Saturday, February 04, 2012

Lambaian Pantai Timur

Salam Maulidul Rasul buat semua rakan2.....

Cuti panjang lagi... sudah tentu ramai yang pergi melancong atau balik ke kampung bertemu dengan orang yang disayang. Cuti kali ini mungkin saya tak pergi ke mana2 sebab sejak bulan December sampailah minggu lepas saya tak duduk rumah langsung. Kata hubby nak rehat sambil tu bolehlah buat apa2 kerja rumah yang patut dilakukan. Anak saya kata... boleh percaya ke mama tak pergi jenjalan...hehehe....

*************************************

Masa anak2 saya kecik dulu bila hubby ura2kan nak holiday ke Pantai Timur saya tak pernah setuju, ada saja alasan yang saya berikan kononnya kat sana cuma ada pantai, bandarnya tak meriah, shopping komplex biasa2 aje dan yang paling saya tak serasi dengan makanannya.

Tapi sekarang bila hubby kata nak pergi ke sana saya rasa seronok sangat. Disana saya rasa aman  tenteram, bandarnya tak sesibuk macam di KL, pantai dia cantik dan tenang dan saya dah suka berbelanja disana. Banyak barang dan benda lain yang saya jumpa disana dan yang paling penting saya dah suka dengan makanan mereka.

Mungkin sebab utamanya ada diantara keluarga terdekat saya berkahwin dengan orang sana membuatkan saya jinak dengan cara mereka. Kalau dulu sebut aje budu telan air liur yang dipaksa tapi sekarang kalau membeli makanan mereka sudah pandai minta lebih sambal budu. Dan yang paling kelakarnya (boleh percaya ka?) saya sudah boleh masak nasi dagang dan nasi kerabu tapi taklah sesedap yang ori dari negeri mereka.

Satu lagi tarikan... disana kaum wanita Pantai Timur pandai berniaga tak heranlah kalau di Kl dan dimana saja ramai orang dia yang berniaga. Tak kira berniaga barang atau pun makanan dan makanan yang mereka jual pula dapat diterima oleh orang ramai. Sekarang pun orang selalu cakap 1 Malaysia dah tentulah rakyat jelata (ambik perkataan ainnoraini) pandai makan semua jenis makanan.

Yang seronoknya kalau pergi ke Pengkalan Kubur, dimana ada ruang dalam kereta akan saya isi dengan segala benda terutamanya pinggan mangkok dan comforter. Hubby kata tak boleh offer selalu poket boleh jadi bocor. Itu sebabnya jangan diajar si isteri pergi ke sesuatu tempat yang ada banyak tarikkan, BAHAYA bagi kaum lelaki.

Ada sesiapa yang tak suka ke sana.....

26 comments:

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my lovely Kak Zai:):)

Serius cakap..
tini memang sukaaaaaaaaaaa sangat2 bercuti-cuti ke KB...
:)

Acik Erna said...

Assalam zai..saya memang dari dulu lagi dah suka kepantai timur..masa tahun 80'an dah berminta dengan makan disana..memang tiap tahun kesana masa tu.

saniah said...

alamak...ada pinggan mngkuk kat sana? Ishh kena ajak hubby prg ni... :)

Unknown said...

saya pun suka ke pantai timur..suka sgt...shoping murah2

sal said...

Assalamualaikum..
hobi kita sebgai kaum ibu memang suka jenjalan , shopping..,sesetengah kaum bapa tak suka akt itu..mcm my hubby tak suka shopping, nasib baiklah anak2 dah besar2 adalah teman nak cuci mata kat shopping complex

suri solehah said...

kak zai ayat terakhir tu tak tahan,,takleh ajak selalu nanti poket bocor hehe..
psst..tiba2 bangga jd org pantai timur hahaha,,masalahnya malu nk cakap,,suri tak penah lg sampai peng.kubur tu huhu

Zaitun said...

Pn.Kartini

Salam Tinie...samalah macam kak Zai dah ketagih hehehe...

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...Saya baru sekarang suka kalau dari dulu suka dah banyak barang dari sana saya angkut bawa balik.

Zaitun said...

saniah

Betul... macam2 ada...pinggan mangkok Vantage pun banyak, murah pulak jika dibandingkan dengan harga disini.

Zaitun said...

nyanyisunyi

Ada geng rupanya,suka shopping.

Anak buah kak Zai kata kalau pergi kat kampung mertua dia boleh seberang ke Thailand naik sampan aje.Polis tak kacau kalau ikut mertua dia, dah biasa lagi pun mak mertua dia berasal dari sana.

Zaitun said...

sal

Salam sal...jarang lelaki suka shopping kan mana taknya duit diaorang yang keluar.

Seronok kalau ada geng sama hobi.

Zaitun said...

suri solehah

Kalau gitu kak Zai lagi terror dah jelajah banyak tempat termasuk Pengkalan kubur,insyaAllah tak sesat hehehe...

azieazah said...

Saya macam KAK ZAI... Dulu memang agak kurang kalu bab Pantai Timur. Tapi bila tahun 2000 saya dah mula ke sana, terus nak ke sana sekurang-kurang setahun sekali.

Pasal makan pun, saya suka mencuba dan banyak juga menu Kelantan yang saya dah mula suka.

Saya suka Kelantan kerana budayanya yang unik dan banyak kampung...!

CikguZue said...

sejak kahwin dgn myhubby org pantai timur, lagila suka shopping kat sana...heheh

MulutPayau said...

kak zai...
saya kat kelate...tapi jarang soping di pngkalan kubur @ rantau pnjang..heheheh...

Kamariah Awang said...

Kalau dah sampai di Terengganu, silalah mampir kerumah ma, Zai.

Mak Su said...

tadi tgk kat majalah 3 keretapi biru harimau malaya beroperasi dari johor ke tumpat, macam menariklah!

sekadar satu coretan said...

Saya hujung feb ni gi KB... Rasanya tiap2 tahun saya kesana...mmg seronokkan gi sana...Jln2 carik makan sambil tu boleh cuci mata mcm2 ada....


*terharu pulak saya kak zai ada terselit nama saya tuu...itu tandanya kakzai ingat kat saya yee...sayang kat akak tauu...

Nieda said...

Saya pun suka. Tapi kena bawa lebih lebih kalau tak nanti terkenang2 bila dah balik rumah.

Zaitun said...

azieazah

Bila suka kat tempat tu dah jadi kemaruk kan hehehe...
Kalau ke Kelantan kak Zai paling suka makan kat restoren ulam cikgu,ayam gorengynya sedap dan ulam pun berbagai jenis.

Zaitun said...

CikguZue

Lagilah seronok boleh selalu ke sana.

Zaitun said...

MulutPayau

Kalau ke Kelantan rasa tak puas kalau tak ke sana, Macam2 barang ada dan harga pun jauh beza dari kL.

Zaitun said...

kamariah Awang

Seronoknya ada orang jemput datang rumah.InsyaAllah kalau kesana nanti saya inform.

Zaitun said...

Mak Su

Pantai Timur memang menarik,kalau suka mandi manda pantainya cantik,banyak pulau.Kat Terengganu pula boleh pergi Masjid Kristal dan Tamadun Islam,anak2 tentu suka.

Zaitun said...

ainnoraini

Jangan lupa makan kat restoren cikgu,ayam gorengnya sedap.

Itukan trademark ain,kalau cerita pasal anak2 mesti sebut rakyat jelata.

Zaitun said...

Nieda

Kalau pergi mana2 mesti nak bawa pulus lebih kan itu sebabnya kak Zai tak mampu beli rumah mewah gila shopping hehehe...