Thursday, October 30, 2014

Percaturan Kurang Tepat.

Salam...


Kadang2 ada benda yang kita kurang setuju dengan segala tindak tanduk suami. Mungkin tidak bagi sesetengah orang. Tapi bagi saya jawapannya yes. Terutama ianya berkaitan dengan anak2. My hubby sangat memanjakan anak2 terutamanya anak perempuan. Jarang cadangan atau pendapat saya mahu diikut kalau melibatkan anak2.

Petang semalam adik exam, lebih kurang pukul  4.30 setelah habis exam dia cal saya. Bila jawab bukan macam biasa tapi dengan tangisan lebih tepat meraung. Saya pujuk minta dia tenang dan ceritakan apa yang terjadi. Setelah makan dengan pujukkan saya baru dia bercerita. Katanya dia tak tahu samaada apa yang dia jawab betul atau pun tidak. Saya tenangkan dia supaya bersabar lagi pun result belum diketahui. Setelah pujuk memujuk berjalan lancar diakhiri dengan bye bye.

Saya cal my hubby cuba nak bagi tau apa yang berlaku tapi tak dapat. Dalam hati mungkin sibuk kerja atau ada meeting. Dalam pukul 5.30 my hubby cal suruh bersiap katanya nak pergi Melaka. Dia sudah on the way nak balik. Saya cuba bagitau adik dah tenang selepas saya pujuk. Tapi hubby cakap sanggup ke dengar anak meraung keseorangan? Sah2lah tangisan adik sama macam yang mula2 tadi.

My hubby sampai rumah agak lewat disebabkan jalan jam. Selepas maghrib kami terpaksa juga pergi walaupun sudah banyak kali saya pujuk supaya tak payah pergi. Cuba bayangkan seharian sibuk ditempat kerja malam pula terpaksa pergi jumpa anak dan balik malam tu juga semata2 nak pujuk bagi dia tenang. Tentu penat kan? Salah ke pendapat saya kalau weekend baru pergi, boleh tidur kat sana atau bawa dia balik lepas tu esoknya hantar dia balik.

Tak salah sayang anak tapi bagi saya biarlah bertepatan dengan masa dan keadaan.



4 comments:

Nieda Ramly said...

saya setuju dgn kak zai.

Yana Yani said...

first time pula saya dengar sampai begitu
biasa lelaki agak kurang sikit
tapi kalau camni, saya bersependapat dengan empunya blog

Bunda_nora said...

Samalah dengan arwah suami bunda dulu kak zai...dengan anak2 memang cair...Tapi bertempatlah...

Tak pernah tinggi suara merotan dan menjentik apa lagi...tapi kalu ada satu2 isu yang tak menyenangkan hati...dia hanya membebel..membebel...sampai dia puas.....Hanya cara itu pun anak2 dah takut...

Dalam melayan kehendak dan keperluan anak2 arwah adalah orangnya...bunda ni jenis yang tegas dan cepat tangan ..

Jari Manis said...

setuju dgn kak Zai..jgn terlalu di manjakan sgt..nanti kita yg sakit