Kepada sesiapa peminat tegar kopi bolehlah pergi ke Bali sebab disana terdapat bermacam2 jenis kopi. Ada macam2 rasa dan disana juga terdapat kopi yang termahal dalam dunia.
Kalau pergi melawat ke ladang kopi kita akan diberi penerangan berkenaan dengan penanaman dan nama2 jenis kopi. Disana juga kita akan dihidangkan dengan bermacam2 jenis kopi untuk dirasa. Ada perasa coklat, serai, manggis, kelapa,vanila, expresso dan kopi biasa. Kopi perasa manggis elok untuk pengidap darah tinggi, kencing manis, cancer dan baik untuk menghalang tulang reput.
Ladang kopi
Kopi pelbagai rasa
Tester
Dalam banyak2 kopi yang terdapat disana ada satu kopi yang paling mahal. Kopi luwak namanya dan proses pembuatannya agak rumit. Luwak adalah sejenis musang yang dibela hanya untuk memakan kopi. Buah kopi yang dimakan luwak adalah kopi yang paling baik.
Luwak tidak menguyah biji kopi tetapi dia terus menelan. Najis luwak inilah yang diproses untuk dibuat serbuk kopi. Setelah dikumpul najis2 itu akan dibasuh, dijemur, diasingkan dan digoreng baru ditumbuk menggunakan lesung kayu. Menurut pekerja ladang disitu ianya dibasuh berulang2 kali.
Proses penghasilan Kopi Luwak
Setelah melawat ladang dan minum kopi yang dihidangkan kita akan dibawa ke kedai yang menjual pelbagai jenis kopi. Saya beli tiga jenis kopi berperisa manggis, kelapa dan serai yang berharga 100,000 rupiah untuk 100 gram. Kalau ikutkan agak mahal juga kan kopinya.
Kopi yang saya beli
P/s: kami tidak minum kopi luwak sebab tak sanggup.....hehe.
10 comments:
samalah kita Zai..takpe banyak lagi pilihan kopi yang masih enak
jiwa kental saja boleh cuba kopi luwak...saya pun kena fikir berkali2 kalu nak minum kopi luwak tu
begitu banyak perasa kopi ya kak zai...
kopi luwak?...rasanya tak tertelan bila bayangkan proses2 pembikinannya.
Zai, saya pun tk brani nk cuba kopi tu walaupun dikata sedap...takut tak tertelan..hehe
Uwaa..!!! najis buat kopi? sadis!hihi
Ohh rupanya Bali pun terkenal dengan kopi ya.. terimakasih info Kak Zai. Nanti bila bila nak pi Bali saya boleh la borong kopi.
sedapnya kopi bali dh lama xminum kopi.
salam kak zai...baca cerita kopi k.zai mcm terbau harum bunga kopi depan rumah mak...
W'salam....suri apa khabar? Lama kak zai tak dgr cerita.
kopi luwak? dgr pun dah seram...tahu musang eeee..x selera nk minum :-)
Post a Comment