Pertama kali masuk mahkamah tapi bukan untuk dibicarakan. Hadirkan diri untuk menyaksikan pengiktirafan Mimi sebagai peguambela dan peguamcara. Ini dikira sebagai convocation tapi dilakukan didalam mahkamah yang dihadiri oleh hakim, peguam dan ibubapa sahaja. Alhamdulillah setelah berhempas pulas belajar akhirnya membuahkan hasil.
Bila Mimi memilih jurusan undang2 untuk memasuki Uni ianya mendapat tentangan dari saya. Saya mahu Mimi mengambil jurusan perubatan penat belajar siang dan malam bila dapat keputusan yang boleh ke jurusan perubatan senang2 tukar haluan. Mungkin saya terpengaruh dengan anak2 abang yang menjadi doktor. Akhirnya saya akur dengan keputusan Mimi setelah membaca biodata yang ditulisnya semasa ditadika lagi yang dia ingin menjadi peguam bila besar nanti.
Kagum melihat kesungguhanya semasa dalam kuliah. Bila menghadapi peperiksaan tak kira dimana waima dalam kereta sedang memandu dia akan menghafal segala fakta. Setelah 6 tahun belajar undang2 termasuk 1 tahun foundation akhirnya hari convocation telah pun berlangsung pada bulan September tahun lepas. Setelah lulus Mimi diwajibkan pula menjalani Chambering selama 9 bulan proses untuk melayakkan diri untuk menjadi seorang peguam. Semasa chambering dia juga menghadapi beberapa tugasan dan peperiksaan termasuk Ethics exam. Hampir 7 tahun menghabiskan masa baru boleh menjadi seorang peguam. Baba dan abang Mimi yang mengambil jurusan Engineering pun 5 tahun sudah habis belajar. Amat rumit dan memerlukan banyak duit kalau seseorang ingin menjadi seorang peguam.
Ini gambar Mimi bersama mover orang yang membacakan perjalanan kehidupan Mimi sebagai seorang pelajar dihadapan hakim dan seorang lagi peguam yang menyarungkan jubah. Sayang bergambar didalam mahkamah tidak dibenarkan.
13 comments:
Alhamdulillah syukur dan Tahniah kepada K Zai mendidik anak hingga berjaya. Tahniah kepada Mimi juga mengembirakan ibubapa dengan kejayaan. Kirim salam tahniah kepada Mimi :)
Saya tak pernah tahu bagaimana proses seseorang itu di iktiraf sebagai peguam... Kenapa kak Zai tak detailkan dalam catatan ni... Step bay step masa dalam mahkamah tu. Minat pulak nak tahu. Lama juga belajar baru dapat jadi peguam ye. Lebih lama dari belajar medic.
Sweetie...kak zai rasa doktor pun lebih kurang masa belajar. Housemanship mengambil masa 2 tahun tp kak Zai tak berapa tahu in detail.
Tahniah mimi... & tahniah utk kak Zai sekeluarga juga..
Tahniah Mimi....moga menjadi peguam yg berkaliber
Kak Zai saya tumpang sejuk perut mengandunglah yer hihi...
Lama juga yer Kak Zai studynya, kalau ye tak ye, give up jugak tu....Itu sayalah haha...
tahniah kak zai dan suami .
gembira melihat kejayaan anak-anak.
Tahniah mimi cita2 dalam gengaman
TAHNIAH ZAI/SUAMI N MIMI YG BERJAYA CAPAI IMPIANNYA MENJADI PEGUAM YG DITANAM CITA2NYA SEJAK DARI KECIL...HARUS DICONTOHI ANAK2 YG INGIN BERJAYA DLM HIDUP.
Tahniah Mimi..Zai dan keluarga..syukurlah dah tercapai cita cita
Muka Mimi mirip ibu..he. He..anak omak
Tahniah Mimi..Zai dan keluarga..syukurlah dah tercapai cita cita
Muka Mimi mirip ibu..he. He..anak omak
tahniah ya, semoga tercapai segala impian
Tahniah zai ..tahniah mimi
Tahniah zai ..tahniah mimi
Tahniah kak zai sekeluarga.Rumit rupanya nakjadi peguam ya kak zai.Mesti Mimi ni petah bercakap sebab tu membolehkan dia jadi peguam kan.
Post a Comment