Tuesday, November 26, 2013

Novel Lagi.

Salam...

Baru habis baca novel kat bawah ini. Saya nak tahu sambungan cerita Adam & Hawa1. Ceritanya berkenaan dengan sepasang suami isteri yang hidup bahagia setelah terpisah selama 8 tahun dan mereka mempunyai seorang anak perempuan. Dalam novel yang kedua ini pula dipertengahan cerita ditimpa masaalah rumah tangga. Emosi sikit masa Hawa merayu supaya dia tidak diceraikan dan juga masa nak memujuk suaminya kembali rujuk. Rasanya kalau ada drama Adam & Hawa2 akan datang mesti banyak air mata yang berguguran gara2 scene ini. Kalau tengok drama Adam & Hawa1 dulu berlinang jugalah air mata masa Hawa dituduh berkhalwat dan paling sedih bila tengok dia dipaksa bernikah dengan Adam. Kalau nak tahu cerita selanjutnya carilah novel ini dikedai2 buku yang berhampiran.





Buku yang kat bawah ini pula baru nak baca, kisah pengembaraan ke Sepanyol. Penulisnya Nurisha sahabat baik Mimi seorang pakar mathematic. Buku pertamanya 'Oh London'. Beliau mengabdikan pengalaman pengembaraannya ke negara tertentu untuk dimuatkan dalam buku.  Kepada sesiapa yang nak pergi melancong ke negara tersebut elok kalau ada buku ini untuk dijadikan panduan.





Mimi salah seorang sahabat karibnya seramai 4 orang. Berkawan dan belajar dalam satu class sejak dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Selepas mendapat keputusan SPM Nurisha melanjutkan pelajaran ke UK dalam bidang maths manakala Mimi menyambung pengajian dalam negara dalam bidang undang2. Sahabat yang 2 orang lagi masing2 melanjutkan pelajaran dalam bidang IT dan arkitek. Alhamdulillah masing2 sudah berjaya dan persahabatan mereka masih seperti dulu.


7 comments:

Nieda said...

muda2 dah jadi penulis.... bestnya

Nieda said...

muda2 dah jadi penulis.... bestnya

Kakzakie Purvit said...

Adam dan Hawa 2 tu mesti best ye Kak Zai. Kakak belum baca lagi.

Buku kawan Mimi tu Kak Zai dapat free ke? Dah pakar math masih buat buku travelog lagi - pandailah dia..

Acik Erna said...

assalam zai..ada sambungan ye...tak tau pulak..saya dah lama tak baca novel..mata tak tahan merenung lama2 boleh pening kepala

ummiross said...

Kagum dengan orang yang pandai menulis ni, muda2 lagi dah menulis.

makchaq said...

Rajin kak Zai membaca... makchaq la ni dah tak larat baca buku... buku nipis, majalah boleh lagi.. buku tebal2 dah tak terabis bila baca..

Pandai kawan mimi menulis... makchaq nak buat karangan sekolah pun tak lepas.. hehe

cikmanggis said...

Rajinnya Zai membaca.bagus sekali kerana buku itu jambatan ilmu.semakin di baca semakin seronok.

Wah muda-muda dah jadi penulis..tabik spring dari Cm ni:)