Tuesday, December 15, 2015

Ziarah Adik.

Assalamualaikum....

Baru balik dari Taiping ziarah adik. Mulanya nak tinggal 3 hari aje cuti weekend sambung cuti Selangor tapi tambah satu hari lagi sebab Selangor menang bola.

Selalunya kalau saya datang ke rumah dia mesti riuh rendah dengan gelak ketawa. Anak dan menantunya yang cikgu diSabah pun ada. Tapi Kali ini agak berbeza selama saya berada dirumah dia tak pernah nampak gelak senyum pun tidak. Lebih banyak menyendiri dan berdiam diri.

Kalau bercakap pun dengan suara yang perlahan. Badannya kurus sangat tak macam saya jumpa dia masa anak buah kahwin bulan September tempohari. Memang banyak sangat perubahannya. Ada juga saya tanya tentang penyakitnya tapi dia mengelak tukar topik. Bila saya minta nak tengok bekas operation dia kata dah bandage lah dan banyak alasan.

Masih berulang ke hospital untuk buat physiotherapy. Menurut doktor tak boleh ponteng sebab risiko tangan boleh jadi lumpuh. Dekat rumah pun saya nampak dia buat excersice yang doktor sarankan.

Paling sedih masa nak balik saya menangis masa peluk dia dan dia peluk saya kuat2. Tidak ada air mata pun tapi bila kereta kami nak jalan dia lambai2 menangis. Rasa macam nak turun semula dari kereta. Mungkin dia tidak mahu saya sedih tapi kalah juga dengan perasaan bila saya sudah nak tinggalkan dia.

Saya berdoa agar Allah sembuhkan atau ringankan penyakitnya.




8 comments:

saniahibrahim said...

Sedih saya baca kak zai..ialah dia tak mau kak zai sedih bila gitau pekara sebenar agaknya.
Moga adek kak zai akan sembuh semula dan kembalikan kecerian rumah seperti sedia kala.

paridah said...

SEMOGA ADIK ZAI TABAH HADAPI UJIAN-NYA DAN KEMBALI SHT SEDIAKALA...KITA NI KALAU SAKIT MMG HLG SERI DI WAJAH...SEDIH BACA N3 ZAI NI.

NEKCIK said...

Alahaii siannya ye Zai..itulah kadang kadang kita terbayang pulak kalau lah kita yang sakit camtu...muga Allah berikan kesembuhan buat adik tersayang amiin

kakrose said...

akak pula yg sedih Zai..semuga adik zai cpt sembuh..

OKje said...

Memang sedih bila melawat org sakit ni. Lebih lagi kalau darah daging kita sendirikan kak Zai....
Sebenarnyae terkenangkan diri sendiri jugak. Sapalah kita nak menolak takdir Allah kan Kak Zai .....

Moga adik kak zai cepat sembuh ye.

OKje said...

Memang sedih bila melawat org sakit ni. Lebih lagi kalau darah daging kita sendirikan kak Zai....
Sebenarnyae terkenangkan diri sendiri jugak. Sapalah kita nak menolak takdir Allah kan Kak Zai .....

Moga adik kak zai cepat sembuh ye.

cikceriacorner said...

salam akak..moga adik akak cepat sembuh..amin

Bunda_nora said...

Semoga sdiknya cepat sembuh...aamiin