Terima kasih pada rakan2 yang singgah dan meninggalkan jejak terutamanya pada Nieda, Nieza, azi, MulutPayau, ain. Ramai yang setuju kan... seronok menonton wayang bersama hubby. Sama macam saniah kaki wayang tapi sekarang kak Zai dah berkurangan sedikit. Acik Erna ...kalau tengok wayang kat panggung bunyi dia memang kita tak boleh control tapi itu yang membuatkan cerita dia macam real. Kamariah Awang...memang banyak beza panggung wayang dulu dan sekarang kan ma. Sesekali tak salah kan kita berhibur tambahan pulak dengan anak2 lagi meriah kalau pergi ramai2. Apa2 pun terpulang pada diri masing2 untuk berhibur.
.............................................................
Semalam kakak saya dan anaknya datang ke rumah, mulanya nak masak untuk makan tengahari tapi adik yang tinggal kat Shah Alam dah ajak mereka makan kat rumah dia dulu. Jadinya saya jamu mereka dengan bubur kacang dan karipap untuk minum petang.
Tujuan mereka datang nak menghantar barang yang anak buah beli dari Cina. Dia ke sana atas urusan kerja tapi sambil tu sempatlah dia melancong ke beberapa buah tempat seperti Beijing, Shanghai, Xian dan lain2. Kalau dah melancong tentu ada barang yang nak dibeli untuk dijadikan ole2. Kebiasaannya kalau sesiapa saja yang pergi melancong mesti tak tinggal FM, wajib ada. Selain itu ada juga barang2 lain yang akan dibeli untuk dijadikan sebagai hadiah.
FM...Terracotta Worriors
Selain dari FM saya juga dapat runner yang sangat cantik sebabnya warna dia sesuai dengan sofa saya. Memang dalam perancangan nak membeli runner sebab saya dah tukar sofa. Tak tahu macamana anak buah boleh belikan warna yang sesuai sedangkan dia tak tahu pun saya dah tukar sofa, itulah kalau dah rezeki namanya...alhamdulillah. Terima kasih pada Nazuan, esok2 beli lagi ya...
sutera tulin
saya lipat sebab panjang
Hubby pula selain shirt atau t-shirt selalunya dia dapat lighter atau ashtray, macam2 bentuk dan warna ada. Adik pula kali ini dapat handbag, bolehlah tukar2 kalau pergi jenjalan.
ashtray
untuk adik
Nak cerita sedikit macamana saya terbeli sofa ini, masa pergi rumah adik kat Shah Alam bulan lepas dia mengajak saya ke Fella Design katanya ada sale. Dia meminta saya menemankan dia untuk mencari sofa tambahan untuk ruang tv dirumahnya. Saya memang tak ada niat untuk membeli sebab sofa yang ada kat rumah masih boleh digunakan.
Entah macamana saya terpikat dengan satu set sofa yang ada kat pameran tu tapi ada 2 dan 3 seatter saja. Fikir punya fikir akhirnya saya tergoda dengan tawaran yang diberikan dan kata salesman tu lagi sofa yang saya ada boleh di trade in. Mendengarkan pujuk rayu dari salesman saya pun setuju, masaalahnya kat tangan saya tak ada duit tapi ada duit plastik. Cuba cal hubby minta izin kalau2 boleh digunakan.Walaupun dia memberikan pada saya untuk digunakan tapi taklah sampai menggunakannya tak tentu hala, kalau boleh biarlah digunakan dengan cara berhemah. Itulah ceritanya macamana saya terbeli sofa baru hehehe.....
Bila sofa dah sampai tentu ada yang tak serasi kan...timbul pula masaalah lain, kena tukar langsir dan karpet. Itu pun kalau nak nampak cantik dan blend hehehe..Nampaknya yang itu kena tunggu dulu insyaAlah dapatlah hendakanya ditukar sebelum raya...Masaalah perempuan....lagi dan lagi......
21 comments:
Seronoknya kaak zai sekali dapat ...satu rumah merasa. Dr mak sampai ke anak.
rezeki betul.
salam zai..terbeli ye..tak pe raya nanti meriah rumah dengan sofa dan set nya yang baru..
Kak zai..
Cantik sungguh runner tu...itu color kesukaan saya akak...:)
Akak, kalau dah tukar sofa tu, mesti nak ditukar langsir dan carpetkan..saya pasti raya nanti mesti rumah akak berseri-seri...:)
ashtray tu cantik sungguh la kak...
Assalamualaikum kak... beli sofa tu dpatlah langsir baru nanti utk raya sebab warna tak serasi...hehehe...
Bila dpt cenderahati memang seronokkan kak...biar pun kecil tapi ingatan itu yang tak ternilai
Nieda
Selalunya kalau ada ahli keluarga yang melancong begitulah. Walaupun tak seberapa tapi semua merasa.
Acik Erna
Salam Erna...Hehehe alasan...itu sebabnya tak suka kalau ada sale mesti tergoda.
azi
Macam colour hijau pucuk pisangkan,sweet.
Tulah masaalahnya kena tukar yang berdekatan dengan dia kalau tidak tak berapa nak masuk hihihi...
wahida
Memang cantik...ukiran dia pun timbul tapi tulisan cina tak faham.
aNIe
Salam anie...insyaAllah kalau ada rezeki.
Seronok sangat tambah lagi kalau barang yang kita suka.
wah,..tentu rumah berwajah baru..
Arghgh kak zai kata saya kaki wayang huhuhu...hehe saje gurau tau..
Saya dan hsbnd cerewet klau mncari brg utk rmh mcm sofa ni...brbulan2 baru jumpa tapi kak zai senang pulak..:) takpa asalkan puashati kan? Wahhh dah dpt sofa raya tu.. Heee ;)
Kalau sebut FM, memang ma suka sangat2... Kat pintu peti ais ma dah mula memberat dengan FM.. Hihi....
sal
Sama aje cuma warna sofa agak berbeza dari yang dulu.
saniah
Kak Zai tak bermaksud saniah begitu, maaf ya...
Kalau ikutkan... kak Zai juga agak cerewet memilih perabut tapi tak tahu kenapa sofa tu nampak special,mungkin combination warnanya kot.
Kamariah Awang
Hobi kita sama ma...pintu fridge yang kat atas dah nampak padat hehehe....
wahh bestnya dapat hadiah tu kak.saya suka set perabot fella design tu tapi reganya lak mahal kan..mahal ada kualiti tak pe kak berbaloi beli.
Cantik2nya souvenir tu semua Kak Zai...
Nida pulak ada tragedi hitam dengan Fella Design ni... dulu masa pindah rumah baru pergilah ke outlet mereka.. tanya ada sale tak bila2 nanti, depa kata takde.. tuptup bulan depannya ada sale... byk ribu juga kami rugi sebab dah terbeli masa takde sale... gerrrrraaaaammmm.
Nieza
Kak Zai terpikat sebab bentuk dan combination warna yang cantik.Harga perabutnya memang mahal sikit dari kedai perabut biasa.
Nida
Sayang juga duit kalau beli masa tak ada sale,harga dia jauh berbeza.Dah rezeki kena macam tu kan.
Seronok Kak Zai dapat ole-ole dari Cina... Runner tu cantiklah betul memang matching dgn sofa yg cantik tu..:)
Post a Comment