Thursday, December 17, 2015

R&R Rawang.

Assalamualaikum...

Setiap orang yang menggunakan highway utara selatan atau sebagainya mesti singgah dekat tempat rehat yang dipanggil R&R. Ada yang singgah untuk ke tandas, makan atau pun solat. Lagi pun kalau perjalanan jauh dah semestinya tukang bawa kereta rasa penat kan.

Masa saya ke Taiping tempohari saya simggah di R&R Rawang. Tengok jam dah pukul 12 tengahari hubby kata makan kat sini ajelah. Saya pergi berempat. Saya dan adik makan mee manakala Mimi dan hubby makan nasi. Bila dah sampai dekat meja hubby cakap macam tak logik harga yang dikenakan dengan makanan yang diambil.

Setiap lauk ada harga tertera tapi macam tak sama bila sampai dekat kaunter. Saya tanya berapa harga nasi, hubby kata RM10. Walaupun kita sedia maklum harga barang memang melambung tapi takkan sepinggan nasi putih, sepotong ikan masak kari bahagian isi, sayur bendi 2 biji dan sedikit sambal belacan harganya rm10. Bagi saya harga sepinggan nasi kalau berlaukkan sebegitu masih mahal. Sayangnya bila hubby dah habis makan baru saya teringat tak ambik gambar. Macamana dengan rakan2 semua berbaloi tak? Atau ada sesiapa yang pernah beli makanan kat tempat ini.

Inilah tempat hubby beli nasi tu.






9 comments:

saniahibrahim said...

Mahalnya kak zai...biasanya makanan kat r&r kan murah.Kami suka makan kat r&r sebab selalunya murah dan banyak ..cukup kenyang dan selalu tak boleh habis.Tapi
R&R rawang x pernah lah pulak sebab dah dekat rumah adek.

Amie said...

Mahalnya.... mecekik darah namanya tu. Biasa juga makan di R& R tapi taklah pernah bayar mahal begitu sekali!

paridah said...

mahal tu rasanya..lain kali xpayah singgah lagi.

Jepun Mari said...

bg sy mahal tu,biasa dlm Rm7 tp itupun rs mahal juga.Mungkin harga pembekal mahal la kot

Unknown said...

memang mahal lah kakzai kalau $10 tu wlaupun hrga brg naik tpi tk kan sampai $10 sepinggan mmg cekik darah tu

Kakzakie Purvit said...

Memang dah ramai yg complain hal ini KakZai tapi macam tak jalan jugak
Apa lagi org tetap beli juga.

kakrose said...

walau pun mahal orang tetap beli..kerana tiada pilihan lain.penjual yg ambil kesempatan nak untung cepat..

saniahibrahim said...

Kak zai ,saya ada tag 10 soalan bersanad dari yatie...harap kak zai sudi2 lah ya...

Malinda said...

salam singgah dan terus polow...cam mahal je kalau sepinggan nasi dengan lauk ikan dan sayo bendi rm10...kadang memang melampau diorang ni..