Thursday, January 05, 2012

Japanese Garden n Tea House B.Tinggi

Salam...

Kali ni saya nak bawa kawan2 semua ke Japanese garden and Japanese Tea House. Ianya masih lagi dalam kawasan Colmar Tropicale tapi tempatnya agak tinggi. Kalau nak naik tu terasa mengah jugalah dan kalau boleh sesiapa yang nak pergi janganlah pakai kasut terlalu tinggi sebab tempatnya berbukit. Ketinggian bukit tu kalau saya tak silap 3,500 kaki dari paras laut.

signboard
ini baru permulaan

Saya menaiki bas yang disediakan untuk ke sini, lepas tu kenalah jalan kaki mendaki bukit. Bagi yang muda belia tu taklah jadi masaalah tapi bagi saya kena berhenti banyak kali sebab semput. Pemandangan cukup cantik ada batu2 besar dan penuh dengan pokok2, luas mata memandang dan udaranya cukup nyaman.



Kat taman ini terdapat sungai kecil yang berbatu2 untuk menyeberang ke seberang tapi saya tak pasti air buatan atau memang semula jadi. Disini juga banyak lampu2 dan rumah2 yang selalu kita tengok macam kat Jepun. Salah satu rumah yang ada disediakan untuk sesiapa yang nak memakai baju kimono. Baju tu sewanya sebanyak rm20 untuk 10 minit bergambar didalam rumah dan 10 minit lagi bergambar dikawasan taman.

rumah jepun
kedai souvenir
masuk rumah kena buka kasut

Mulanya saya suruh Mimi dan adik memakai kimono tapi Mimi tak nak sebab malu katanya. Akhirnya adiklah yang jadi model dan disebabkan adik memulakan memakai kimono maka ramailah pengikutnya. Kebetulan masa kami sampai orang masih belum ramai yang datang sebab masih pagi. Owh ya... kalau sesiapa yang berhajat nak pakai kimono jangan lupa bawa stokin dan terompah, barulah real macam gadis jepang.

Mak andam tolong pakaikan
ada macam orang jepun bagi salam tak? 
'konnichiwa'
menunggu samurai 
tunggu lagi
dan lagi...setia betul
akhirnya..hehehe....kebetulan ada lelaki yang jadi samurai tapi tak ada pedang
takde air kalau tidak boleh basuh kain
gadis pingitan huhu...
ada macam oshin
mainlah sorang2
tunjuk ribbon
tukang kacau sudah datang
pengawal sentiasa disisi

sampai juga saya ke Jepun

p/s: tudung adik my SIL bagi first time pakai, ole2 dari Doha (qatar).

12 comments:

Acik Erna said...

assalam zai..sayang la zai..sepatutnya temankan adik pakai kimono sama..

Nieda said...

Merasa gi Jepun juga ye..hihi

Nida n' Hanafi said...

Alangkah comelnya kalau semua orang Jepun pakai kimono dengan bertudung macam model dalam entri ni..:)

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...rasanya wanita jepun tak ada yang bersaiz xxl hanya lelaki sumo aje hehehe....kalau saya pakai kuangkuang....

Zaitun said...

Nieda

Kak Zai pergi satu hari boleh pergi banyak negara kihkihkih...

Zaitun said...

Nida

Tentu lagi terserlah keayuan gadis/wanita jepun kannn...

cikmanggis said...

arigato! hehe seronokkan..tapi penatnya panjat bukit tu:)

Amie said...

manisnya anak dara berkimono!

Ros said...

Salam Zaitun,

Comenya pakai kimono ngan tudung kepala kan.....

Anonymous said...

Salam Zai,

Comelnya adik pakai kimono. Seronok jalan-jalan.

Anonymous said...

Salam sejahtera,

Maaf jika kata2 saya bakal mengguris, tapi saya ikhlas. Pakaian kimono yang dipakai oleh anak gadis puan itu lebih real menutup aurat berbanding legging yang dipakainya. Trend yang melanda remaja sekarang. Bantulah anak2 kita menutup aurat dengan sempurna, kerana ia adalah short cut untuk si bapa yang berkuasa penuh ke tempat yang kita takut......

maaf lagi sekali.

fikiranterbuka said...

Salam makcik,,,Lain kali JANGAN BIARKAN ANAK MAKCIK pakai LEGGING KETAT dgn TUDUNG..tak baik,, tu TAK TUTUP AURAT NAMANYA !