Weekend yang sibuk tapi bukan sibuk apa pun cuma sibuk dengan anak2. Anak bujang saya balik jadinya meriahlah sedikit penghuni dalam rumah ini.
Janjinya hari Jumaat nak balik, saya pun sibuklah nak masak makanan kegemaran dia. Cuba cal tanya apa dia nak untuk makan malam, "mama masak simple aje sebab tak tahu sampai pukul berapa". Saya pun ke pasar untuk mencari apa yang perlu dimasak, nampak labu kuning terus teringat nak buat gulai lemak sebab dia suka sangat dengan masakkan ini.
Tunggu punya tunggu tak juga tiba sampailah ke malam, bila hubby cal rupanya dia masih ditempat kerja. Rasa hampa sangat sebab tak dapat makan malam bersama dia. Hari Sabtu ingat nak pergi ke One Utama, nak cuci mata tapi cancel sebab dapat mesaj mengatakan anak dah on the way nak balik.
Saya masak western food... ayam panggang, mashed potatoes dan salad untuk makan malam kami. Tak sempat nak ambik gambar sebab dah kena sambar, macam bertahun2 tak jumpa makanan. Katanya masakan mama tak ada tolok tandingnya kat mana2 restoren hehehe...bodeklah tu. Saya teringat salah seorang kawan Mimi ada mengatakan goreng telor yang dimasak oleh maknya lebih sedap dari mana2 kedai atau restoren. Itu baru goreng telor haha...
Semalam hari Ahad pula kami ke rumah adik hubby yang baru mendapat cucu pertama, tumpang seronok sebab masing2 dah punya cucu, cuma saya aje yang belum ada. Malamnya kami anak beranak makan kat Chop n Steak kat Kampung Baru. Kali ini anak bujang pulak yang belanja.
Dah agak lama tak ke sini, restoren dia dah dibesarkan, dah ada tempat makan bersila dan ada ruang yang ber aircond. Pada saya makanan dia ada sedikit perbezaan dari yang dulu, lagi sedap sebelum ini. Daging dia agak liat tapi sos black peppernya memang sedap, sampai menjilat jari hihihi....Kami balik lewat malam terus tidur.....
di Kg baru
kaunter pembayaran
Restoren dia berbentuk sebuah kapal, didalam pun ada hiasan macam dalam kapal. Dulu masa saya datang ada pokok getah sempatlah saya menunjukkan pada menantu (masa diorang balik) bagaimana rupa pokok getah dan siap ada mangkuk disangkutkan dibatang pokok seolah2 susu getah mengalir.
Gambar ihsan dari google....
16 comments:
Kak Zai..
Masakan emak memang tiada tolak bandingannya kan akak...emak saya masak sambal tumis pun, rasa sedappp sangat....
Lain kali akak masak masakan barat, letakkan gambar ye...teringin saya nak tengok sebab saya tak pandai masak masakan itu..:)
Kakak rasa bukan bodeklah Kak Zai... anak-anak memang suka masakan mama dia sendiri. Mungkin sebab dari lahir dah kita yg makan so tekak dah serasi dgn cara kita...
Lagilah kalau macam Kak Zai mesti dah expert sebab dah banyak pengalaman..
Masakan ibu mmg tiada tandingan kan..ikan goreng yg mak goreng pun tak sama dgn yg kita goreng sndr..aishhh..semua anak2 rasa begitu kan..:) seronok lah kak zai anak bujang bercuti lama jgk weekend ni kan..moga brbahagia selalu.. ;)
azi
Betul kata azi, masakan ibu memang sedap,itu yang membuatkan kita rindu selalu
InsyaAllah...kak Zai masak pun tengok dari blogger.
Kakzakie
Kita yang lahirkan, kita yang didik tu sebablah apa yang kita buat elok dan sedap pada mereka.
Tergelak kak Zai bila kakzakie cakap expert.
saniah
Beruntung kan kalau sesiapa yang masih ada ibu,masih boleh merasa air tangan dia.
Seronok jugalah boleh pau lagi kihkihkih...
Assalamualaikum zaitun..
saya sokong..masakan ibu sedapnya sampai terkenang2 selalu..
mak ai.. sedapnye.. memang la masakan ibu tu yang terrrsedappp skali di dunia ni, mcm isteri saya la. adik2 ipar smua kata teh ais ibu sedap. err tapi sy rasa tawar je.hik3 (xguna punya menantu!)
seronok bila dpt bersama2 keluarga kan akk .. saya kalau boleh nak spend weekadn ngan anak2 dan hubby .. tapi hubby sya selalu sebuk .. sedih adakalanya tuu
Assalamualaikum kak zai...
memang masakan ibu tiada bndingannya..masak apa pun sedap...
anak bongsu kakpah yang tak pernah berenggang dari celah ketiak nak sambung belajar di kedah. Susahnya hati dia sebab nanti bulan puasa tak dapat makan apa yang mak masak. Tak taulah anak yang rindu emak ke atau mak yang rindu anak nanti ni.
KAlau air tangan maknya, mana boleh calen..hihik
Siaaan.. lepaslah rindu dia dapat masakan maknya yer...
best bila makan sekali macam ni..
boleh mengeratkan silaturahim sesam keluarga :-)
Kak Zai.. saya rindu masakan mak saya...uwaaaaaaaaa.
Inilah yg dikatakan air tangan seorang ibu, penuh keikhlasan.
pinjam gambar ye kak..
http://sayakakijalan.blogspot.com/
Post a Comment