Setiap pagi selepas solat saya akan membuka tingkap kemudian memanggil sofi (rabbit). Rumahnya betul2 mengadap ke tingkap. Masa saya panggil tak ada respon, selalunya bila dipanggil mesti dia mendongak atau telinganya bergerak tapi hari ini langsung tak nampak. Saya ingatkan mesti dia baring atas lantai sebab saya tak nampak dia ada dalam tupperware yang saya sediakan dalam rumah dia. Tupperware tu saya isikan serbuk kayu tempat dia tidur.
Disebabkan saya nak menyediakan minuman hubby yang nak pergi kerja saya batalkan niat nak keluar untuk menjengah. Bila air minum hubby dah siap saya keluar, buka pintu rumah sofi tengok dia baring macam tak bermaya. Bagitau dengan hubby keadaan sofi, hubby datang tengok. Kata hubby tengahari nanti dia balik untuk bawa sofi ke klinik.
Seperti biasa kalau waktu pagi saya sibuk membuat kerja2 rumah, pukul 11 hubby cal tanya keadaan sofi. Saya tanya hubby pukul berapa nak bawa sofi ke klinik sebab saya nak bersiap. Hubby cakap cuba bagi sofi air dengan menggunakan sudu, saya pun ke belakang rumah. Alangkah terkejutnya bila tengok sofi tak bergerak dan banyak semut diseluruh badannya. Rasa kurang yakin dengan apa yang berlaku saya ambik kayu kecil cuba gerakkan tapi badan sofi dah keras. kasihannya...menitis juga air mata saya...
Sofimama dah pergi buat selama2nya....
10 comments:
Ajal dia dah sampai Kak Zai... sedih pastinya sebab dah disayang dan ditatang dengan sebaiknya... Tinggal kenangan. takziah dari kakak.
Kena cari gantilah Kak Zai...
Tumpang sedih...drpdNya ia dtg kepadaNya ia kembali..sunyilah kak zai nnt...elok di ganti..cari kucing gebu pulak...
betul kata kakzakie...
nak buat camana ye zai..dah sampai masanya
Ermm... Bila dah bela mmg sayang...
Ganti dgn yang baru.. Kalau tidak nanti sunyi..
kenapa kak,sofi ada sakit ke sblm ni?siannya..teringat mata comel n bulu gebu di entri akak sebelum ni...
Sedih pula saya baca n3 Kak Zai ni.. dulu saya pun ada arnab, lepas tu mati kena makan dengan kucing.. seharian saya menangis..
bila kita dah sayang...mmng sedih kalau kehilangan.....mngkin kak zai boleh cari pengganti lepas ni....
salam zai..bagi email zai.saya bagi alamat..dapat jugak kita jumpa nanti
Gitulah, Zai... Walaupun binatang, kalau kita dah bela tentu sayang jugak... Jangan sedih Zai.. Sabaar yer..!
walaupun haiwan hati manusia tetap tersentuh kak kan? sya kucing terbiar yg sya bagi makan hilang pun sya ralat, inikan pulak kalau haiwan peliharaan mestilah sedih
Post a Comment