Apa khabar rakan2 semua? rindu rasanya sebab agak lama menghilangkan diri bukan sibuk apa pun cuma sibukkan diri melayan cucu. Pagi ini baru balik dari KLIA menghantar cucu untuk terbang semula ke UK. Tak tahu nak cakap apa cuma air mata yang banyak mengalir. Tak tahu bila mereka akan pulang lagi sebab bergantung pada cuti dan ongkos anak dan menantu. Kalau pun mereka balik nanti sudah semestinya cucu saya sudah besar dari sekarang.
Balik dari airport menangis lagi tengok barang yang ditinggalkan. Air mata bertambah lebat bila masuk ke bilik mereka. Sehelai baju yang bertulis sayang saya dan hubby ditinggalkan diatas katil. Tak tahu nak menggambarkan betapa rindunya saya walaupun hanya beberapa jam ditinggalkan. Kalau boleh nak saja saya mengikut mereka balik ke sana. Pujuk hati ini kalau ada rezeki kami akan bertemu semula In Shaa Allah. Semoga cucu, anak dan menantu saya selamat sampai.
ditinggalkan diatas katil
I luv you too sayanggg.....Big kisses from grandma and grandpa.
6 comments:
Salam Zai..mesti rindu sangat kan kat cucu, cucu tengah comel, seronok dukung dan cium2.
So sweet dia orang tinggalkan baju yang bertulis tu..
Assalamualaikum Kak..InsyaAllah..ada masa nanti akan bertemu atas keizinanNya...Atau ada kelapangan nanti sesekali boleh juga akak terbang ke sana untuk melepas rindu...
Apa pun...Oh...Suka sangat cara mereka berlalu..So nice dengan tanda yang sangat tak ternilai untuk di ucap....
Salam Rindu kak Zai...
Semoga Anak menantu dan cucu akak akan selamat sampai...Insyaallah, saya pasti selepas ini mesti suami akak ajak akak melawat depa kat UK tu...:)
p/s sekurangnya ada baju yang ditinggalkan tu untuk AKAK mengubat rindu....malam ni tiduq peluk baju tu tau...:)
asalam Zai..oh kna tinggal cucu ye..bersabar lah...
Zaitun, I knw how it feels,saya pun ada cucu.tiap kali balik msti meleleh2 ayaq mata.tambah2 bila cucu tk nak turun dari dokongan kita, nmpak dia msra dan syg tok dia..and now bila call dgr dia pnggil saya tok tok..adoi hncur luluh hati saya..
Alahai, saya pun ikut sedih ni.. apa taknya cucu tinggal jauh, bukan boleh tengok selalu..
Post a Comment