Monday, September 23, 2013

Seaweed...Boleh Tolong?

Salam...

Saya tidak tahu apa nak buat dengan rumpai laut (seaweed) yang di kirimkan oleh menantu adik saya yang berasal dari Sabah. Ada terbaca dekat N3 Nieda ramli, dia menggunakan untuk rawatan kulit dan setelah beberapa kali menggunakannya ternyata keberkesanannya.


tiga warna...hijau, purple dan kuning




Saya tidak biasa menggunakan apa2 produck selain vitamin yang sudah bertahun saya makan. Apa yang saya amalkan hanyalah sentiasa berwuduk walau pun bukan waktu solat. Saya rasa air wuduk boleh menampakkan seri muka jika diamalkan selalu. Satu lagi amalan yang saya lakukan ialah setiap hari mengambil makanan tambahan seperti multivitamin dan vitamin C. Dulu masa muda ada juga buat facial tapi sekarang tidak lagi. Makeup pun hanya yang asas untuk tidak menampakkan kusam di muka tapi saya hanya menggunakan pada satu jenama.

Ada juga rakan dan jiran mencadangkan untuk memakan jamu tapi saya belum mencuba. Seingat saya jamu yang saya makan adalah yang dibuat oleh opah saya sendiri. Opah pula seorang bidan yang diikhtiraf diklinik desa. Sebenarnya takut untuk mencuba sebab sudah banyak yang terjadi sebaliknya.

Berbalik pada cerita diatas ada sekiranya kawan2 yang tahu apa nak buat dengan seaweed ini? Ada juga saya dengar boleh dibuat sup tapi saya tidak tahu caranya. Saya  juga ada mencari kebenaran khasiatnya di internet, ada yang positive dan ada yang negative.




10 comments:

Irfa said...

buat masker pun okey
taknak kirim sikit kat saya
hehe

Nieda Ramly said...

nak masak hanya perlu 1/5 dr plastik tu dah dpt byk . nanti bila sejuk mcm agar2. makan masa perut kosong. makan 3 x seminggu pun dah ok.
saya dah amalkan . setakat ini ok sj.

JunAina said...

Kak setahu saya kalau rebus rumpai laut tu akan mencair macam kita masak agar2 tu. Kalau buat kerabu pernah jugak terbaca dalam internet.

Kegilaan org sekarang guna rumpai laut ini untuk tujuan kecantikan. Masak makan mahupun buat masker untuk kulit tak kira muka atau bahagian manapun. Ada kawan sapu kat rambut rambut untuk elak keguguran rambut.

Acik Erna said...

Assalam zai..saya pun velum pernah cuba..banyak tu zai..bolek ke jadikan macam2 agar tu..letak gula..kalau boleh..sedap tu zai..bolah makan

Kakzakie Purvit said...

Kak Zai!! kakak consume yg hijau tu. Kalau beli sikit aje dah RM50/- tau. Ini senang-senang kak zai dapat bukan main banyaknya!

Cara kakak: -

Ambil sedikit (lebih kurang segenggam) cuci, rendam sampai kembang kemudian masaklah. Masak sampai hancur (biasa kakak campur daun pandan sebab kakak beli yg hijau). Tuang dalam bekas. Bila dah tak panas simpan dlm fridge. Setiap pagi dan malam makanlah. Kadang kakak makan dgn yougurt sedap juga..

Cubalah kak zai. Heee... kakak geram sebab banyaknya tu:)

Kakzakie Purvit said...

eh...lupalah kak zai, bila dah sejuk dia akan macam jelly, boleh guna sudu...

:: CIKVIVA :: said...

Buat masker..mesti muka akan jadik tegang orang ckp lah..tk pernah try pun..sebb selalu makan seaweed tu dalam bentuk kerabu..hehe

ummiross said...

Ummi pun tak pernah guna Kak Zai, tak dapat nak bagi pendapat.Tapi kalau beli kat sini mahal juga tu,untung Kakzai dapat kiriman macam tu.

Unknown said...

Assalamualaikum Zai
Untungnya dapat org bagi rumpai laut tu. sy memang jual rumpai ni..100gm RM20..skrg dh tk rancak mcm dua bulan lepas..ramai yg dh beli direct di Sabah.
Cara nk masak rumpai ni..ambillah kira2 50gm..rendam semalaman atau 5-6 jam..basuh bersih2 kemudian rebus dgn 3-4 botol air mineral kecil..hingga hancur..tapis dan simpan dlm p.ais..bila nk makan ambil 2/3 sudu dn bancuh dgn sunquick dn air secukupnya..amalkan setiap hari.

azi said...

Akak...
sayapun macam akak, jarang nak gunakan produk sembarangan...setia pada satu jenama saja...itupun pencuci, pelembab dan bedak aja...jamupun saya tak makan akak, cuma kadang-kadang ambik vitamin kalau rasa kurang sihat...