Thursday, February 02, 2012

Penantian

RALAT...

Pembetulan....Losong bukan Lesung...orang Terengganu jangan marah ya. Kalau ada perkataan atau ejaan yang tak betul maafkan saya...orang lama hehehe....

******************************************************
Salam....

Kelmarin dapat mesaj.... Yanie dah masuk wad...

Pagi tadi dapat cal....dah selamat...anak perempuan...

Alhamdulillah.... menantu adik selamat melahirkan anak pada pukul 5 pagi tadi, dapat anak perempuan. Cucu pertama buat adik perempuan saya. Seronok sangat dia sebab ke empat2 anaknya semua lelaki. Bolehlah beli gaun sebab selama ini dia asyik beli untuk anak orang lain.

Masing2 excited sebab dah lama tak ada baby dalam keluarga saya. Last cicit ayah dah pun berumur 11 tahun dan selama itulah kami tak mempunyai baby. Bukan tak ada yang dah berkeluarga, saya sendiri pun ada anak yang dah kahwin cuma belum ada rezeki. Saya dari keluarga yang tak punya ramai anak. Paling ramai cucu ayah 4 orang dari satu ibu atau ayah, yang lain semuanya 3, 2 dan ada yang hanya seorang saja.

Mungkin selepas keluar dari wad Yanie akan tinggal bersama dengan keluarganya untuk beberapa hari dan selepas itu ke rumah adik di Taiping. Apa yang saya tahu adik sungguh2 nak menjaga menantunya semasa dalam pantang. Kat rumah dia pun cuma tinggal dia dan suaminya.

Tahniah buat Yanie dan Faris....semoga menjadi ibu/bapa yang penyayang dan bertanggung jawab.

5 comments:

Nieda said...

Tahniah buat pasangan ibu dan bapa baby girl.
Kat Taiping ? kat mana tu? dah dekat rumah saya kak zai.

Zaitun said...

Nieda

Terima kasih...Adik kak Zai tinggal kat Kemunting,lupa pula nama tamannya.

sal said...

seronok dpt baby...,suasana lebih ceria. Tahniah buat Yanie dan Faris...

Kamariah Awang said...

Tahnia buat pasangan yang baru dapat baby girl tu.... Tahniah juga pada nenek dan atuknya...

suri solehah said...

tahniah untuk keluarga adik akak dan akak juga sbb dah dapat cucu ppuan..memang seronok kan dapat ppuan..suri kalau dgn anak ppuan rasa tak sayang duit,,baju cantik2 hehe