapan pagi juga makan diluar kami sekeluarga tengok wayang. Mula saya dan hubby menolak tapi dah anak2 mengajak terpaksalah mengalah. Filem Captain America Civil War. Lepas tengok wayang pergi ke Sogo shopping baru pergi makan satay dikampung Pandan.

Kalau saya tak silap last kami pergi ke Satay Station harga satay rm1.30 sebatang manakala mee rebus rm6++ semangkuk dan mangkuknya lebih besar. Tapi sekarang banyak sangat yang berubah ada service charge dan gst. Agak mahal jika dibandingkan ditempat lain cuma sataynya besar sedikit.  Apa pun makanannya sedap. Satay dikampung pandan ini rumah yang dijadikan gerai. Selain makan diperkarangan boleh juga makan didalam rumah bersila dan disediakan bilik. 





Bila terasa nak makan satay selain Satay Station, Satay Hj Samuri kami juga ke Satay Willy yang agak terkenal terletak di Sungai ramal, Kajang. Jika rakan2 nak mencuba bolehlah pergi.

Hihi..Terlupa nak ambik gambar makanan.




15 comments:

Acik Erna said...

Seronok habiskan masa makan2 bersama anak2 kan zai

Acik Erna said...

Seronok habiskan masa makan2 bersama anak2 kan zai

Amie said...

Alhamdulillah... rezeki Allah...seronokkan kan kak bila anak-anak dah dewasa.

saniahibrahim said...

Bertuah kak zai anak2 dah dewasa dan bekerja...semua dapat belanja mama papanya.
Tambah selera kan bila makan dengan anak2....alhamdulillah.


Malinda said...

seronoknye kak bila ada anak2 yg dah berkerja kan...alhamdulillah moga murah rezeki anak2 akak lepas ni...banyak rupenye jenis2 sate ye saya selalu makan sate kajang je...sate lain tak penah rase lagi...

sweetie said...

Saya lebih suka makan satay di satay station... walaupun agak mahal tapi sedap dan terasa rempahnya. Mee rebusnya pun sedap.

hasliynda umairah beauty said...

mkn satay mmg sedap

Hsna Rahman said...

alhamdulillah quality time yg sgt unlimited nilainya kan??syukur

E'in said...

alhamdulillah.. rezeki kongsi same2.. hihi

Qhaifa Nur said...

Dh tiba masanya...merasa duit dr ank2..masing2 dh bekerja..rezeki dikongsi bersama..

babYpose said...

Seronoknya tonton captain America dengan anak-anak, apa lagi duduk rehat ja kat dalam tu :)). Makan anak-anak belanja impian ibubapa tu kan.Alhamdulillah

Bunda_nora said...

Memang betul kalau anak ramai ni meriah... teringat masa bunda kecik2 dulu... kami 8 beradik...sekali bapak bawa keluar makan...sampai bersambunga meja restoren tu kami jer anak beranak...

hai1 nostalgia lah pulak...

makchaq said...

Bila anak2 dah bekerjamesti nak belanja mak ayah..

Gaji pertama... dapat bonus..... naik pangkat.... dulu mak ayah belanja makan.. la ni time depa pulak belanja..

OKje said...

Saya tak pernah makan Satay Station Kak Zai ....selalunya makan Satay Samuri jerlah.
Hihi...untung tau dapat cuti masak. Syukur Kak Zai dapat anak anak yang pandai menghargai mak ayah. Untung lagi Kak Zai dan suami masih sihat boleh ke sana sini makan makan.

Mummydearie said...

Untung Kak Zai dan suami, bawa diri aje pergi makan dah anak-anak ramai boleh belanja! Saya ni dua aje anak, entah depa ingat ke tidak kat makpak depa ni bila dah bekerja nanti :(

Last saya pergi Satay Station, harga satenya RM1.80 untuk daging dan RM1.40 atau RM1.60 untuk ayam. Ini dah naik lagi ke? Minyak dah turun harga pun harga makanan tetap makin naikkan, kak!