Monday, October 20, 2014

Lapis Legit

Salam...

Sudah dekat ke penghujung tahun, rasa sekejap aje. Selain umur kita bertambah adakah iman dan amalan kita juga bertambah. Mudah2an apa saja yang kita lakukan mendapat keberkatan dari yang maha Esa.


Kesibukan pagi tambah pula malam tadi baru balik dari menghantar adik ke Melaka. Penat tak boleh nak ceritalah. Balik dari mengikut hubby outstation pergi pula ke Ipoh menghadirkan diri ke majlis walimatulurus anak sahabat hubby. Rasanya cuma beberapa hari aje tinggal kat rumah.

Bila rumah ditinggalkan sudah tentunya banyak kerja2 yang tertangguh harus dibereskan. Walau bagaimana pun saya bersyukur sangat2 kerana diberikan kesihatan yang baik.

Sedang sibuk mengemas rumah ada jiran memanggil dari luar. Bila buka pintu dia hulurkan beg plastik yang berisi ole2. Alhamdulillah rezeki yang dibawa dari Medan, Indonesia.



Kek lapis


Roti kacang



Syukur alhamdulillah selain umur bertambah rezeki juga bertambah2.




6 comments:

Sura Mohd said...

sedapnya kak Zai..Cam sedap jer..Alhamdulillah ada jiran yang pemurah...Orang berbudi kita berbahasa..Orang memberi kita merasa..:)

Nieda Ramly said...

banyaknya rezeki..
jiran yg baik akan sentiasa ingat mengingati

saniahibrahim said...

alhamdulilah...penat2 pun murah rezeki kak zai...

NEKCIK said...

alhamdulilah. .buat teh o dah boleh minum petang kan Zai..tambah musim hujan hujan ni..lapoo

Cikgu Ma said...

sedap nampak...alhamdulillah..rezeki tu :)

kakrose said...

zai serupa KY..masa di luar rumah lebih lama dari di rumah..huhu