Tuesday, April 24, 2012

Mesra... dan Rajuknya Dah Berakhir......

Salam...

Mula nak minta maaf pada saniah....kak Zai tak bermaksud begitu, maaf ya. Sebenarnya kaki wayang (ayat kat n3 lepas) tu lebih ditujukan pada diri saya sendiri masa muda2. Harap2 saniah tak berkecil hati ya.

............................................

Saya pernah berjanji nak ceritakan macamana saya boleh rapat dengan suami sepupu saya. 11 tahun yang lalu abang saya meninggal dunia secara mengejut, meninggal dalam bas hanya setelah 1 jam keluar dari rumah saya masa dia nak balik ke Perak. Dia dah tak boleh memandu kereta sendiri sebab menghidapi sakit jantung dan pernah buat bypass.

Bila polis menalipon saya dan memberitahu yang abang saya didapati meninggal dalam bas (merujuk pada number talipon rumah saya yang ada dalam wallet abang), saya betul2 panik. Orang pertama saya cal adalah adik dan sepupu. Adik bekerja di tengah2 bandar raya dan hari tu hari Jumaat dah tentu jalan jem sangat2. Jadinya suami sepupulah orang yang pertama sampai ke rumah sebab masa tu dia ada kat Bangi.

Disebabkan dengan keadaan dan perasaan yang tak tentu arah bila suami sepupu saya datang saya terus merangkul dan memeluk dia. Di bahu dialah saya menangis dengan sepuas2nya untuk melepaskan kesedihan. Agak lama 'adengan' tu berlaku sampailah saya di pimpinnya duduk diatas kerusi.

Dari hari itu kami mula rapat macam abang dan adik dan saya betul2 menganggap dia sebagai pengganti abang saya yang telah pergi buat selama2nya. Dari hari itu juga dia akan memperkenalkan pada sesiapa saja yang saya adalah adiknya. Kalau dia datang ke rumah nak kan sesuatu contohnya nak makan atau minum dia akan meminta pada saya walaupun isterinya(sepupu saya) ada disisi.

Pernah berlaku masa sepupu saya buat rumah terbuka masa hari raya, adik bongsunya langsung tak mahu menegur saya, mungkin cemburu sebab melihat kemesraan kami. Dia cuba mengelak dari bertentang mata dengan saya dan menunjukkan muka yang masam. Ada juga saya cuba untuk menegur tapi dia melarikan diri. Saya faham perasaannya mungkin sebab kewujudan dia macam tak di hargai. Bertahun2 kami tidak bertegur sapa kalau ada majlis dirumah sepupu saya sampailah masa kenduri kahwin anak sepupu saya tempohari.

Kami memakai pakaian sedondon dan sudah ditetapkan tugas masing2, ada masanya kami terpaksa bertanya dan membuat arahan apa yang patut dilakukan. Masa tu baru dia mahu cakap sikit2 dan senyum2. Sampailah masa saya hendak solat di masjid berdekatan dengan dewan, dia datang  bersalam dan sempat berborak sebelum waktu solat Asar. Kami solat Asar bersebelahan dan berjemaah sama2 . Syukur alhamdulillah akhirnya dia dapat menerima saya sebagai ahli keluarganya.

Bulan 5 ini genap abang saya meninggalkan kami semua selama 11 tahun, semoga rohnya aman dan ditempatkan bersama orang2 beriman, Amin.


33 comments:

cikmanggis said...

alhamdulillah syukur,,semoga selepas ini bertambah-tambah erat lagi sillaturahim antara zai dan sepupu zai tu.

.Cm pernah baca tulisan zai yg terdahulu mengenai abang zai yang meninggal dalam bas...al fatehah semoga rohnya bersama para solihin dan syuhada..amin.

Acik Erna said...

alfatihah..
semoga perhubungan baik berkekalan selamanya

azi said...

Salam Kak Zai..
Sedih saya baca cerita akak tu..semoga ikatan silatulrahim antara akak dan keluarga sepupu itu akan terus berkekalan sampai akhir hayat masing-masing..:)

Zaitun said...

cikmanggis

Amin...insyaallah.

Meninggalkan kesan sebab arwah bermalam dirumah saya.

Zaitun said...

Acik Erna

Terima kasih Erna ,mudah2an...insyaAllah.

