Salam...
Lama saya tak mengupdate dan bw gara2 internet dirumah saya ada masaalah. Dah berapa hari tak menjengah ke rumah kawan2, tentu dah banyak cerita yang saya tertinggal.
Hari ini saya nak buat n3 yang dah basi tapi nak dijadikan tatapan dimasa akan datang. Sabtu lepas saya ke Melaka bermalam dihomestay D'Alia tujuannya menghantar adik untuk menyertai Mimi yang hendak ke Singapore. Mimi bercadang nak ke Universal Studio Singapore sebab cuti semester dah bermula. Walaupun tahun lepas kami ke Singapore sebanyak dua kali tapi tak berkesempatan untuk ke USS.
Saya terpaksa menulis surat pada pihak sekolah memohon cuti, alhamdulillah diluluskan. Adik dan Mimi menumpang dirumah kawan Mimi di Johor sebelum ke Singapore. Hari Ahad selepas zohor saya dan hubby balik ke Kl manakala adik, Mimi dan kawannya ke Johor.
Malamnya Mimi cal kata mereka jalan2 kat Dangga Bay dan makan steamboat. Esoknya pula ke City Square lepas itu ke Faktory Premium Outlet. Banyak benda yang diceritakan berkenaan dengan Outlet tu, barang2 branded dengan harga yang amat murah. Baru saja shopping kat Bandung hujung tahun lepas tapi nak buat macamana dah sampai ke tempat macam itu mana boleh tak membeli kan. Dua beradik menggoda saya supaya lain kali datang ke sana.
jom kita ramai2 ke sini
Pagi tadi mereka dah menyeberang ke Singapore untuk ke USS. Harap2 mereka seronok dengan percutian kali ini. Risau juga sebab baru pertama kali melepaskan mereka pergi holiday sendiri2.
Semua gambar adalah ihsan dari google.