Ada sesiapa pernah pergi ke tempat ini, ianya terletak di Bukit Tok Beng, Terengganu. Sangat famous dengan keropok lekornya dan cerita yang saya dengar disinilah keropok lekor yang paling sedap.
Kalau ke Terengganu saya selalu ke Lesung untuk membeli keropok tapi kali ini saya mencuba di sini. Sampai dah dekat pukul 6 petang. Kawan hubby bagi arah jalan, rupanya tak jauh dari tempat yang saya selalu beli. Masa sampai tengok kereta berderet2, sebelum tu saya dapat info mengatakan kalau nak beli keropok disini kena pakai nombor bermakna ada angka giliran.
Saya terus menuju ke kaunter, bertanya dimana nak ambik nombor tapi tidak dilayan. Bertanya pula pada seorang pekerja lelaki, tidak dilayan juga akhirnya seorang pelanggan dari belakang mengatakan keropok dah habis dijual. Pelanggan yang beratur tu semuanya yang dah order lama. Menurutnya lagi ada pelanggan yang order 2 hari sebelum ambik.
Sebenarnya kat luar kedai ada sign board 'keropok dah habis' tapi saya tak nampak lagi pun baru pertama kali datang manalah nak tahu begitu caranya. Walau bagaimana pun saya dapat juga membeli sedikit keropok yang dah siap digoreng untuk dimakan dalam kereta. Rasa hampa tapi LEBIH HAMPA sebab TIDAK DILAYAN. Sesibuk mana pun tak kan tak boleh menjawab pertanyaan dari pelanggan. Tak terfikirkah kalau pelanggan yang datang itu datangnya dari jauh. Saya cuma nak ingatkan kepada sesiapa yang nak membeli KEROPOK LEKOR di BUKIT TOK BENG yang bernombor 2209, kalau rasa teringin nak makan order sebelum datang atau datang selepas solat subuh kalau tidak anda TIDAK AKAN DILAYAN.
Disebabkan nak juga keropok dari Terengganu saya terus ke tempat biasa iaitu di Lesung. Disana saya berbelanja dengan senang hati sebab dilayan dengan begitu baik sekali. Walaupun keropok mereka tak kurang juga hebatnya tapi orang yang menjual berwajah manis. Lebih seronok sebab mereka menghulurkan keropok yang dah siap digoreng untuk dirasa. Terima kasih buat peniaga2 di Lesung semoga pernigaan kalian bertambah maju dan di berkati.
p/s: Happy birthday buat my daughter in law yang jauh nun di portsmouth, Uk. Love you so much.....
23 comments:
hari ni sya jumpa 2 entry pasal layanan di kedai makan makan ni
kalau sya pun baik pergi tempat yang kita dah biasa dan layanan kita dah tahu tahapnya kan
memang hampa bila tak di layan dah lah kita datang dari jauh
Kak zai.....saya ni klau dh tak dilayan mmg tk jejak lg dh ketempat tu....rugi la depa kann...
Keropok lekor sedap tapi kalau tak ada layanan yg sedap pun malas nak tunggu lama kan...
Assalam zai..terasa sakit hati pulak bila baca tidak dilayan tu..tak de mulut ke..jawab je la..dah habis..susah sangat ke..lain kali sedap macam mana pun..jangan pergi ye zai..hati kita senang..
saya pun baru tahu info tersebut..manalah tahu esok lusa terjalan2 sampai sana..
sya ni pun tak jemu makan kopok lekor..
lagilah kalau sos cilinya sedap.. memang ummp..
Kak Zai...keropok Losong rasanya bukan Lesung...:)
Kat kemaman pun best jugak keropoknya.
Dah 11 tahun tak pijak bumi terengganu, rindunya...
Kak Zai saya baru merasa keropok Tok Beng ni . Sepeupu dari Terengganu yg bawa ke rumah cNY hari tu.Memang sedap .
Dulu area Losong yg famous dgn keropok lekor ni.
Mmg tak suka la kak zai kalau ada sikap mcm tu...
kalau suami che mid ada kat situ, mau kena sembur orang tu... lesung ke losong ...
ehem..ehem...pembetulan. Losong kak.zai..Bukan Lesung hiihii...Jangan marah yea akak. Just kidding :-)
p/s: saya tak tahu pulak kat situ kopok lekor dia femes. kalau tanya saya, mesti saya cakap the best kat Losong. Tapi bab tak layan tu MEMANG TAK PATUT..Kalo saya kompom lepas tu dah tak pi situ dah..
Kadang2 ni ler yang menyedihkan... bukan susah pun nak senyum pada pelanggan, depa ni kadang2 sombong tak bertempat.
Kalau saya tu Kak Zai dah lama sound kat depa...
kasihibu
Kak Zai baru dapat tahu yang keropok lekor paling sedap ada kat situ itu yang beria nak juga pergi.
saniah
Pelanggan datang dari jauh tak sepatutnya dilayan begitu kan,tak kiralah sibuk atau penat bukan alasan.
Kakzakie
Sebab attitude pekerja boleh menyebabkan kehilangan pelanggan kan kakzakie.
Acik Erna
Salam Erna...memang sakit hati dahlah tak dapat membeli tak dilayan pulak. Kalau ikutkan hati nak aje bersuara tapi kita kan orang mendatang tak manislah pulak.
sal
Kalau sal nak pergi make sure awal atau booking terlebih dulu. Kak Zai dengar memang keropoknya famous dan sedap.
JunAina
Hehehe...tersasul....
Dulu kak Zai pun tak berapa suka nak ke Pantai timur tapi dah beberapa kali pergi rasa seronok pula, makanan diaorang pun kak Zai dah boleh serasi.
Nieda
Kak Zai baru rasa yang digoreng dengarnya kalau yang direbus tu lagi ummmp.
ainnoraini
Sikap macam tulah boleh merosakkan perniagaan kan.
che mid
Bagus juga kalau bertemu dengan ruas lain kali tak ada yang terkena.
Silap eja hehehe....
Lady Lavenda
Kak Zai teringat lesung batu kot hehehe...dah banyak kali pergi masih salah sebut,marah orang Terengganu.
Mungkin kak Zai tak nak pergi dah tapi kalau dengar kesedapannya tergugat juga hati.
Nida
Sikap ramah tu kurang bagi peniaga bangsa kita kalau dibandingkan dengan bangsa cina tengah makan pun mereka berhenti dan kadang2 pelanggan tak beli pun barang diorang tapi mereka tetap melayan.
Ye, memsng keropok BTB 2209 tu sedap. Zai. Tapi tak eloklah berkelakuan gitu,kan? Ma jarang2 aje beli sebab tak sangup beratur dulu.. Tak tau pulak dah pakai no giliran.
Kalau ma senang aje, Zai. Barang dia,duit kita. Tak layan, kita pergi 'sokong' perniagaan orang lain! Bagi dia 'bye2!
Post a Comment