Sunday, February 12, 2012

WC

Salam....

Pagi tadi saya ke Pudu Central menghantar anak yang nak ke Kulim, Kedah. Dia tak nak bawa kereta sebab lebih senang dan tak penat. First time saya masuk ke Pudu Raya ( nama lama) setelah diubah suai. Bangunannya tak banyak sangat berubah cuma banyak tempat2 yang diperbaharui dan teratur. Tapi kali ini saya bukan nak cerita pasal Pudu Central sebab dah basi orang pun dah berpuluh kali ke sana. Benda yang saya nak cerita hari ini berkaitan dengan tandas di negara kita.

Tak kisahlah bila nak masuk tandas dikenakan bayaran sebanyak 30 sen bukan mahal sangat pun tapi yang tak seronoknya tandas tak bersih. Tandas tu baru aje beroperasi tapi tak macam tandas yang baru di ubah suai. Waktu saya masuk pagi tadi orang pun belum berapa ramai. Tengok tandasnya dah kotor macam tak dicuci beberapa hari. Tak nampak pun orang2 yang ditugaskan untuk mencuci dan menjaga kebersihan tandas.

Sikap  kurang ada tanggung jawab dikalangan rakyat jelata (sekali lagi guna perkataan ainnoraini hehehe) pun harus diambil kira.Tissue bertaburan walaupun dah disediakan tong sampah, hose paip dibiarkan jatuh ke lantai sedangkan ada penyangkutnya dan yang paling saya terkejut ada orang yang menghempas pintu dengan begitu kuat sekali bila masuk ke tandas. Rasanya kalau semua orang melakukan benda yang sama memang tak heran pintu tu tak lama lagi akan kopak.

Ada juga sesetengah orang yang menggunakan tandas duduk bertenggek bila menggunakanya, kalau tak percaya tengoklah pelapit tempat duduk mesti ada tanda kasut. Nak kata tak tahu nak gunakan tandas macam tu entahlah, saya pun tak tahu nak cakap, maka sebab itulah bila saya masuk ke tandas saya akan menyiram semua mangkuk dan lantai tandas sebelum menggunakannya.

Saya pernah pasang angan2 kalaulah saya jadi first lady saya nak jadikan tandas dinegara kita yang terbersih didunia biar semua orang dan pelancong yang datang akan memuji. Kita kan sedia maklum banyak benda2 yang ada dinegara kita banyak yang TER, tak salah kalau angan2 saya di jadikan kenyataan, tandas yang TERbersih. Setiap tandas diletakkan bunga tak payah bunga mahal2 cukuplah setakat money plant lepas tu masukkan dalam botol air mineral. Negara yang kaya dengan alam flora kan ke cantik kita terapkan ke semua tempat ada kehijauan.

Berbeza dengan sesetengah negara walaupun penduduk mereka padat tapi tandas mereka bersih dan cantik walaupun tidak bertaraf elit. Contohnya di Indonesia, saya dah pergi ke Medan dan Bandung ternyata tandas mereka memang bersih. Kalau nak cerita Singapore, Uk dan ada bebeapa negara lain yang saya dah lawati tandasnya memang bersih. Bukan saya nak memburukkan tentang negara kita tapi ada benarnya. Kadang2 saya berasa segan bila menantu saya nak gunakan tandas awam yang majoritinya memang kotor. Maaf kalau ada pihak yang kurang senang tentang subjek yang saya ceritakan.

p/s: Dalam kereta masa nak balik tadi dengar lagu Janji manis mu nyanyian Aisyah, lama tak dengar, syahdunya...

12 comments:

saniah said...

takpa kak zai..jgn rasa bersalah pun brcakap hal ni..memang tandas kat sini kotor sgt2..klau pi ke taman tasik tu jgn la duk jengok ke tandas awam dia..boleh muntah.saya singgah makan kat resto sari rasha kat PD dulu nak guna toilet awam kat depan resto tu...makaiii...bau dan rupa memang teruk sangat..mmg malu kat tourist kan...
err..nk tanya kenapa anak kak zai naik kat pudu? anak saya balik ke arau selalu naik bas kat jln duta...:)

Zaitun said...

saniah

Nak cerita pasal tandas ni pun dah naik muak, tak tahu siapa yang nak disalahkan. Sikap tanggung jawab mesti ditanam dalam diri sendiri.

Anak kak Zai naik bas Plusliner,tak tahulah pulak kalau ada bas tertentu yang naik dari situ.

azieazah said...

Setuju KAK ZAI. Pada hemat saya, tandas dalam kompleks membeli belah yang berbayar sahaja yg boleh dipuji. Tandas awam lain, memang banyak yang tak seonooh.

Unknown said...

salam malam zaitun...tq menjengok mommy.....biasa la manusia ...dulu rambut ade gak sm itam..sekarang rambut dah bemacam warna..apetah lagi hati kan....

ummu said...

assalamualaikum Kak Zai
sayang kan
kita macam tak kisah akan kebersihan tandas kita.
kadang kala geli geleman tengok tisu dan najis bersepah.
ada satu kali tu saya lihat pencuci tandas dah bersihkan tandas,lepas dia keluar,masuk seorang pengguna,bila pengguna tu keluar dan saya pula nak guna,mashaAllah...terabur tisu yg telah digunakan...

MulutPayau said...

memang kbnyakan tandas awam di negara kita kotor........

sekadar satu coretan said...

terus terang kakzai..saya kalau boleh tak mau masuk tandas awam ni...kalau yg ada bayar tu mahu la jugak masuk...eeeiii tersangat la kotornya...nak muntah rasanye...

LYAfrina said...

itulah..padahal ada peruntukan utk kebersihan tandas tu.. silap pekerja tu..atau org y mguruskannya?? tandas kt jauh ketinggalan drp negara luar kan..

marinahunny said...

Assalamualaikum kak zaitun,

Saya stuju dgn kak zaitun. Kdg2 org yg guna pun xde sivik jg, mentang2 tnadas awam suka hati x nk flush atau buang tisu merata..

sal said...

betul zai..pasal tandas tu..sensitif bebeno klu kotor..silap2 haribulan org tak jadi masuk toilet jika koto tahap kritikal..

Anonymous said...

Salam Zai,

betul sangat apa yang Zai tulis. Kalau nak ke tandas awam, berfikir banyak2 kali melainkan dah 'tak tahan sangat'.

lyzaCR7 said...

tak d nafikan, tandas kita memang kotor..huhuhu..saya cukup seram nak ke toilet sebelum makan..takut putus selera...

Ada gak tandas yang tak d sediakan air..cuma guna tisu je..ni n3 yang saya buat pasal toilet nie..agaknya org2 cm kita yang beragama islam cmne nak cuci?mujur saya selalu check air dulu b4 membuang..takut air takda atau cmni kesnya..huhu..
http://cerita2kosong.blogspot.com/2011/08/guna-tisu-je-laaa.html