Friday, December 07, 2012

Tetamu...

Salam...

Rasanya banyak yang saya tertinggl dari cerita2 rakan blogger. Agak sibuk minggu ini melayan tetamu2 yang datang berkunjung ke rumah. Yang seronoknya kali ini saya menerima 2 buah keluarga sekali gus, nasib baik salah seorang dari keluarga itu tinggal dihotel.

Keluarga yang datang dari Penang sahabat hubby yang dah lama terputus hubungan mungkin lebih dari 25 tahun. Berhubung semula setelah seorang sahabat lain memberikan phone number hubby kepada beliau. Akhirnya semasa dia hendak menghantar anaknya ke Bangi dia menghubungi hubby dan menyatakan beliau hendak  datang ke rumah. Berjumpa semula setelah sekian lama terputus, agak beremosi bila ke dua2 sahabat ini berpelukan di depan pintu.

Seorang lagi keluarga datang dari Besut Terengganu, kenalan hubby semasa bekerja disana. Walau pun hanya beberapa bulan saja hubby disana tapi persahabatan macam sudah bertahun2 lamanya. Perkenalan bermula semasa dimasjid, mungkin masa itu hubby tidak mengenali sesiapa maka hubby menegur salah seorang yang sama2 untuk menunaikan solat.

Hari mereka datang saya jamu dengan bubur durian dan kuih muih, malamnya hubby membawa makan ke Restoren Saba di Cyberjaya. Setelah itu keluarga dari Terengganu menginap dihotel manakala yang dari Penang tinggal dirumah saya.


makan kambing tu...

tetamu dari Penang

gambar kiri dari Terengganu

Penat tapi amat seronok, semoga persahabatan kekal sampai bila2, In Shaa Allah...

13 comments:

ibuintan said...

mengimbau kenangan lalu... mesti banyak yang diimbas kembali tu, betul tak kakZai

azi said...

Salam Kak Zai...
memang seronok melayan tetamu yang datang kerumah kita kan akak...dengar akak bercerita ni, saya tumpang seronok...:)


p/s Suami akak bila jumpa kawan lama tu, mesti banyak perkara yang nak diceritakan...maklumlah dah bertahun tahun tak jumpa..

sal said...

seronok jumpa sahabat-sahabat lama..mengembalikan nostalalgia lama..moga ukhwah berpanjangan..

Kakzakie Purvit said...

Nampak anak masing-masing pun dah dewasa mesti banyak cerita bila bertemu. Kak Zai di dapur siapa yg tolong? Mesti sibuk kan.

wakgelas said...

wahh sonoknyerr..ehhHEe salam jumat dr wak yee

azieazah said...

Tetamu itu rezeki. Rezeki murah. Syukurrr.. Cantik rumah Kak Zai.

MulutPayau said...

Assalamualaikum kak zai..

Seronokkan dapat jumpa sahabat2 lama..tentu bnyk yg ingin diceritakan...

cikmanggis said...

Seronoknya dpt berjumpa kawan-kawan lama.Semoga sillaturahim berkekalan.Tumpang gembira.

Anonymous said...

salam zai,

Cerita pasal kawan lama. Malam tadi tunnukkan jalan ke kelah Shah Alam pada adik ipar yg datang dari penang. Datang sejauh tu kerana memenuhi undangan seorang kawan lama yg melansungkan perkahwinan anaknya di situ. Dah 40 tahun mereka tak berjumpa.

Pn Kartini said...

salam Kak Zai:)
Hati pun senang kan kak..bila rai tetamu datang..:)Apatah lg rai teman lama..pasti byklah citer2nya:):)

Moga akak sihat2 di sana yaa..:)

Kamariah Awang said...

Tetamu datang bersama rezeki, Zai...
Alhamdulillah syyukuuur...

makchaq said...

Tetamu bawak rezeki.. tapi kalau jumpa sahabat yg lama tak jumpa memang seronok dan ada kalanya terharu.. tambah2 bila masing2 dah makin berusia..

Nieda Ramly said...

semoga silatulrahim berkekalan