Tulang daging lembu yang hubby bawa dari surau saya buat masak singgang. Dah banyak kali buat singgang tapi yang ini rasanya lain sikit dari yang biasa saya makan. Recepi ni datangnya dari tuan rumah hubby di Terengganu. Hubby suka masakan ni bila dijamu oleh tuan rumahnya. Disebabkan dah mesra hubby berani minta recepinya untuk kegunaan saya bila nak masak singgang.
sememehlah pulak
Terima kasih buat encik Daud dan isterinya Fatimah kerana sudi memberikan recepi singgang ni pada saya dan disini saya kongsikan bersama rakan2 semua.Singgang Tulang
Bahan2nya...
1. 1 kilo tulang
2. 10 biji bawang merah
3. 1/2 labu bawang putih
4. 2 sudu teh ketumbar (tumbuk)
5. 1 sudu teh lada hitam (tumbuk)
6. 1 inci lengkuas (tumbuk)
7. 3 keping asam
8. 1/2 inci kunyit hidup (hiris halus)
9. sedikit gula melaka
10. garam
11. cili kering atau cili padi (potong)
Caranya...Rebus tulang kemudian masukkan semua bahan. Masak hingga tulang lembut. Boleh dimakan begitu saja atau dengan nasi panas.
23 comments:
Assalam Kak Zai,
belum pernah masak singgang daging, tapi tengok resepinya macam special je... nanti nak cuba juga, masuklist dulu ye...
Kak...selalu masak singgang ikan je... tapi kali ni singgang tulang...macam menariklah pulak...
Terima kasih...
wahh..nampak menyelerakan..betul, tak pernah la buat daging msk singgah.. MEsti kene try ni.. :) thanx kak,utk resipinya. leh copy yer? hehe
thanx again kak. :)
alkhattab batik Online Shopping Solutions
Terimakasih Kak ZAI berkongsi info dan resipi. Semua bahan tu saya ada dalam rumah. Daging ada lagi dlm peti beku. Boleh lah saya cuba nanti.
Kak zai..singgang daging/tulang memang sedapkan.., saya selalu jugak buat......
alamak sedaapnya k.zai..dapat pulak daging fresh. Tumpang tengok gambar pun jadilah :-)
sedapnya singgang kak zai ni...nak kena belajar msk style ganu ni:)
Kak Zai,
pertama kali dengar daging boleh masak singgang.Biasanya ikan aje..
mesti sedap !
Amie
Salam Amie...Singgang selalunya masakan orang pantai timur.Mulanya kak Zai kurang yakin tapi bila dah cuba beberapa kali ternyata boleh simpan resepinya.
aNIe
Ha'ah... kak Zai pun selalu masak singgang ikan tapi sekarang dah pandai masak singgang tulang dan daging.
siti zakiah hasan
Salam...terima kasih sudi singgah.
Sama2...cubalah masak,kalau mengikut selera kak Zai ok rasanya.
Copylah dan kalau suka boleh share dengan yang lain.
azieazah
Kalau dah semua bahan ada apa lagi ...jangan tunggu....
Peti beku hahaha....
MulutPayau
Owh...MP pun selalu masak ya, sedap kan...
Lady Lavender
Boleh juga gunakan tulang frozen sebab sebelum ni kak Zai pernah buat,tapi yang fresh lagi manis.
Nieza
Satu M'sia hehehe...boleh masak/makan masakan semua negeri.
azrina0307
Jarang orang buat mungkin sebab masakan ni lebih pada orang pantai timur.
saya ,first time tau masak singgang lembu..tentu sedap sebab kurang lemak yee..
lebih kurang sama mcm singgang kelantan.
terima kasih zai..sudi kongsikan resepinya dengan kawan2 semua..
menariknya.... x pernah masak menu ni lagi...
Zai,
Simple jer resepinya, tapi mesti sedap rasanya.
Kak ani juga orang Terengganu tapi kak ani tak pernah singgang tulang, singgang daging pernah arwah mak buat. Kak Ani sendiri tak pernah singgang daging atau tulang cuma singgang ikan jer, terutama ikan tongkol.
Best ye.. .esok nak buat singgang daging ah. ..thanks sudi kongsi resepi.. menarik.
Post a Comment