Tuesday, November 25, 2014

Selera Malas.

Salam...

Nak tanya kawan2 kalau tinggal sorang2 rajin tak masak? Entah kenapalah sikap saya ni bila anak2 tak ada dirumah minat masak merudum. Rasa kalau boleh nak beli aje tapi tak kan hari2 nak membeli. Bukan masak aje yang malas makan pun jadi malas.

Teman saya biskut dan roti. Kadang2 roti bun atau kalau rajin sikit buatlah toast. Hari ini rasa teringin nak makan cekodok. Masaklah masukkan ikan bilis, kentang, bawang dan sedikit cili. Ingat kalau dah teringin tu bolehlah makan banyak.


Bun kaya kegemaran saya

Cekodok bilis

Yang hairannya kalau anak2 balik saya boleh makan satu bungkus nasi lemak. Dan lagi kalau breakfast kat hotel saya boleh makan macam2 dan banyak. Entah apalah fesyen tekak ni. Kadang2 bila pergi rumah adik beradik pun saya boleh makan banyak walaupun lauk dirumah saya lagi sedap dan macam2.

Ada tak kawan2 serupa macam saya?




6 comments:

Acik Erna said...

saya kalau bab makan belum hilang selera zai..ada je selera..tu sebab susah nak kurus..

saniahibrahim said...

ialah kak zai..agaknya sorang2 memang kurang selera...kdng mkn pun lewat2 smpai suami tepon mengingatkan..kalau anak2 ada sama naik pulak dgn anak2 kuat makan...

AMIIZAA@Mieja said...

salams kak zai,

saya pon sama mcm akak....

Unknown said...

Salam kenal kak Zaitun...

Biasalah lah tu kak, sorang2 mana ada selera nak makan, yus pun macam tu

kakrose said...

betul tu Zai.bila duk sesorang semangat semua hilang,tak selera nak makan, berkemas pun malas.paling rajin msk nasi goreng telor.bila anak2 ckp nk balik, mcm2 masakkan utk mereka, smpai org rmh kata..klu nk makan sedap2 kena suruh anak2 balik..hehe
itulah yg dikatakan..kuatnya semangat kita kerana anak2..

Kakzakie Purvit said...

Kita samalah kak zai. Kakak pun kalau sendiri memang tak masaklah. Sedangkan kalau berdua aje dgn abang pun tak selera inikan pula kalau sendiri

Kak Zai ni kira rajin masih nak goreng cekodok lagi..