Cuti tempohari saya sekeluarga pergi ke Jerteh Terengganu untuk menghadiri majlis kenduri kahwin anak tuan rumah hubby masa tinggal di sana dulu. Bertolak pagi tapi petang baru sampai, jalan agak sesak. Kami menginap kat hotel di Besut sebab anak2 nak dekat dengan laut, agak jauh juga dengan tempat kenduri. Sebelah malamnya kami ke rumah pengantin sekejap, selepas minum dan bersembang kami balik ke hotel.
pasangan pengantin (navy dan pegawai perubatan)
goodies
isi dalam goodies
kotak cupcake digubah jadi burung dan dalamnya ada coklat
Masa nak balik kami dibekalkan dengan makanan (jarang berlaku ditempat lain). Walaupun baru pertama kali saya berjumpa dengan mereka tapi terasa cukup mesra. Terima kasih pada mak dan ayah pengantin (encik Daud dan mek tak tahu nama)
orang lain hanya dapat goodies tapi saya ada ini
vase
Saya bagi hadiah pada pengantin manakala mak pengantin pula bagi hadiah pada saya, kelakar kan.
Alang2 dah sampai Terengganu kami terus saja sambung holiday untuk beberapa hari. Seperti biasa kalau pergi ke sana mesti shopping kat Pasar Payang dan jalan2 kat tepi laut.
9 comments:
assalam zai..nak ke pasar payang dari besut pun jauh jugak kan..
tahniag buat pasangan pengantin dan ibubapanya.
rasanya besut kenduri mcm kelantan lagi..kalau tuan rumah tak kata 'ngele'mmg tak bagi envelope kak,kalau buat kesyukuran,biasanya jiran akan bawak gula atau susu hehe
salam, suka betul tengok goodies tu..cantik dan ada kelas gitu..
wah jauhnya Zai pi kenduri:)kreatif sungguh goodies tu:)
Majlis kenduri tu nampak macam seimbang. Lauk-lauk kampung, gotong royong dan simple, tapi goodies dan barang hadiah nampak ada tema English....
Lawo nyaaaa...
Borong apa di Pasar Kepayang, Kak ZAI?
setelah ke majlis kahwin, berpeluang juga untuk ke pasar payang ye...tentu bnyk brg yg harganya berpatutan ..tpi kena pandai pilih..
salam kak zai...jln memang sesak lah CNY baru ni kan..saya terperangkat dari tol jln duta hgg ke hentian tapah...dkt 3 jam tak gerak!!!..geram tapi bila sampai ke kmpg hilang penat..:)
harap k.zai sekeluarga jugak enjoy cuti kali ini..:) cantik la gift2 dari wedding tu..creatif betul
Unit pemberian dia kak zai. Cantik.
Tak bagi envelope tu kakak pun tak pernah jumpa lagi. Bagusnya itu baru betul sedekah...
Seronoknya kalau dapat ke Pasar Payang....
p/s...cntik goodies tu..
Post a Comment