Friday, November 15, 2013

New Comer.

Salam Jumaat...


Rumah saya sudah meriah dengan kehadiran 3 ekor kucing. Seekor datang tanpa diundang dan 2 ekor lagi kucing yang diberi kawan anak. Satu betina dan satu lagi jantan, dua2 telah dikasi. Namanya awai dan meymey...nama cina sebab tuan dia sebelum ini berbangsa cina. Rupa awai dan meymey lebih kurang sama tapi bukan seibu..Yang pendatang itu pulak kami panggil bubu sebab badannya berwarna kelabu.


meymey

meymey berbadan bulat dan pendek

awai

awai berbadan besar dan panjang



bubu...pendatang

 
masih kecil


8 comments:

ummiross said...

Kak Zai, comel2nya kucing tu, rasa nak dukung juga, ummi suka kucing, nanti kucing Kak zai boleh berkawan dengan kucing ummi..cicie namanya, hehe..

NEKCIK said...
This comment has been removed by the author.
NEKCIK said...

Asalam Zai....garang nya muka awaiii..takut nak buat mnantu!!!
Iyalah mereka pun ingin mnumpang kasih pada yang sayang Zai

makchaq said...

Walaupun bukan adik beradik.. sama pulak rupa depa macam adik beradik

IndaMarya said...

saya sgt takut kucing...nk bgi makan pun saya letak dn lari..

Kakzakie Purvit said...

Pendatang tu jgn nak lebih-lebih ye hahaha.... beruntung dah ada tuan yg nak jaga dgn baik.

Kakak ni kan Kak Zai tak tahulah kenapa geli dgn kucing. Kalau nak bagi makan pun kakak jauh-jauh takut dia menggesel..

azi said...

Salam rindu Kak Zai...:)

Akak...kalau memang dah suka kucing, mesti tak boleh hidup tanpanya, kan he..he...macam akak, pergi seekor, datang berganti tiga...

p/s Kucing kat umah sayapun nama Bubu jugak...:)

MulutPayau said...

Comelnya kucing2 tu..saya tak boleh pelihara kucing, anak2 tak suka....