Saturday, December 05, 2015

Shopping Sakan....

Assalamualaikum..

Tetamu saya sudah pun balik terasa sunyilah pulak. Sama2 masak, jalan2, shopping dan makan2 kat luar. Kali ini dia datang memang nak shopping habis maklumlah hujung tahun banyak sangat yang on sale.

Memborong ke IKEA memang puas dia kali ini. Selalu kalau datang nak cepat balik sebab nak pergi ke tempat lain. Tapi kali ini seharian kami disini. Dapatlah dia memilih apa yang dihajat. Lepas habis membeli naik ke tingkat atas semula untuk makan2. Saya beli karipap IKEA yang super duper sedap untuk dimakan bersama. Ada meet ball, ayam goreng, kek badam, French fries, sup mushroom, garlic bread, salad dan entah apa2 lagi yang diorder saya pun tak ingat. Memang makan sungguh sebab lepas tu terus balik rumah.

Hari berikutnya bawa pulak ke Sogo sekali lagi dia memborong sampai bantal pun 4 biji dibelinya, handbag 5 buah, t- shirt tak tahu berapa helai, baju untuk cucu dia dan entah apa lagi saya cuma tolong bawa barang2nya yang entah berapa plastikbag. Nasib baik tak diangkutnya Sogo balik sekali. Katanya dia memang menyimpan untuk shopping hujung tahun sebab harga barang memang jauh lebih murah kalau dibandingkan masa lain.

Bila dah balik rumah dikumpulkan barang yang sudah dibeli penuh satu sudut rumah saya. Saya lawakkan dia ada ke lagi yang tertinggal... selamba dia jawab...lagi 2 buah katil dan 4 buah almari yang hendak disambarnya diIKEA. Dalam perkiraan saya memang beribu dia berbelanja. Cash money tak main credit card. Dalam kegawatan ekonomi masih ada lagi yang punya wang yang banyak untuk berbelanja. Saya nak ambik gambar barang2 yang dibelinya tapi dia melarang takut dianggap menunjuk2 pulak.

Saya?....terpaksa tangguhkan perancangan holiday hujung tahun bawa ke tahun hadapan. Perancangan selepas ke Bali bulan march tempohari kami ada merancang holiday lagi pada hujung tahun tapi terpaksa ditangguhkan atas sebab2 mata wang jatuh. Kalau pergi berdua boleh diteruskan tapi sudah berjanji dengan Mimi dan adik nak bawa sekali. In syaa Allah.
Sebaik2 perancang adalah Allah yang Maha ESA.




13 comments:

Nieda Ramly said...

syoknya bershopping ...terapi minda.

NEKCIK said...

Hati masih muda memang gemar menyopink..tambah lagi berwang
Bila dah tua..nekciklah tu..dah tak ghajiin sangat nyopink..tambah lagi duit pencen untuk makan makan jer

saniahibrahim said...

Memang betul2 shopping tu kak zai....takpelah asal dapat beri kepuasan pada dia.Mungkin ekonomi family dia lagi kukuh wlpun ekonomi negara gawat.
Moga juga perancangan kak zai bercuti akan terlaksana tanpa halangan.

saniahibrahim said...

Memang betul2 shopping tu kak zai....takpelah asal dapat beri kepuasan pada dia.Mungkin ekonomi family dia lagi kukuh wlpun ekonomi negara gawat.
Moga juga perancangan kak zai bercuti akan terlaksana tanpa halangan.

Canon Rider said...

Samalah kita kak tun. Trip holiday cuti sekolah ujung tahun ke Laos by train ngan anak anak terpaksa ditunda hingga k tahun hdpn...gara gara cuti tahunan habis. Sedih sgt tak dapat nak tunaikn impian anak anak

Chik Na said...

Dah lama tak singgah sini,... wah!! bestnya kawan kak tun tu shopping sakan, Chik Na pun tak pergi holiday tahun ni memandangkan baru balik menunaikan haji tempohari. Dah janji dengan anak anak nak bawa mereka bercuti lepas habis exam UPSR, UPSRA dan PT3 tahun hadapan

paridah said...

BERBELANJALAH SELAGI MAMPU KAN ZAI...DUIT YG BANYAK BUKANNYA DOLEH DIBAWA MATI PUN...ASAL HATI BHGIA OKLH TU...

Kakzakie Purvit said...

Betul-betul shopping tetamu kakzai
Macam mana dia nak bawa balik tu kakzai. Kalau guna sistem post kos lagi terlibat
Nampak gayan ni memang shopping yg dirancang ni kakzai.

Unknown said...

wah kakzai shopping sakan ni..
asalkan happy oklah tu.
masa2 gini tkde yg lebih baik selain dari menggumbirakn hati sendiri kan

Normala Saad said...

hadoi...sapa yang tak shopping haaa....hehehee..

Bunda_nora said...

Hujung tahun dan hampir krismas ni memang banyak sale dimana2...jom shopping jom..

OKje said...

Camne nak hangkut barang bawak balik tu Kak Zai.... Sewa lori khas ke? Haha...
Tak pelah....sesekali soping sakan, lagi pun berduit, apa salahnya .....

OKje said...

Camne nak hangkut barang bawak balik tu Kak Zai.... Sewa lori khas ke? Haha...
Tak pelah....sesekali soping sakan, lagi pun berduit, apa salahnya .....