Sebelum pergi Ipoh saya order 4 biji cheese cake dari sini. Satu untuk dibuat hantaran dan 3 biji lagi untuk dimakan. Rasanya memang sedap tak ada beza macam saya beli dulu. Dah pernah masukkan dalam n3 yang lepas.
cheese kek
Pertunangan anak buah berjalan lancar, pihak perempuan tak banyak kerenah. Kami dijamu makan tengahari, berlaukkan kari ayam, daging masak kicap, ikan pekasam, kerabu dan ulam2. Yang paling best sekali ada masak ikan patin tempoyak. Semua yang makan kata sedap tapi saya tak makan sebab tak makan ikan patin.
Selepas makan baru ada perbincangan diantara dua pihak. Serah menyerah hantaran dan sesi paling akhir sarung cincin. Lepas tu bergambar sebab zaman sekarang bertunang pun ada buat pelamin.
Hantaran dari pihak perempuan tak dapat tangkap banyak gambar sebab ada yang dah diberikan pada keluarga terdekat. Hantaran dari kami pula lupa nak ambik gambar.
Sebahagian hantaran dari pihak perempuan.
Kami makan kentucky untuk makan malam sebab semua dah keletihan. Breakfast pagi saya menyediakan nasi impit dan kuah lontong, adik dan yang lain masak pulut, makan bersama sambal tumis dan serunding daging dan ayam yang saya beli dari Terengganu, goreng cempedak, kuih bingka dan agar2.
Makan tengahari pula adik masak gulai pucuk ubi tempoyak, ikan pekasam, sambal tumis petai dan goreng telor. Selepas makan kami pun beredar balik ke rumah masing2.
21 comments:
alahai kak..
sya tengok kek tu
hrmmm.....kecur mulut, kreatiflah hantaran tu terutama cakar ayam dan gula2 putih tu
meriahnya.teringin nak mencuba kek cheese tu..Pastinya sedap kan.
Salam Zai,
Cantik gubahan hantara tu. Sekarang ni majlis bertunang pun meriah.
P/S Zai kalau nak cari hoya atau orkid cuba ke blog kawan kak ani ni sebab hoya susah sikit nak cari di nurseri/
Jualanshiros.blogspot.com
Kalau orang Perak tu memang tak lupa halwa betik tu...
Tergoda cheese cake yg byk cheese
kasihibu
Cheese kek tu memang sedap tak rugi rasanya membeli.
Cantik kan.
assalam zai..saya pun suka tengok hantaran ni..memang cantik2 dan kreatif betul .
cikmanggis
Salam cm...rasa dia memang sedap tak muak macam kita makan cheese kek yang biasa.
cantik2 gubahan hantaran tu kak zai..masa makan tu mesti yang pekasam tu jd pembuka selera..sedapnya
Kunang-Kunang
Salam kak ani...siap ada pelamin hehehe...
Terima kasih...saya dah buka blognya banyak bunga yang cantik dan jarang jumpa.
Nieda
Dari dulu lagi kan. Masa kak Zai kawin pun ada halwa.
Cheese kek tu memang sedap.
Acik Erna
Salam Erna...Kepakaran orang kampung,semua buat sendiri.
suri solehah
Ada banyak lagi yang cantik2 tapi dah diserahkan pada keluarga terdekat.Pihak perempuan bagi 29 dulang termasuk barang2 lain.
Betul kata suri memang ikan pekasam pembuka selera.Rasa pedas dan masam2 sikit,sampai sekarang masih tak lupa kesedapannya hehehe...
Suka tengok cakar ayam dengan gula2 telur puyuh tu... Cantiklah.
kak zai..mekaseh byk2 ye oder ciskek..dun risau, pasni den terus bukak kdai sblah umah kak zai..nti leh oder lg byk..huhu (gurau2 je)
#moge mjlis bertunang ari tu bjln lancar..
memang cantik dan kreatif hantaran tu....
Gubahan hantarannya kreatif kak zai. Cantik. Bakul tu boleh makan tapi macam betul yg jual...
Kalau dah penat siapa pun sama kak zai beli je...siapa nak masuk dapur dah letih...
Kamariah Awang
Semua tak nak makan cakar ayam tu sebab cantik dan sayang.
mr.curly
Kek yang kak Zai order tu habis dimakan hanya beberapa jam saja,semua kata sedap dan kalau boleh nak order lagi.
Kalau buka kedai kat sebelah rumah kak Zai jawabnya hari2lah makan cheese kek bertambah gebulah nampaknya kihkihkih...
MulutPayau
Semuanya hasil kerja tangan keluarga pihak sebelah perempuan.
Kakzakie
Sebenarnya banyak lagi yang cantik dan real sangat tapi dah diberikan pada keluarga terdekat,memang diorang pandai menggubah.
cantiknyer hantaran dia....
Post a Comment