Tuesday, November 11, 2014

Dugaankah Ini?

Salam...

Minggu bagi nasihat dan motivasi.

Selalu sesak nafas, selalu cirit birit, badan kurus kering. Berjalan pun harus dipimpin. Tinggal tulang dan kulit dan badan sudah mula membongkok. Banyak kali pergi hospital jumpa doktor, masuk keluar wad tapi jawapan yang diberi doktor tak ada sakit. Ada juga berubat dengan ustaz tapi masih belum pulih.

Itulah yang dihidapi suami anak buah saya. Seorang yang sangat menjaga kesihatan, menjaga pemakanan. Tak cerewet, mengikut dan menjaga perintah Allah. Yang paling bagus dia tak suka cerita buruk pasal orang.

Dugaan agak berat buat beliau, isteri dan anak2.  Kedua2nya ambik cuti atas ihsan kerana tak dapat surat dari doktor untuk mengesahkan beliau sakit.

Kalau boleh saya nak minta nasihat atau cadangan/pendapat dari kawan2 apa yang patut kami lakukan. Terima kasih.



11 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

salams kak,

sedihnya saya dengar, cuba akak bawak pergi jumpa uztaz harun din@darusshifa.

mungkin dia boleh membantu.

sweetie said...

Kesiannya... Maaf, saya tiada apa-apa cadangan sekadar simpati yang dapat saya hulurkan... moga mereka sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini.

Zaitun said...

W'salam AMIIZAA...terima kasih. Cadangan yang baik mungkin itu jalan yang akan diusahakan.

Zaitun said...

Sweetie..

Terima kasih atas simpati dan doa.

Nieda Ramly said...

dugaan datang berbagai cara menguji hambanya yg sabar.

mungkin beralih kpd perubatan Islam penyelesaian terbaik.
semoga mereka tabah.

Nieda Ramly said...

dugaan datang berbagai cara menguji hambanya yg sabar.

mungkin beralih kpd perubatan Islam penyelesaian terbaik.
semoga mereka tabah.

Dr K said...

Saya doakan moga dugaan beliau diringankan dan di beri jalan keluar..Insya Allah..

Berubat lah lagi..
Kedua dua cara..yg moden, dan secara Islamik...Jgn terus di buang / putus asa dgn perubatan moden, sebab ada kalanya, " masih belum jumpa" punca sebenar penyakit..Ini pengalaman saya sebagai doktor...

Zaitun said...

Terima kasih.

In shaa Allah kami akan lakukan apa yang disarankan. Mudah2an sihat seperti sediakala.

Zaitun said...

Dah cuba mungkin belum berjumpa dengan yang sesuai.
Terima kasih nieda.

Bunda_nora said...

Kak Zai...kesian jugak dengar cerita anak buah KZ ni...bunda rasa lah...teruskan berubat dengar pakar perubatan islam..

kita cuba usaha berbagai cara...

paridah said...

SAKIT KALAU DATANG LAMBAT BENAR BAIKNYA TAPI BERUSAHALAH BERUBAT JGN PUTUS ASA...INSYA aLLAH KAK DOAKAN KESEMBUHAN ANAKBUAH ZAITUN...