Thursday, September 26, 2013

Mendadak Harganya.

Salam...

Baru2 ini saya berborak dengan seorang kawan berkenaan dengan harga rumah. Hampir semuanya tidak ada yang dianggap murah. Kalau dulu sebut rumah berharga Rm200 ribu ke atas sudah rasa besar dan selesa tapi sekarang kebanyakkannya tidak ada lagi. Sekitar harga rumah teres sekarang hampir rm400 ribu itu pun susah nak cari yang berhampiran dengan ibu kota.

Rumah yang dulunya hanya berharga tak sampai Rm100 ribu dijual dengan harga dekat Rm400 ribu. Memang terkejut dibuatnya., itu belum buat renovation lagi. Tolak campur sudah dekat setengah juta. Terfikir juga dari mana orang dapat duit beli rumah dengan harga yang begitu tinggi. Kalau diperhatikan rumah semakin banyak sudah tentu ada pembelinya.

Tidak dinafikan juga rumah sekarang bentuknya memang cantik kalau dibandingkan dengan rumah dulu tapi keluasan agak kecik. Selalunya master room saja yang besar tapi bilik yang lain muat satu katil saja. kalau ditambah dengan almari dan sebagainya memang sempit dan agak susah hendak bergerak.

Bulan lepas saya ke rumah anak buah hubby yang baru berpindah. Dari luar memang nampak cantik tapi bila saya masuk agak terkejut. Dari pintu masuk terus ke dapur nampak direct, tidak ada dinding untuk memisahkan dapur. Disebabkan terlalu lapang anak buah membina kayu untuk dijadikan pelindung. Kalau tetamu datang dia akan nampak apa yang tuan rumah lakukan didapur tanpa ada lindungan atau sekatan.

Terfikir juga bagaimana anak2 saya nanti nak beli rumah kalau sudah harga yang begitu tinggi dan susah yang ada berdekatan dengan tempat kerja. Kalau ada pun mungkin rumah pangsa atau condo yang bertingkat2. Bagi saya rumah yang sedemikian hanya sesuai buat orang muda tidak bagi orang yang sudah berumur.

Bagaimana dengan rakan2...adakah tempat tinggal sekarang sudah selesa?

Saya? masih mencari jika ada rezeki lebih.




Rindu rumah macam ini...gambar google.




12 comments:

Nieda Ramly said...

rumah google tu mcm rumah pusaka kami di kampung. rindu nastolgia semasa kecil di situ.

Kakzakie Purvit said...

Mana-mana pun memang harga rumah mendadak naik Kak Zai..

Zaitun said...

Nieda ramly

Sama juga macam rumah keluarga kak Zai dulu masa dikampung.

Zaitun said...

Kakzakie

Macamanalah agaknya masa akan datang.

Ajadamia said...

salam perkenalan kak.. rumah la mmg mahal kak...agak2 10 tahun lg berapa agaknya..

Unknown said...

Betul tu..kat mana2 harga rumah naik mendadak.. alhamdulillah saya dh ada rumah sendiri. Cukuplah utk kami 3 beranak. hehe

JunAina said...

Kat Kajang tak ada dah rumah baru hara Rm400k tu kak. Asal naik projek baru ja lebih utamakan semi-d dan super link yg regenya star dari 800k. Sedih.

IndaMarya said...

saya sgt selesa dgn rumah sekarang.anak sulung pun dah beli rumah di Wgsa maju.condo tapi dpt rumah bawah RM280.000.selesa la jugak sbab bawah..yg kedua baru tngah cari, memang susah kan? zmn la ni.dulu2 senang zaman saya , tanah , rumah semua murah..

MulutPayau said...

Alhmdulillah...saya selesa dgn rumah skrng. Masa beli ari tu, taklah mahal sangat. Ubah suai sikit utk kslesaan. Itulah kan, terfikir jugak bila anak2 besar nanti..brapa laaa rega rumah masa tu...

Acik Erna said...

assalam zai..Alhamdulllah ada rumah tempat berteduh..
harap anak2 nanti mampu untuk membeli rumah sendiri

Irfa said...

masuk2 je terus nampak sinki dapur?
macam rumah saya la tu.. tp itu je yg mampu buat masa ni.

betul tu kak, untung sapa dpt beli rumah awal.tggu je 10,15 tahun lagi..boleh untung sekali ganda klu jual

azi said...

kak Zai...
tak kita dimana saja, rumah semuanya mahal sekarang ..kat SP nipun dah naik harga dah...adik sepejabat saya beli rumah teres aja, harga dekat RM300 ribu, dulu kalau di SP, harga tu boleh beli rumah semi D...