Tuesday, January 03, 2012

France...Malaysia

Salam...

Terima kasih pada semua rakan2 yang meninggalkan komen atau yang menjadi silent reader saya, semoga di tahun baru ini kita semua di rahmati Allah swt dan kalau boleh apa yang kita lakukan akan lebih bermakna dalam kehidupan seharian kita.Amin.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


1.1.2012 saya sekeluarga pergi bercuti ke Perancis tapi cuma 1 hari saja. Tak payah naik kapal terbang dan sewa hotel tapi mungkin kalau saya datang ke sini lagi teringin juga nak menginap semalam dua. Haha...jangan panik ya... nak tahu saya ke mana? sebenarnya saya cuma pergi ke Colmar Tropicale City di Bukit Tinggi tak jauh dari Kl. Saya, hubby, Mimi dan adik bertolak pagi2 dari rumah. Kebetulan masa kami melalui jalan Gombak terserempak dengan indians yang nak ke Batu Cave. Kebanyakkan kaum lelakinya memakai kain hitam tanpa baju, dan dilehernya ada tali yang bermacam2 warna. Jalan agak sesak tapi dengan adanya bantuan polis kami dapat melalui jalan tersebut dengan selamat.

klik dari jauh sebab takut diorang nampak

inilah negara/negeri yang kami lawati

Tiket nak masuk ke Colmar Tropicale City sebanyak rm12 seorang. Selepas parking kereta kami ke station dimana bas2 yang membawa pelancong. Pelancong akan dibawa ke tempat2 yang dipilih dengan menaiki bas yang disediakan. Disini terdapat bangunan/resort dan juga restoren yang ala2 negara perancis, Japanese Garden, Animal Park dan Botanical Garden. Kami memilih ke Taman Jepun terlebih dahulu sebab takut hujan.

Saya nak tunjukkan dulu bandar yang kami lawati dan lepas ini nanti baru saya tunjukkan yang lain pula.
.
 
bas yang membawa pelancong

 Saya suka dengan bangunan2nya yang berwarna warni dan juga restoren yang amat cantik dengan canopi yang berbentuk bulat.

macam betul2 pergi oversea


bangunan yang berwarna warni

salah satu restoren yang terdapat disini
 
happy dapat pergi France
taman sebelum masuk
tempat nak buat wish
kuda 1 Malaysia
 kolam ikan dibawah bangunan
bahagianya
kalau nak ikan datang dekat kena bagi makan

Setelah melawat bandarnya kami ke Animal Park dan lepas tu balik. Singgah makan mee sup kat  Maphilindo, Melawati dan terus balik rumah. Harap2 dimasa akan datang dapat lagi meloncong dengan sekerap mungkin.

29 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Zai,

Kami ke sana kebetulan hujan lebat tak dapat nak singgah banyak tempat.

Apa pun colmar memang cantik/

Nieda said...

Kat Bukit Tinggi ke Kak Zai?

saniah said...

Salam kak zai....memang seronok kan dpt luang masa dgn family...takyah pergi jauh2 ...emm sedap kan sup kat situ....tempt mkan favourite kami jugak tu....( saya mmg suka mkn kat luar ...haha )

Acik Erna said...

kalau betul mana nak dapat satu hari kan zai..best jugak sesekali rasa macam pi melancong tu.

Zaitun said...

Kunang-Kunang

Salam kak ani...Cantik dan unik bangunannya.

Saya ada baca n3 kak ani tempohari tu sebab saya bawa sandwhich buat bekalan.

Zaitun said...

Nieda

Ya... Bukit Tinggi.

Tirana said...

Kak Zai, saya dah pernah sampai ke sini. Memang best. Nanti nak pergi lagi kalau ada peluang.

Zaitun said...

saniah

Salam saniah...Nak pergi jauh kena sediakan belanja yang banyak.

Kita ni memang sekepala suka JJCM hehehe...

Zaitun said...