Zaitun said...

azi

Salam azi...kenangan yang tak boleh kak Zai lupakan. Nasib baik ada pengganti walaupun tak sama.

InsyaAllah...Amin.

Kakzakie Purvit said...

Syukurlah berkat sabar akhirnya terbuka juga hatinya Kak Zai... moga roh abang kak zai juga tenang di sana...

Zaitun said...

kakzakie

Dah lama kak Zai cuba untuk berbaik, syukur akhirnya termakbul.

kurus said...

alfatehah buat roh abang zai .. semoga rohnya bersama org2 yg beriman ...

dan semoga perhubungan itu berkekalan hendaknya .. ;)

Nieda said...

Alfatihah utk arwah.
Mujur silatulrahim berpanjangan.Alhamdullillah.

Zaitun said...

ieda

Amin...terima kasih.

InsyaAllah berkat doa ieda.

Zaitun said...

Nieda

Terima kasih.

Mudah2an... insyaAllah.

saniah said...

Kak zaiiii.....saya gurau je lahh...hehe :)
Mmg betul pun saya dan family suka tgk wayang..ni menunggu 2 movie nk masuk ni...avengers dan snow white and the huntman...best ni..jom tgk k.zai....saya blanja nak? :) :)

saniah said...

Ops nk tambah sikit
AlFatihah untuk arwah abg k.zai...sayu hati baca kisah k.zai..moga ruh nya diletak kan bersama org2 yg beriman disisi Nya..

aNIe said...

Al Fatihah buat ar'ah abg akak..semoga rohnya dicucuri rahmat...

Seronok bila silaturahim yg terjalin terus utuh...

Unknown said...

Al-fatihah buat arwah abg akak.semoga silaturrahim yang kembali bersambung akan kekal selamanya.

sekadar satu coretan said...

alfatihah buat aruah..
alaa sedih la kakzai ain baca pagi2 ni...

Zaitun said...

saniah

Hehehe....nak2... tapi kan hubby kak Zai tak berapa nak ke panggung wayang sekarang ni.

Amin...kenangan yang kak Zai tak boleh lupakan.

Zaitun said...

aNIe

Amin...terima kasih.

InsyaAllah dengan izinNya.

Zaitun said...

Nieza

Terima kasih atas doa Nieza semoga di kabulkan.

Zaitun said...

ainnoraini

Amin.

Sampai sekarang masih terdengar suaranya bergurau dengan anak2 kak Zai malam sebelum dia meninggal,itu yang membuat kak Zai sedih bila menjelma bulan 5.

Anonymous said...

Zai,

Alhamdulillah semuanya dah okey. Berpisah kerana kematian satu perpisahan yang amat menyedih dan tak mungkin dilupa dalam ingatan.

sal said...

teringat kenangan lama yg mengusik jiwa..namun moga kita jadi insan tabah.. ..
apapun didoakan moga roh abangnya dicucuri rahmat..amin..

Kasih Salina said...

salam kenal..semoga silaturahim itu berkekalan selama-lamanya..

MulutPayau said...

Sayu jer bila baca ntry kak zai ni...
Syukur, alhmdulillah...semoga ikatan tersebut berkekalan hendaknya...

abuikhwan said...

alfatihah, buang yang keruh ambil yang jernih...

Nida said...

Al-Fatihah buat yang tiada.. berlinang juga air mata ini membaca coretan Kak zai..:(

Moga perhubungan yang terbina harum subur mewangi..:)

Zaitun said...

sal

InsyaAllah... dah 11 tahun berlalu,sedih dah berkurangan cuma kenangan tetap ada.

Zaitun said...

Kunang-Kunang

Kak ani...sedih sangat sebab pemergian abang cara mengejut.

Zaitun said...

Kasih Salina

Salam kembali...terima kasih sudi singgah.

InsyaAllah dengan izinNya.

Zaitun said...

MulutPayau

Kenangan yang kak Zai simpan sampai bila2.Bersembang dan makan sama2 sebelum beberapa jam abang pergi buat selama2nya.

Zaitun said...

abuikhwan

Salam...terima kasih sudi singgah...

Amin...InsyaAllah.

Zaitun said...

Nida

Amin...

Berkat doa dari Nida insyaAllah.