Sunday, January 09, 2011

Kerenah si Bongsu

Dah seminggu budak2 memulakan persekolahan, seminggu juga ibubapa sibuk menguruskan anak2. Begitu juga saya walaupun anak dah masuk ke tingkatan 3 tapi masih lagi dibantu. Contohnya bangun pagi walaupun alarm dah berbunyi tapi masih lagi tak bangun terpaksalah saya menjenguk ke bilik sebelah untuk membangunkan.

Dah mandi, dah solat dan dah siap pakai pakaian sekolah tuan badan hanya tahu duduk kat meja makan sebab saya dah siapkan sarapan. Tapi ada senangnya siadik cuma makan toasted bread atau cereal. Kalau tak sarapan di rumah alamat keronconglah perut dia sampai balik dari sekolah sebab dia tak kan membeli makanan dikantin, alasannya tak sempat atau ramai orang.

Baru 5 hari sekolah dah sibuk nak tuition, masuk kelas tuition yang berdekatan dengan rumah... kalau jauh dari rumah mata saya dah tak berapa nampak kalau memandu malam2. kalau hubby ada tak apa tapi dibuatnya outstation jawabnya merangkaklah bawa kereta dan maulah berjam2 baru sampai.

Hari pertama masuk tuition dah buat hal  nasib baik belum bayar yuran. Puncanya cikgu mengajar BI tapi banyak perkataan melayu digunakan lepas tu buat pula mathematik perah otak buat jawapan akhirnya tak sama dengan jawapan cikgu, buat berkali2 akhirnya direct jumpa cikgu, sah jawapannya betul ...boleh pula cikgu tuition kata... macamana boleh jadi macam ni. Habis kelas terus bagitau dengan hubby tak mahu datang lagi. Besoknya cari pula tempat tuition yang lain. Alhamdulillah serasi tapi jauh sikit dari rumah.




19 comments:

Acik Erna said...

salam zai..sama lah yang bbongsu dirumah ni..semalam nak beli buku latihan..dah diikutkan..
lepas tu nak tuisyen..dapat yang jauh juga..yang dekat2 belum ada murid..

Abdul Munir Sanusi said...

pergh. mmg rajin adik ni. amek mediklah.

kalau saya maals nak ke sekolah. lagi nak ke tuition

Pn Kartini said...

Salam my dear sis..:)

Si bongsu aisha tinie lakk dah masuk pra-sekolah!!:)
Untuk si bongsu akak...baguslah ada jugak nampak nak cari ilmu utk pengukuhannya juga...:)rajin:)

iina said...

Kak Zai.. ada juga yang nak melayan kerenah ari2 kan ;)

anie,Nagoya said...

sekom.

dah lama tak wat kunjunga kat cini.almaklum le kita blek mesia.byk benau yg nak buat.hggkan syg sgt masa tu berlalu pergi.hihihi...

kita smpi tingkatan 5 mak msh kejutkan.hihihihi....skrg guna alarm.kadang2 hubby yg kejut.isshhh...kita memang syg nak bngun pagi.hihihihi

lady lavender said...

baru first week dah start tuition..bagus kann..persediaan awal.

Zaitun said...

kak Erna

Salam Erna...kenalah ikut kemahuan mereka,asalkan nak belajar apa pun mak ayah sanggup buat.

Zaitun said...

Abdul Munir Sanusi

Kalau amik medik kena guna pakai ilmu Munir,tak masuk kelas 1 tapi boleh bersaing.

Boleh bagi petua? malas sekolah tapi boleh jadi doktor.

Zaitun said...

Pn Kartini

Salam Tinie...aisha dah masuk sekolah...senang bangun pagi tak?

Nak memantapkan apa2 yang kurang terpaksalah amik tuition.

Zaitun said...

iina

Dia aje yang tinggal dengan kak Zai itu yang semua kemahuan terpaksa diturutkan.

Zaitun said...

anie,Nagoya

Salam anie...balik M'sia tak bagi tau kak Zai kalau tak boleh jumpa.

Ni mesti anak manja sampai tingkatan 5 masih mak yang kejutkan.Dah kahwin dapat pula hubby yang baik hati.

Zaitun said...

Lady Lavender

Kalau lambat takut pulak ketinggalan sebab cikgu tuition tak ulang benda2 yang dah diajar.

anie,Nagoya said...

sorry kk Zai, bkn tak mo bg tau.rasa bln5 n bln8.kita bercadang nak jumpa bln8.sbb bln 5 masa singkat.jgn merajuk ya....tak ayu nnt.hihihihi...

nak tnya.kat gmbo ada main ais pelucur tukan?kat mana tu?

kk Zai tggl kat mana?

Zaitun said...

anie,Nagoya

Kita jumpa bulan 8 ya insyaAllah.

Kat Sunway pyramid.

Kak Zai tinggal kat Puchong.

cikceriacorner said...

salam akak..
heheh..bestnye jadik anak bongsu..:)

Zaitun said...

cikceriacorner

Salam.. kena marah juga kalau ada benda yang tak betul.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Zai,

Adik belajar memanah kat mana kak ? OK tak ?

Saya ada plan nak hantar Along kelas memanah tahun depan. Di Seksyen 13, Shah Alam. Tengah survey dulu.

Zaitun said...

azrina03.07

Salam Reen...siadik bukannya belajar memanah tapi suka2 main dekat Sunway Pyramid.Tak tahulah pula kalau ada kelas kat situ.

Abdul Munir Sanusi said...

Senang caranya auntie. Saya ingat mak bapak. Diorang boleh penat lelah membesarkan kita, apa sangat saya penat lelah amek Medik!