Salam....
Semalam saya bw ke rumah cikmanggis, dia meluahkan perasaannya tentang perkara yang saya nak ceritakan hari ini.
Saya nak cerita pasal persekolahan adik. Hari pertama adik balik sekolah senyumannya meleret takala saya bukakan pintu. Sambil masuk dia memberitahu saya ada good news. Setelah duduk dia memberitahu yang dia dapat masuk ke aliran sains tulen. Alhamdulillah seronok bukan kepalang sebab itu adalah kemahuan dia sedari awal. Saya tanya macamana dengan pelajar2 yang mendapat result yang lebih baik. Katanya ada yang masuk ke kelas lain sebab mereka tahu tak boleh bawa dan ada juga yang memilih jurusan kesukaan masing2.
Hari kedua balik sekolah adik cerita pasal penggunaan Bahasa Melayu dalam subjek Sains dan Mathematik untuk tingkatan 1 dan 4. Susah nak faham sebab dah biasa dengan bahasa Inggeris selama 8 tahun. Tahun adik adalah batch pertama menggunakan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Maths. Katanya lagi sebab dia dah minat terpaksa jugalah harungi. Syukur... adik tidak pernah mengalah.
Hari ketiga adik bagitahu saya cikgu yang mengajar terpaksa menggunakan 2 buah buku untuk 1 subjek, satu buku dalam Bahasa Melayu yang dah di arahkan dan satu lagi buku berbahasa Inggeris. Bayangkan pelajar2 yang mengambil jurusan sains, cikgu yang mengajar terpaksa menggunakan 6 buah buku hanya untuk 1 subjek, 2 buah buku untuk biology, 2 chemistry dan 2 fizik. Jawapan kepada soalan ini sebab ramai dikalangan pelajar yang boleh dikatakan BLURRR dengan perkataan2 baru bagi mereka.
Kata adik lagi masa peperiksaan SPM nanti akan ada 2 bahasa iaitu Melayu dan Inggeris (dwibahasa) boleh rujuk mana yang lebih mudah buat pelajar. Apa kata ibubapa yang ada anak sama macam situasi adik, adakah turut susah hati atau membiarkan aje perkara itu dengan kata2 esok2 biasaalah.....
Rasanya lebih mudah macam dulu2, kalau rasa nak masuk sekolah ke penghantar Inggeris bayar aje yuran yang dikenakan dan kalau masuk penghantar Melayu free segala2nya ...itu kata hubby.
23 comments:
Bermakna anak kakak yg sulung seusia dgn adik (anak kakzai). Anak kakak pun mengeluh sama sebab dia dah biasa dgn bahasa inggeris sejak tadika lagi. Bukan kakak sokong guna bahasa inggeris, tapi anak kakak dah biasa. Contohnya kalau rectangle dan square mereka tahu tapi bila segiempat sama dengan segiempat dia dah confuse.
Kadang jadi menyampah pulak kakak dgn sistem pembelajaran ditukar-tukat. Susahkan budak-budak...
Sekolah anak-anak saya, ibu bapa fight untuk terus guna BI so alhamdulillah boleh terus guna BI. KP patut sedar, anak-anak kita bukannya bahan kajian. Kesian budak2..kesian jugak kat cikgu2.
alamak bila masuk form 4 baru tukar Bm lagi kesian..kena kerja lebih keras.....anak anak jadi mangsa ujikaji ..kesian....eh tapi kan Zai..siapa yang sebenarnya beria ria memperjuangkan penggunaan Bm balik ni ya?pejuang tu ada anak macam kita tak yg masih bersekolah atau anak anak dorang depa hantar luarnegara...
Kakzakie
Setiap kali tukar orang atasan akan berlakunya perubahan.Sebenarnya kita tak mahu anak2 kita keliru dengan kaedah pembelajaran.Kalau mampu nak juga hantar anak ke sekolah swasta.
Tirana Mutiara
Beruntung sekolah anak Tirana boleh guna fully in English. Sekolah anak kak Zai ada buat undi tapi tak tahu apa keputusannya.
Cikgu dan pelajar jadi mangsa keadaan.
cikmanggis
Itu yang menjadi masaalahnya setelah 8 tahun tiba2 diubah. Rasanya kalau diorang ada anak yang sekolah macam anak kita diorang akan hantar belajar kesekolah swasta atau ke keluar negara.Tak macam anak2 kita terpaksa belajar disekolah yang disediakan sebab tak mampu.
Mungkin guna kedua-dua tu bermaksud untuk berlaku adil kepada semua murid (dan juga guru). Bukan semua mahir English.. realitinya, setiap perubahan pasti sukar diterima, kecuali gigih menempuhnya.
Pening kan?
Dulu masa Nida mengajar subjek Sains, terpaksa menulis dalam dua bahasa di papan hitam.. pening kepala dibuatnya.
azieazah
Itu yang membuatkan pening,budak2 dah mula serasi,kenapa nak tukar segala.Buku yang sebelum ni tak dapat digunakan untuk buat rujukan.
Nida
Kan ke dah membuang masa,lebih baik masa yang ada lebih tumpukan pada pelajaran yang diajar.
Entahlah kak zai, tukar menteri tukarlah potfolio. kita yg jadi mangsa.
isu pengguna bahasa ni memang memeningkan kak..cikgu kat sekolah lagi pening dengan poisi yg berubah2..
Kak Zai...anak anie pun dpt surat supaya membuat pengakuan ingin menggunakan bahasa apa semasa peperiksaan... fenin jugak kan...
kak zai...anak2 saya semua belajar dlm BI..memang takde masalah sangt pun sebenarnya sebab cikgu pun guna dwibahasa semasa mengajar
masa jwp soalan spm dulu pun kertas soalan dwi bahasa..emm kadang2 yg kecoh ni org2 politik nak buat kita marah pihak2 tertentu..:)gajah bergaduh apa yg tersepit kat tengah2..? kita lah tu
Assalamualaikum
Semoga dipermudahkan urusan pembelajaran anak-anak puan sehingga mendapat kejayaan. Amin
Kesian bebudak yee..blurr sb peralihan bahasa..mungkin lelama dia dpt menyesuaikan diri dgn perkembangan pembelajaran masa kini nanti..
tpi dlm peperiksaan lebih fleksible krn boleh guna 2 bahasa..
Nieda
Macam tulah kita yang kat bawah ni susah senang wajib ikut nak buat macamana.
suri solehah
Dulu cikgu2 dihantar pergi kursus bila murid dah boleh adapt diubah pula, kesian betul.
aNIe
Kak Zai pun ada dengar sesetengah sekolah ada buat pengundian tapi tak tahu pulak keputusannya.
saniah
Kalau ikutkan kak Zai lebih suka anak2 menggunakan Bahasa Inggeris tapi nak buat macmana dah arahan,memang cikgu mengajar dwibahasa tapi rasanya macam tak praktikal.
ashrafi
Salam...terima kasih sudi singgah dan mendoakan yang baik2 buat anak saya.
sal
Masa mula2 dulu Bahasa Inggeris di gunakan dalam subjek sains dan maths ramai dikalangan ibubapa yang susah hati tapi lama kelamaan budak2 dapat menyesuaikan diri tapi bila diaorang dah seronok tetiba ditukar semula.
betul juga tu kak kan kalau dah terbiasa dgn bahasa inggeris tukar melayu memang buat diorang confuse.harap pihak yg berkenaan prihatin dgn masalah ni la.
Post a Comment