Tahun lepas hari lahir adik disambut di UK bersama abang, kakak ipar dan anak buah. Kami disini hanya mengirimkan ucapan dari jauh tanpa ada orangnya disisi.
Tahun ini tepat waktunya sedang berada diatas kapal terbang untuk pulang ke tanah air. Buat masa ini belum ada sambutan sebab kami baru balik bercuti dari Bali. Masing2 masih kepenatan. Akan ada makan2 diluar bersama keluarga sebagaimana yang selalu dilakukan.
Adik sudah berumur 19 tahun, sudah bergelar mahasiswi. Walau sudah meningkat dewasa tapi dimata saya dan hubby dia masih seorang gadis kecil sebab dia adalah anak bongsu kami. Sangat comel dimata saya walau tidak bagi orang lain. Seorang anak yang baik, mengikut kata, peramah dan senang mendapat kawan. Mudah tersentuh dengan kesusahan dalam kehidupan sesiapa saja.
Sejak dari kecil suka memberi wang kepada sesiapa saja. Ditempat umum kalau sepanjang jalan ada peminta sedekah dia akan meletakkan wang ke dalam mangkuk yang tersedia. Itulah sifat adik sampai sekarang tidak berubah. Sanggup tak cukup duit untuk berbelanja asal saja dapat membahagiakan orang lain. Kami semua berharap semoga adik menjadi orang yang berjaya dan kekal dengan sifat pemurah hati.
Mama dan semuaaaa... mengucapkan selamat hari lahir buat adik. Semoga adik menjadi hamba yang taat pada suruhan, berjaya didunia dan diakhirat. Amin amin amin ya rabbal alamin.
Tanah lot
Pura tirtha Empul
Ulun Danu
Uluwatu
Nusa Dua
Gambar semasa di Bali.
9 comments:
SUKSES DUNIA N AKHIRAT.HAPPY BIRTHDAY ADIK YG COMEL MOGA KEKAL SOLEHAH N BAIK HATI, SUKSES DI DUNIA N AKHIRAT.
hepi bezday untuk anak bongsu kak zai yang baik hati....moga perjalanan hidup nya sentiasa diberkati Allah
anak bungsu walaupun dah belasan tahun ia tetap baby di mata mama. selamat ulang tahun adik..
happy birthday adik comel.sama macam anak KY lah Zai. anak bungsu juga.
tempat yg sama KY pergi..
Aminnn! mudah-mudahan doa kak Zai dimakbulkan. InsyaAllah.
Salam Rindu buat Kak Zai...:)
Happy belated "birthday" buat adik.
Semoga terus menjadi anak kesayangan dan kebanggaan akak dan keluarga.
Happy birthday adik cumil semuga cemerlang di dunia dan akhirat..amiin
W'salam azi...rindu sangat lama kak zai tak dengar berita. Updatelah blog walau sikit pun tak apa.
happy birthday adik..sama bulan dengan hero bongsu..
Post a Comment