Tuesday, February 21, 2012

Holiday Tanpa Parents

Salam...

Lama saya tak mengupdate dan bw gara2 internet dirumah saya ada masaalah. Dah berapa hari tak menjengah ke rumah kawan2, tentu dah banyak cerita yang saya tertinggal.

Hari ini saya nak buat n3 yang dah basi tapi nak dijadikan tatapan dimasa akan datang. Sabtu lepas saya ke Melaka bermalam dihomestay D'Alia tujuannya menghantar adik untuk menyertai Mimi yang hendak ke Singapore. Mimi bercadang nak ke Universal Studio Singapore sebab cuti semester dah bermula. Walaupun tahun lepas kami ke Singapore sebanyak dua kali tapi tak berkesempatan untuk ke USS.





Saya terpaksa menulis surat pada pihak sekolah memohon cuti, alhamdulillah diluluskan. Adik dan Mimi menumpang dirumah kawan Mimi di Johor sebelum ke Singapore. Hari Ahad selepas zohor saya dan hubby balik ke Kl manakala adik, Mimi dan kawannya ke Johor.

Malamnya Mimi cal kata mereka jalan2 kat Dangga Bay dan makan steamboat. Esoknya pula ke City Square lepas itu ke Faktory Premium Outlet. Banyak benda yang diceritakan berkenaan dengan Outlet tu, barang2 branded dengan harga yang amat murah. Baru saja shopping kat Bandung hujung tahun lepas tapi nak buat macamana dah sampai ke tempat macam itu mana boleh tak membeli kan. Dua beradik menggoda saya supaya lain kali datang ke sana.

 jom kita ramai2 ke sini

Pagi tadi mereka dah menyeberang ke Singapore untuk ke USS. Harap2 mereka seronok dengan percutian kali ini. Risau juga sebab baru pertama kali melepaskan mereka pergi holiday sendiri2.

Semua gambar adalah ihsan dari google.

10 comments:

Nieda said...

Seronok dapat bercuti dan shopping. 2 perkara sebagai minda terapi wanita.

sal said...

Wah ke singapura...
kat sana pakaian sgt berpatutan..
barang2 lain pun ada yg murah..
cuma matawangnya agak tinggi
moga mini enjoy holiday ni..

sonata anak kancil said...

salam - bulan 4 nanti sekolah buat trip ke USS - apa lagi kita pun ikut aje le - kalau datang ke Melaka nanti bolehlah menginap di Delima Guest House - rujuk lah di sini
http://delima-guesthouse.blogspot.com/

hanim said...

Salam . wahh bole la shoping2 coach sana tu. Susahnya nak drop comment kat sini. Buang je word varification tu, lagi mudah utk mudahkan commmet masuk.

Zaitun said...

Nieda

Cuti dan shopping memang tak boleh dipisahkan hehehe....

Zaitun said...

sal

kalau ke Singapore kak Zai tak shopping sebab mahal cuma jalan2 saja.Seronok tengok negara dia teratur dan bersih.

Zaitun said...

sonata anak kancil

Salam... kak Zai ingat pun nak ke sana juga sebab anak kata seronok.

Insyaallah kalau kak Zai ke Melaka nanti.

Zaitun said...

Sekadar Coretan

Salam... kat sini harganya mahal kalau kat sana anak kata boleh dapat bawah 4 angka.

Owhh.. iya ke?

Deru Ombak said...

Assalamualaikum..

Saudara Mara saya ramai lagi di singapura. Tapi tak pernah berkesempatan menjejakkan kaki ke USS.

Peluang lain kali mungkin.

saniah said...

ishh saya pantang dengar ada brg branded di jual dgn harga yg murah...mula lah tidur tak lena ni..hehehe
seronoklah adik dpt ke USS...saya nak bawak suhailah tapi abg dan kakak plk nk ikut sama..kena tgu diaorg cutilah nmpk gaya kan...