Saturday, November 03, 2012

Petua...

Salam...


Semua orang tahu gambar kat bawah ini gambar petai kan...
Kalau nak petai segar walaupun dah lama disimpan jangan tanggalkan tangkai petai dari batangnya, macam kat gambar ini.

gambar google


Pernah tak rakan2 simpan petai lama kat dalam fridge tapi isinya masih segar macam baru dibeli dari pasar. Selalunya kalau dah agak lama mesti kulitnya bertukar warna hitam dan isinya pula kecut kan. Ada satu benda yang selama ini saya tidak tahu. Satu hari hubby beli petai disebabkan masa tu saya ada kerja nak buat, terus aje saya sumbat kat dalam fridge. Biasanya bila beli petai saya akan balut dalam surat khabar lepas tu masuk dalam plastik sebelum dimasukan ke dalam fridge.

Dekat 3 minggu bila selongkar fridge jumpa petai yang disimpan dulu, warnanya dah hitam lenggam. Mulanya nak buang aje tapi bila dipicit rasa keras. Ambik pisau cuba tengok isinya ...wahhh... terkejut besar sebab isinya masih fresh. Mula terfikir kenapa kali ini petai yang disimpan lama isinya tak kecut. Rupa2nya saya baru tahu petai yang tangkainya tidak keluar dari batangnya akan tahan lama berbanding dengan petai yang tinggal tangkai saja. Kalau rakan2 tak percaya cubalah....

kulit petai yang dah hitam,sebelah tu tangkai/batang dia

Jangan pisahkan petai dari batangnya.

isi petai yang kulitnya dah hitam

 isinya masih segar

 Lain kali kalau beli petai make sure petainya beserta dengan batang macam gambar yang kat atas sekali.





10 comments:

Acik Erna said...

selamat dah petai jadi sambal kan zai..acik kalau simpan petai..simpan isi je dalam tupperware..tahan jugak..tak kecut

saniah said...

alamak sambal bilis dan petai...aduhhh kecur air liur niiii
sedap sedap..:)

azieazah said...

Hehehe thanks petua Kak Zai. Tp biasanya tak sempat simpan lama, sebab dah selesai samada dimasak, rebus atau mentah. Dlm rumah saya orang lelaki semua hantu petai..!

azi said...

Kak zai..
wpun tak makan petai, tapi bila tengok sambal yang akak masak, rasa terliur sangattt....;)

nanti boleh cuba petua yang akak bagi ...Cik abang saya tu hantu petai.

Kakzakie Purvit said...

Kakak tak perasan walau kebun di kampung bapak kakak banyak pokok petai. Sekarang pun sedang musim tau Kak Zai. Biasa kakak kalau balik bagi jiran. Lepas ni nak bagitahu mereka petua ini bila simpan di peti sejuk boleh tahan lama.

cikmanggis said...

satu petua yang bagus tetapi selalunya Cm beli petai siap kopek.

ibuintan said...

sambal petai... terliur ni kakzai


Nur-nba said...

Baru saya tahu kak.. tapi saya tak berapa suka makan petai.. Tl

Nieda said...

batul tu kak zai , kalau lama sgt dlm peti susah pula nak keluarkan isinya.dah melekat dgn kulit dan isi dah kecut

Kamariah Awang said...

Betul tu zai. Jangan silap tengok kulitnya hitam terus dibuang... rugi! Hehehe...