Kalau bukan rezeki barang yang dah ke tangan pun boleh terlepas. Semua beg dah diselongkar, semua barang yang di bawa balik dah di punggah tapi hampa. Dah sah2 tinggal kat hotel sebab kelalalian. Baju adik yang di beli di Rumah Mode besar kemungkinan tinggal dihotel. Dapat pakai sekali sahaja masa pergi ke Safari lepas tu tak tahu mana diletakkan. Saya ada hantar baju2 yang dah dipakai untuk di dobi tapi sebelum adik pakai baju tu.
Sayangnya baju tu brand Zara yang sebelum ni adik belum punya, agak mahal kalau kat M'sia. Mimi kata dia dah cek wardrobe dan bathroom sebelum chec out tapi tak ada barang yang tertinggal. kemungkinan baju tu diletak atas katil dan bergulung dengan selimut.
Kebiasaannya kalau tinggal dihotel bila nak chek out sayalah orang yang paling sibuk menyelongkar segala tempat takut ada barang yang tertinggal tapi pada hari tu saya agak kelam kabut sebab dah agak lewat nak ke airport, ini gara2 masih lagi shopping last minit. Kebetulan pula masa pergi shopping kat kedai tu jumpa baju2 yang pekenan dihati sampaikan seluar pun tak sempat nak potong kakinya.
Dah bukan rezeki, nasib baik ada yang lain sebagai pengganti, hubby cakap banyak sangat sebab tu sampai ada baju yang tak masuk dalam beg. Rasanya tak salah kan kalau beli lebih sikit sebab harganya amat murah.
Yang ini pula rezeki saya dan hubby, tuan rumah hubby kirimkan kain batik dan kain pelekat. Saya suka sangat sebab coraknya cantik. Sebagai balasan saya kirimkan pula sehelai kain pelekat dan sehelai telekong yang saya beli di Bandung. Terima kasih buat encik Daud dan puan Fatimah sebab hadiahkan saya kain yang cantik.
bahagian hadapan
bahagian belakang
16 comments:
Batik tu boleh pakai dengan baju kurung kak Zai.
Assalam zai..memang cantik corak kain batik tu.
betul kata zai..dah memang bukan rezeki adik.insyaallah nanti bila ada peluang kesana lagi..adik boleh beli lagi.
Salam zaitun,
Benda2 yang kecil macam ni lah selalunya dok tertinggal...tak pa la Zaitun,nak buat macam mana bukan rezeki kita dah kan...Cantik kain batik tu,boleh di pakai dengan berbagai bagai baju ni....
Assalamualaikum kak zai...
Kalau dah bukan rezeki kita, macam2 boleh terjadi.....InsyaAllah kalau berpeluang ke sana, boleh beli yg lain...Kain batik tu mmng cantik....
dah bukan rezeki kita nak wat camna..tak per, nanti tuhan ganti dgn yg lebih baik.
cantik la kain batik kak zai tu..saya ni ntah lah kenapa sejak umur dh meningkat ni saya amat suka collect kain batik..balik kampung bila pergi pasar sehari mesti beli 2 3 helai..
ada juga kena tipu pasal tak pandai pilih yg elok..bila basuh sekali kain jadi lusuh..tp tak kisah sebab suka beli dan pakai..kain batik ni sejuk sedap pakai kan..
terasa hampa apb barang yg baru dibeli tertinggal..takde rezki, agaknya nak dpt yg lebih baik kot..insyaAllah..
Assalam - ralat jugak kalau dah tertinggal - ni lah yg kena cek betul2....sy pun baru2 ni gi kursus tertinggal tupperware air yg baru dibeli di lobby hotel...tepon jugak hotel tu - ntahla tak ada respon pun! last2 kelmarin beli semula!!!
Betul Kak ZAI. RUMAH MODE tu baju baju memang murah betul. Berbaloi kalu beli banyak.
Corak batik tu sangat lawa, lain dari yang lain.
salam zai...liza pun suka ngan kain2 batik cmni...tiap kali g langkawi mst borong sakan...ntah bila liza nk sampai bandung pulak....hihihi
Betullah tu,dah takde rezeki... Ma pun pernah tertinggal sehelai kain, ma pun syak tergulung dalam selimut. Bawak balik baju, carikan kain plain lain.... Hehe...
Cantik kain batik tu...
Salam, yang hilang silih berganti..
masa saya keje hotel dulu, byk barang2 guest tertinggal dlm bilik..selalunya hotel akan simpan utk 3 bulan dlm department lost and found...jika tak dituntut, hotel akan beri balik pada staff yg jumpa tu...
mmg tak de rezekikan...
cantik kain batik tu...
kak zai...
gi bandung rasa duit yg bawa tu memang tak cukup je, masa pulak macam berlalu pantas sangat...
kat zara tu baju2 dia memang cantik dan kualiti di pun lain...
dah bukan rezkilah tu. kena beli lain tu zai...
Post a Comment