Monday, November 10, 2014

Kuatkan Semangat.

Salam...

Baru balik dari hospital pergi ziarah suami seorang kawan. Isnin lepas dapat kemalangan jalan raya. Saya baru dapat berita kelmarin. Ahad semalam tak dapat pergi sebab ke Melaka hantar adik.

Sebelum ni suaminya pernah kena strok tapi dah pulih. Nasib tak menyebelahi bila kena accident kena strok sekali lagi. Terdapat juga darah beku dibahagian kepala dan luka2 kecil diseluruh badan.

Suaminya menjalankan pernigaan tapi setelah kena strok buat pertama kali dulu tanggung jawab perniagaan diambil alih oleh si isteri. Saya dah lama berkawan dengan isterinya. Dia seorang yang cantik dan tak pernah hidup susah. Semua dia ada punya rumah besar, ada pembantu rumah dan pakai kereta besar.

Orang sudah biasa senang bila keadaan jadi begini dia amat2 jadi susah bukan susah dari segi kewangan tapi keadaan diri. Semangatnya kurang kuat untuk menghadapi situasi begini. Apa yang boleh saya lakukan sebagai kawan cuma nasihat nasihat nasihat dan pujuk. Kuatkan semangat demi 3 orang anak. Saya berdoa semoga suaminya cepat sembuh dan berharap ada keluarga atau kawan yang sentiasa berdampingan dengannya selalu.







5 comments:

NEKCIK said...

sedih ye Zai..nak mngalas tugas isteri dan jugak suami..semuga Allah berikn dia kekuatan untuk menghadapi kehidupan seharian..amiin

Jari Manis said...

itu semua dugaan dari Allah..kalau JM jadi kak Zai pun x de apa yg boleh bantu melainkan kata2 nasihat dan semangat agar belaua tabah menghadapi dugaan tu

Kakzakie Purvit said...

Betul kak zai dlm situasi sekarang kawan kak zai itu betul-betul tertekan dan perlukan kawan/saudara-mara sebagai penguat semangatnya.

saniahibrahim said...

ialah kak zai ..kesenangan wang ringgit pun takde makna lagi jika hati sedang menghadapi ujian seperti ini....dia memang perlukan orang disisinya untuk kekuatan semangatnya

Mia Liana said...

kesiannya... semoga suaminya cepat sembuh dan dia tabah hadapi dugaan ini...

- Mia Liana -