Salam Jumaat...
Saya memang respek dan tabik dengan pasangan ini, suami isteri berjawatan tinggi tapi tidak sombong dan low profile. Sibuk macamana pun mesti meluangkan masa untuk keluarga, kawan atau pun jiran. Kalau ikutkan si suami tidak banyak masa berada di dalam negara, selalu saja terbang ke seluruh dunia. Kadang2 balik cuma tukar beg dan terbang semula. Jika ada kematian atau apa saja majlis dia tetap hadir walau kadang2 bukan dirinya yang datang tapi sumbangannya. Memang boleh dibanggakan dengan sikap mereka berdua. Semoga mereka menjadi tauladan buat semua.
Yang seorang ini pula sentiasa sibuk atau sengaja menyibukkan diri. Dari dulu masa sekolah lagi bila hari raya orang seronok berkumpul dengan keluarga tapi dia sibuk menziarahi mak atau keluarga angkat. Bila sudah bekerja semua mak angkat sudah tidak ujud lagi dan ada yang sudah menjadi musuh. Sekarang nak kata berjawatan tinggi tidaklah sangat tapi macam sibuk sesangat. Tidak ada masa untuk menziarahi even untuk menalipon pun tidak ada masa.
Konon sibuk dengan kerja2 outstation itu pun hanya dalam negara, berada tersepit / berkepit ditengah2 orang berpengaruh. Tapi nampaknya diri itu sengaja ditonjolkan lebih2. Mendabik dada seolah2 macam orang2 yang berpengaruh. Sedarlah wahai insan kerdil bila terantuk hanya orang2 yang setaraflah yang lebih memahami bukan dato', tan sri dan sebagainya. Untuk mengingatkan... jangan sudah terantuk baru tengadah.dan jangan jadi si luncai terjun dengan labu2nya.
Cubalah renung2kan jasa orang2 disekeliling anda.
7 comments:
yg betul2 kaya low profile
yg baru nak kaya je berlebih2.
dunia oh dunia
salam jumaat ye kak
Salam Akak...
Macam Dr M kata, "Melayu mudah lupa"...:)
Masih belum tersedar dari mimpi tu Kak Zai. Kalau dah sedar nanti baru dia menggelabah nak cuci muka harap-harap adalah air bersih...
salam jumaat...... baguslah org kaya yang low profile. semoga makin murah rezeki.
ye kak, betul2 tu.. dpt saudara kaya cam tu.. nak p bertandang rumah dia pon x la malu segan sgt...org pon x nyampah..
siapakah itu kak zai...
contohilah yg pertama dan jauhi yang kedua.
semoga hidup kita diberkati hendaknya
Kadang-kadang memang kena tulis entri macam ni. Walaupun nampak macam mengata orang, tapi bagus untuk kesedaran diri sendiri dan pembaca lain. Langit tidak selalu cerah, sampai masa hujan.. kena cari tempat berteduh jua..
Post a Comment