Thursday, November 06, 2014

Mandurah

Salam...

Sambungan percutian ke Perth.

Hari seterusnya kami ke Mandurah. Disini tempat nak tengok dolfin. Kena beli tiket untuk naik cruise. Saya dah lupa berapa harga tiket. Kalau sesiapa warga emas atau student boleh dapat discount berbanding tempat lain tak dapat. Menurut pemandu pelancong ikut nasib kadang2 dolfin tak ada. Disini boleh juga tengok rumah mewah disekeliling laut yang mempunyai boat persendirian.

Kami bernasib baik masa naik cruise hari itu banyak dolfin yang timbul. Macam2 aksi yang dia orang buat melompat tinggi, terbalikkan badan dan berlumba dengan boat. Kalau boat tu laju dia akan ikut laju dan kalau perlahan kita rasa macam nak pegang aje tapi ada besi penghalang. Satu special dolfin mereka akan berenang berpasang2an.

Disekeliling laut tu pula ada banyak rumah2 mewah. Reka bentuknya sangat unik dan setiap rumah ada boat persendirian.

Sorry... pada saya tak ada banyak gambar dolfin sebab kebanyakkanya video dan ada pada anak.



Tempat beli tiket

Cruise nak tengok dolfin

Dolfin

Boat depan rumah

Setiap rumah ada boat





Titanic hehe...


Tempat singgah ambik makanan bg yang order



Deretan cruise



In shaa Allah tahun depan saya akan ke Melbourne tapi lepas itu kalau ada rezeki saya nak pergi ke Perth lagi.





9 comments:

Kakzakie Purvit said...

Bila sekali pergi rasa seronok rasa nak pergi sekali lagi nak bagi puas betul-betul ye Kak Zai..

Najib Ariyan Ali Basha said...

lom pernah lagi pegi Perth... dekat tapi jauh... nanti ada budget akan ke sana buat marathon lah

saniahibrahim said...

tentu seronok dapat tengok dolfin dari dekat.

Sura Mohd said...

mesti sronok abis...sbb nak pegi lagi kan..pengalaman yg tak ada dinegara kita...dapat tengok Dolfin berenang dekat2..:)

JunAina said...

Tengok rumah cantik2 ada boat sekali tu rasa seronoknya kalau kita dapat macam tu jugakkk...

AMIIZAA@Mieja said...

salams kak, seronoknya tgk akak dan family:)...tak sabar nak tunggu anak2 besar blh berjalan jauh sket....:)

Nieda Ramly said...

waaa...kak zai dah ada rancangan tahun depan.

Izzati Amira said...

amboi yang fefeeling titanic tu.. hehe

Jari Manis said...

KAk Zai..ke PErth rupanya..wah mgabar kak Zai dan suami tu JM suka..romantik sgt!!!!