Thursday, October 23, 2014

Moga Kekal Selamanya.

Salam...

Saya pernah masukkan dalam n3 sebelum ini sebab harganya yang agak mahal. Kalau pergi ke pasar tidak banyak dijual dan kalau ada pun tidak berapa segar. Masa saya pergi ke rumah seorang sahabat saya dibekalkan dengan begitu banyak sekali. Kalau nak buat laksa atau masak masakkan yang menggunakan bahan ini bolehlah masukkan banyak2.


Bunga kantan



Bukan saja bunga kantan yang dibekalkan tapi jagung. Punyalah manis bila saya rebus maklumlah baru dipetik dari kebun.


Jagong

Semasa saya berkunjung ke rumahnya masuk saja ke rumah sudah tersedia makanan diatas meja. Setiap kali datang begitulah caranya menyambut tetamu.



Makanan yang disediakan

Malamnya kami disajikan pula dengan nasi berlaukkan sup kaki lembu. Mulanya macam tak boleh terima tapi bila dah rasa owhhh..sedapnya.


Sup kaki

Walaupun cuma kenalan tapi sangat ambil berat. Syukur alhamdulillah semoga persahabatan ini kekal selamanya.

Minggu makanan hehe....



10 comments:

cikceriacorner said...

salam akak..
wow sedapnya tgk mknan tu..mcm2 ada..jagung dan bunga kantan Nampak segar..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Seronok bersahabat macam ni. Semuanya diberi tanda ingatan buat sahabat. Best makn sup lembu tu :-)

Zaitun said...

W'salam...alhamdulillah rezeki orang bagi.

Zaitun said...

Mula takut nak makan sup kaki lembu tu sebab tak biasa, rupanya sedap dia tak ada lemak cuma urat.

Nieda Ramly said...

kak zai berjalan ke mana ni?
sedapnya jagung rebus

Zaitun said...

Pergi Besut. Dia orang tanam sendiri jagong tu sedap sgt.

Kakzakie Purvit said...

Sahabat yang sangat menghormati tetamu ni Kak Zai. Besar ganjaran diperolehi.

Bunga kantan kalau di pasar memang mahal. Dpt macam ni puaslah rasa.

kakrose said...

dah lama tak makan sup kaki lembu.dulu mak rajin masak, kini mak dah uzur tak larat nak masakakn dah..huhu

mamawana said...

Assalam

Enaknya itu jagung rebus

AMIIZAA@Mieja said...

salams perkenalan dari saya kak zai:)


kak, lepas kejadian harga bunga kantan mahal hari tu, terus saya menanam pokoknya.....:)