Sebelum ni saya menggunakan urut kaki jenama Gintel, kalau saya tak silap dah 6 tahun saya gunakan. Masa beli dulu ada satu set urut kaki berserta dengan pengurut macam bentuk dolfin, urut pinggang dan ada beberapa yang lain (dah tak ingat). Boleh katakan (yang urut kaki )setiap hari saya gunakan, mungkin dah terlalu lama akhirnya ia rosak.
Selepas balik dari Bandung kaki saya bermasaalah semula, sakit macam ada duri bila dipijakkan, mungkin sebab semasa disana terlalu banyak berjalan. Pergi urut kat reflexology (dulu selalu buat ) terasa lega sedikit. Memang terasa selesa dan kurang sakit tapi kalau buat berkali2 tentu banyak menggunakan duit.
Saya ke shopping complex meninjau kalau2 ada barang promotion yang sesuai untuk digunakan. Mula ke Gintel, macam2 dicuba, dengar penerangan. Lepas tu saya ke Ogawa, sama juga cuba yang berbagai. Kalau ikutkan hati teringin nak dapatkan satu kerusi yang lengkap segalanya tapi bila fikirkan harganya yang mencecah $$$$$$$$$ banyak sangat, padamkan niat.
Akhinya saya memilih yang 2 ini, brand Ogawa cukuplah buat sementara....manalah tahu kalau ada rezeki nanti ada orang yang nak sponsor kerusi gedebak tu huhuhu......
Kedua2 gambar adalah ihsan dari mr google.
31 comments:
Salam Zai..saya pun impikan kerusi yang besar tu..sedapnya bila penat memasak duduk relek atas tu sambil tengok tv(berangan) tp bila lihat harganya tu..alahai...angan saja lah .Kira ok dah tu dapat pengurut kaki zai.Kita ni dalam rumah pun byk berjalan.
bestnya ada 'tukang urut moden', sesekali Amie pun rajin juga urut kaki dekat mesin...entah jenama apa, lupa, tapi yang badan punya tak ada lagi...
cikmanggis
Salam cm...Kalau ada kerusi tu best kan hehehe...itu aje yang termampu buat masa ni.
Amie
Tak kira jenama apa pun Amie asal ada.Kalau urut hari2 terasa ringan badan.
Kak Ani tak pernah guna lagi alat pengurut kaki ni.
Kunang-Kunang
Salam ...mungkin kak Ani tak ada masaalah dengan kaki.Bagi saya kalau guna sakitnya berkurangan.
teringin gak nak beli ogawa tu, tapi harga dia...mak datuk...
Kalau ada satu unit pun dah cukup agaknya Kak Zai. tapi macam adik kakak tu mula-mula beli sealu guna last duduk dalam bilik je...
Ogawa urut kaki yg kak zai beli ini bagus tak? kakak tak pernah lagi cuba
amboi besnya..
bilalah nak dapat..
teringin nak beli..
saya beli mesin terapi elektrik dah hampir setahun..skrang dah tak pakai..malas pulak bila dah beli..
Salam Kak Zai..
memang seronokkan Kak Zai kalau ada kerusi mengurut tu..letih2...duduk aje..siap diurutkan..:)
Mesin urut kaki tu , ok tak kak Zai?..saya tak pernah lagi urut dengan mesin tu...saya geli..he..he...saya doakan semoga sakit Kak zai akan berkurangan ye..
Kak...anie ade kerusi gedabak tu kak... dah duduk dlm stor belakang rumah... sebab takde space nak letak dlm rumah...rasa macam nak bawak kluar lah pulak...sakit2 pinggang bolehlah guna...
Ma belum ada lagi mesen mengurut ni.. Biasanya kalau badan rasa sakit dan lengoh2, ma pergi mengurut dengan orang kampung aja.
Chik Na pula tak boleh guna kerusi urut tu..tiap kali cuba guna kat rumah mama, mesti sakit kepala seharian..
Assalam Kak Zai...mesin urut kaki gintel ngan ogawa ni dah lama juga beli...tapi saya jarang guna juga.memula jer rajinnya...hehe mr.hubbyla rajin dok guna.memang beli kat Malaysia bawa ke sini lama dh berthn jugalah.
Salam, selamat berurut.. kalau berkesan kabo-kabo kat kami ni..
okay ker zai. kakpah selalu mintak bibik jer yang urut. Bagi dia imbuhan sikit memang dia suka. kadang2 pergi gak refleksologi tu.
kaki kita ni skang dah tak macam dulu.
selalu gune kerusi tu kak zai..tapi yg ade kat shoping tu jer masukkan duit bergerak2 la dia...mmg best la bile dpt duduk kat situ...
wahida
Sebab harga dia yang gedebak tu kak Zai tak sanggup nak beli hehehe...
Kakzakie
Kalau dah ada kerusi tu memanglah tak payah pikir lain, best sangat.
Kak Zai dah lama gunakan mesin urut kaki rasanya ok juga.
sal
Bila barang dah ada jangan tak pakai rugi lagi pun kalau nak pergi tempat berurut kena bayar jugak.
azi
Salam azi...memanglah best...
Bagi kak Zai ianya ok,sakit kaki berkurangan tak payah makan pain killer dan tak payah pergi reflexology lagi.
aNIe
Sayangnya simpan dalam store...meh antar kat rumah kak Zai.Ringan tau badan kalau dah diurut sikerusi gedebak tu hehehe...
Kamariah Awang
Berurut dengan orang kampung ok juga tapi kalau kat Kl ni upahnya mahal, kalau pergi berkali2 lebih baik beli satu mesin.
Chik Na
Mungkin tak serasi agaknya,ada juga orang kata kalau guna badan jadi gatal.
Nieza
Salam....Nieza tak suka guna ya tapi bagi yang penggemar tentu rasa cukup selesa hilang lenguh2.
che mid
Salam...kalau tanya pada kak Zai...jawapanya selesa sebab tu kak Zai guna setiap hari.
ibundo
Kalau urut manual memanglah sedap,semua urat dipicit tapi kalau selalu upahnya mahal.
Beruntung kakpah tukang urut ada kat rumah.
ainnoraini
Sesekali kak Zai pun ada juga berurut kat kerusi berbayar tu kalau pergi shopping complex.
Assalam zai..yang letak dikerusi tu ok ke zai..yang tapa kaki tu da ada..tapi bukan ogawa..dah lama sangat..lampu pun dah tak menyala..cuma ada gegar je.
salam nak tanye..yang kerusi tu ok x?? sb teringin nk beli juga la
Ogawa mahal tu berapa?
Post a Comment