Acik Erna

Kalau melancong ke luar negara bukan saja masa yang panjang tapi duitnya pun ribu riban.

Zaitun said...

Tirana Mutiara

Salam Tirana....seronok kan... kalau berpeluang pergi lagi kak Zai rasa nak menginap kat resort dia pulak.

suri solehah said...

hehe..cantikkan kak..suri pernah jugak ke sana masa anak dara dulu..masa tu baru buka..dah masuk dalam kotak mana tah gambar

JunAina said...

Kak Zai...
Bestkan kalau dapat jalan2 macam tu selalu. Boleh rehatkan minda...

Unknown said...

Salam tahun baru kak zai, wahh best pergi bercuti tu.saya pun dah lama ke tak bkt tinggi tu. suka tempat tu mendamaikan jer.

LadyBird said...

cantik... x pernh pergi..

cikmanggis said...

happy new year zai..hehe jangan lepaskan peluang pergi Perancis dalam masa satu hari:)Cm suka panjat bukit ke Japanes tea house!

Kamariah Awang said...

Bestnya n3 cam ni... Insya Allah, ma pun tertanam semangat nak pi dengan anak2 nanti.

azieazah said...

Banyak dah saya baca tentang bandar di Bukit Tinggi ni. Teringin gak nak pegi, tapi belum berkesempatan lagi.

Zaitun said...

suri solehah

Bangunannya memang cantik ala2 kat luar negara.kak Zai rasa elok suri pergi lagi sebab banyak perubahan dari dulu.

Zaitun said...

JunAina

Pemandangan lain dari yang selalu kita lawati.Kat Botanical garden pun banyak pokok2 dan bunga yang boleh membuat kita rasa tenang.

Zaitun said...

Nieza

Salam Nieza...Kalau balik M'sia nanti bolehlah pergi,memang mendamaikan jiwa bila tengok bangunan yang cantik dan alam sekitar yang masih menghijau.

Zaitun said...

LadyBird

Salam...terima kasih sudi singgah.

Seronok pergi ke sana.

Zaitun said...

cikmanggis

Salam cm...selamat tahun baru juga buat cm dan keluarga.

Masa nak naik mengah juga takut tengok bukit yang tinggi.

Zaitun said...

Kamariah Awang

Kalau nak ke France entah bila, dapat pergi kat negara kita cukuplah.

Bila ma ada masa eloklah pergi,enjoy juga tapi awas kena naik bukit.(Japanese Garden)

Zaitun said...

azieazah

Kak Zai sarankan azie pergi bawa anak2 mesti diorang enjoy.Kat sana bukan saja bangunan dia yang cantik dan unik tapi ada rabbit yang comel2.

lady lavender said...

alamak bestnya akaakk...saya dah lama teringin nak pi sini tapi tak jugak sampai2 hiihi...nti balik msia nanti mesti nak pi jugak (sbb tgk gambar akak nampak mcm best sgt)..
p/s: lama lagi nak balik dah berangan hiihii..

Kakzakie Purvit said...

Kak Zai buat kakak suspen:)

Nampak bangunan dah tahu pun tapi betul nampak macam kat sana kan. Sehari pun seronok kerana suasana nyaman...

Zaitun said...

Lady Lavender

Suasananya seronok tapi LL dah biasa dengan bangunan dan suasanan macam kat luar negara cuma bezanya orang yang datang melancong kebanyakkannya Orang M'sia,tak jumpa mat saleh hehehe...

Zaitun said...

Kakzakie

Tergelak satu hari boleh melancong ke Perancis.Kalau nak bermalam pun boleh,kak Zai tengok resort dia cantik.

intan morsalin said...

sya dah 2x ke Bukit Tinggi tp x pernah bermalam agi kat sini...

1st time gi..lom ade anak lagi..so bleh la gi ke taman jepun
2nd time pegi dah ade 2 anak...
bila lah plak nak jadi 3rd time