Semua orang tahu gambar kat bawah ini gambar petai kan...
Kalau nak petai segar walaupun dah lama disimpan jangan tanggalkan tangkai petai dari batangnya, macam kat gambar ini.
gambar google
Dekat 3 minggu bila selongkar fridge jumpa petai yang disimpan dulu, warnanya dah hitam lenggam. Mulanya nak buang aje tapi bila dipicit rasa keras. Ambik pisau cuba tengok isinya ...wahhh... terkejut besar sebab isinya masih fresh. Mula terfikir kenapa kali ini petai yang disimpan lama isinya tak kecut. Rupa2nya saya baru tahu petai yang tangkainya tidak keluar dari batangnya akan tahan lama berbanding dengan petai yang tinggal tangkai saja. Kalau rakan2 tak percaya cubalah....
kulit petai yang dah hitam,sebelah tu tangkai/batang dia
Jangan pisahkan petai dari batangnya.
isi petai yang kulitnya dah hitam
isinya masih segar
Lain kali kalau beli petai make sure petainya beserta dengan batang macam gambar yang kat atas sekali.
10 comments:
selamat dah petai jadi sambal kan zai..acik kalau simpan petai..simpan isi je dalam tupperware..tahan jugak..tak kecut
alamak sambal bilis dan petai...aduhhh kecur air liur niiii
sedap sedap..:)
Hehehe thanks petua Kak Zai. Tp biasanya tak sempat simpan lama, sebab dah selesai samada dimasak, rebus atau mentah. Dlm rumah saya orang lelaki semua hantu petai..!
Kak zai..
wpun tak makan petai, tapi bila tengok sambal yang akak masak, rasa terliur sangattt....;)
nanti boleh cuba petua yang akak bagi ...Cik abang saya tu hantu petai.
Kakak tak perasan walau kebun di kampung bapak kakak banyak pokok petai. Sekarang pun sedang musim tau Kak Zai. Biasa kakak kalau balik bagi jiran. Lepas ni nak bagitahu mereka petua ini bila simpan di peti sejuk boleh tahan lama.
satu petua yang bagus tetapi selalunya Cm beli petai siap kopek.
sambal petai... terliur ni kakzai
Baru saya tahu kak.. tapi saya tak berapa suka makan petai.. Tl
batul tu kak zai , kalau lama sgt dlm peti susah pula nak keluarkan isinya.dah melekat dgn kulit dan isi dah kecut
Betul tu zai. Jangan silap tengok kulitnya hitam terus dibuang... rugi! Hehehe...
Post a Comment