Thursday, December 10, 2015

Buah Tin.

Assalamualaikum....




Ada tak yang tahu apa yang ada didalam botol tu. Bukan kacang ya tapi buah tin. Buah ini ada diceritakan dalam al Quran buah dari syurga.  Kaya dengan serat dan pelbagai vitamin juga mineral yang memberi manafaat pada tubuh badan. Sangat elok jika diamalkan memakannya. Selain buah tin saya juga suka makan buah kurma dan kismis. Dapat pulak kismis yang besar2 memang puas makannya.

Untuk mendapatkan buah2an ini saya akan ke kedai arab Mahnaz Food yang terletak diShah Alam. Kedai Arab ini pernah saya masukkan dalam N3. Banyak barang yang datang dari Timur tengah ada jual disini.

Sesiapa yang berminat bolehlah datang sebab harga disini murah dan kalau beli dalam quantity yang banyak jauh lebih murah dari tempat lain.




10 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Kalau dapat buah tin segar..
lagi sedap kak zai..
Masih lagi terasa kesedapan buah tin ni..
Semasa pergi Jordan lalu..

Memang kat Manaz tu murah..
Saya juga suka pergi ke sana,
Beli kurma ajwa pun murah..

Kakzakie Purvit said...

Betul kalau nak cari semua ini eloknya ke kedai Arab
Tempat kakak sini pun ada juga Kedai Pak AraB sampai sos-sos dan air kotak yg macam kita minum di Mekah/Madinah pun dia ada jual.

paridah said...

mudahnya dpt buah tin n lain2 makanan arab di kedai pak arab ya buah tin yg segar mmg sedap.

Nieda Ramly said...

saya pun dengar tentang kedai mhnaz ni...tapi saya di utara jauhnya nak membeli

NEKCIK said...

Ustazah Fatma dulu selalu suruh kami yang wanita ni amalkan makan buah tin ..elok untuk wanita katanya..insyaallah
Nekcik suka kalau yang dah lembik tu manis..selalu nak ramadhan nekcik suka buat acar buah..kismis..kurma..prune dan buah tin ...makan ngan ikan goreng waktu sahur!!

Ana Jingga said...

buah yang disebut didalam Al Quran .. Subhanallah.

OKje said...

Kak Zai, mak ngan pak mertua saya suka jugak makan buah tin...
Saya kurang suka sebab dia keras sikit kan....Saya lebih suka kurma. Alah kak zai, jauh sangat pulak nak ke Shah Alamnya

LadyBird said...

Kalau d Trg kite ade kedai jual mknn dr arab ni.. Kedai Ajees..

Unknown said...

wah bestnye kakzai boleh lah cari nnt buah tin mana tau trjumpa yg fresh kan

Unknown said...

nape tak nh tgk buah nie?oo..name die buah tin..ingt buah dalam tin..haha..