Salam...
Pagi ini anak jiran sebelah rumah saya berumur 25 tahun meninggal dunia. Bertahun2 menghilangkan diri sebab bergaduh dengan ibubapa. Berpunca dari perangai yang kurang baik, berkawan dengan lelaki yang kurang di senangi. Akhirnya bila dapat penyakit (kurang pasti sakit apa) sebulan lalu kembali kepangkuan keluarga dan mula mendapat rawatan. Akhirnya pagi ini menghembuskan nafas yang terakhir dihospital.
Innalilllahiwainalillahirojiun...AlFatihah......semoga rohnya aman disana....
p/s; beberapa minit tadi hubby dapat panggilan menyatakan sahabatnya di Ipoh meninggal dunia pagi ini juga. Saya akan menziarahi jiran dulu kemudian ke Seri Iskandar Ipoh.
13 comments:
Alfatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat...amin.
Alfatihah....moga diampunkn segala dosa nya....kesian ibubapa dia...
Terfikir pulak tentang anak2 sendiri ni...risau lah
Kakak percaya ibu-bapanya telah mengampunkan dia tapi itulah jadi pengajaran pada kita supaya mengasihi ibu-bapa kerana tak tahu bila kita pergi dijemput Ilahi.
Moga mereka yg pergi ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman.
Takziah kepada keluarga jiran Kak Zai. Begitulah pengakhiran sebuah kehidupan.
Al-fatihah..
Bila sampai ajal maut..tidak sesekali terlewat..
Moga dicucuri rahmat ke atas roh arwah...
Al-fatihah
Al fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat..mati itu pasti cuma dtgnya belum kita ketahui...memdengar berita2 kematian membuatkan kita lebih insaf
Al-fatihah buatnya yang pergi... Hidup dan mati adalah ketentuan dariNya... Semoga diterima baik disisiNya...
Alfatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat.
ajal maut di tanganNya, dan kita tak tahu bila sampai masa kita...
moga menjadi iktibar kepada kita semua agar tiada perselisihan faham antara anak dan ibu bapa yg berpanjangan
Bertemu kembali di alam maya setelah talian baru sj ok.
Salam takziah utk jiran kak zai . semoga dia di rahmati.
"setiap yang hidup pasti akan merasai mati" moga roh kedua2nya bersama org2 yang soleh
moga anak2 kita di rahmati Allah dan menjadi anak2 yang menyejukkan hati kita.Amin..
Al fatihah..moga rohnya dicucuri rahmat
alfatihah utknya
Post a Comment