Salam Jumaat buat semua.
Saya ingin menceritakan kisah seorang wanita punya hati yang sangat mulia. Bekerja di uni tempat adik belajar sebagai tukang cuci. Setiap hari kalau adik pergi ke surau dia akan berjumpa dengan makcik ni. Suka melayan budak2 sambil tu bercerita dan beri nasihat supaya belajar bersungguh2. Katanya jangan sia2 kan duit mak ayah sebab belajar disini bukan murah.
Satu hari masa adik datang ke surau dia nampak makcik ni baring disatu sudut mungkin keletihan agaknya. Adik teruskan solatnya sampai habis tapi tak terus berlalu. Katanya dia sengaja nak duduk disitu sementara menunggu class seterusnya bermula.
Hari nampak gelap menandakan hari nak hujan. Tak lama masa adik nak bergerak tiba2 hujan mula turun. Bila adik menoleh dia nampak makcik tu bangun dengan tiba2 dan terus menuju keluar. Perasaan adik cemas, apa yang dikejar makcik tu sampai berlari. Nak tahu apa yang dilakukannya?Dia menyelamatkan kasut2 student yang diletakkan diluar surau dari ditimpa hujan.
Dengan pantas dia menyusun semua kasut ke bawah bumbung supaya tidak basah. Adik mengurut dada sambil berkata patutlah setiap kali hujan kasut yang terletak diluar surau tidak basah dan akan beralih ke bawah bumbung.
Dia bukan saja melakukan kerja2 mencuci tapi dengan rela hati membuat kerja yang dianggap remeh dan jarang orang lakukan. Mulia sungguh hatinya semoga Allah melipat gandakan rezekinya dan hidupnya diberkati.
9 comments:
Mmg mulia hatinya... payah nak jumpa insan2 sebegini kak zai.
mulia sungguh hatinya .
semoga kebaikannya dibalas dgn keberkatan dari Allah.
mulia sungguh hatinya .
semoga kebaikannya dibalas dgn keberkatan dari Allah.
masyallah kak, menitis air mata saya...huhuhuhuhu dia seperti ibu yg teringatkan kasut anak kalau kena hujan basah.....
mulia sungguh hatinya...org2 yg rajin bgini dh makin kurang kan...walau ada.
Allahurabbi...
Terharunya baca, mulianya hati makcik tu. Moga Allah membalasnya dengan ganjaran pahala yang berganda
mulia hati nya...mungkin dia anggap anak2 yg belajar disitu spt anaknya .
Nampak sangat sifat keibuannya...jarang nak jumpa satu dalam seribu manusia yang berhati luhur begini...
Semoga Allah membalas nya dengan ganjaran yang setimpal..aamiin
Allahuakbar
subhanallah...susah nk jumpa org begini..mulia nya hati beliau..perbuatan yg patut di contohi kan kak
Post a Comment